Menjadi amalan kita disaran menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada setiap pagi dan malam.
Namun selepas menggosok gigi waktu pagi biasanya kita akan bersarapan. Jadi bagaimana dengan makanan yang terlekat di celah-celah gigi selepas makan pagi.
Adakah sebenarnya kita lebih baik menggosok gigi sebelum atau selepas sarapan?
Sebenarnya dalam hal ini, doktor gigi akan menyarankan agar kita menggosok gigi selepas bersarapan.
Ini kerana itu adalah waktu terbaik untuk membersihkan sisa-sisa makanan dan minuman yang melekat pada gigi. Jika memberus gigi setelah sarapan, gigi akan berada dalam keadaan lebih bersih.
Ads
Tetapi jika kita mengambil makanan atau minuman berasid ketika sarapan seperti kopi, jus oren atau buah-buahan lain, seseorang itu disarankan untuk menggosok gigi sebelum sarapan.
Sebabnya, menggosok gigi selepas mengambil sesuatu yang berasid dapat merosakkan gigi. Untuk itu, American Dental Association menyarankan seseorang menggosok gigi sejam selepas makan.
Jika tidak boleh menunggu selama sejam, kumur mulut dengan air bagi menanggalkan sisa makanan dan kesan minuman seperti kopi pada gigi sebelum memberus gigi.
Ads
Bolehkah kita memberus gigi sebelum dan selepas bersarapan?
Bukan satu kesalahan menggosok gigi sebelum dan selepas bersarapan, namun seseorang itu perlu tahu terlalu kerap memberus gigi boleh mengikis gusi.
Menggosok gigi sepatutnya tidak perlu terlalu kuat memberus kerana tujuannya adalah untuk menghilangkan bakteria dan sisa makanan yang melekat pada celah-celah gigi.
Selain menggosok gigi, seseorang juga boleh menggunakan pencuci mulut, flossing selain mengamalkan memberus lidah.
Hanya pakai masker betik, kulit boleh jadi cerah dan glowing! Mungkin masih ramai yang rasa petua seperti ini kurang berkesan dan mengarut.
Tetapi tahukah anda, selain mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan, betik juga mempunyai banyak manfaat untuk kulit wajah.
Masker Betik
Cara:
Ambil beberapa potong betik masak.
1-2 sdm madu (sesuai dengan banyak mana isi betik)
Hancurkan kedua bahan, kacau sebati.
Lumurkan pada wajah dan leher. Jangan dibiar leher tu, situ pun boleh jadi masalah jeragat dan kusam.
Bila dah kering, bilas dengan air bersih.
Betik memiliki enzim yang berfungsi untuk menhilangkan dan menghalangi segala radikal bebas. Bersifat untuk mencerahkan wajah, menyamarkan noda hitam dan bekas jerawat.
Mengurangkan Jerawat
Kulit betik segar boleh disapu pada muka, atau pes betik segar yang dilenyek juga boleh digunakan pada muka untuk menghilangkan jerawat dan bintik hitam. Asid alfa-hydroxy dalam buah ini menjadikannya berasid secara semula jadi, yang membantu dalam mengurangkan jerawat dan juga memerangi penuaan.
Nak makan ke nak guna untuk kecantikan kulit? Lepas ini tak membazir beli betik sebab anda dah tahu cara macam mana nak cantikkan kulit dengan hanya menggunakan isi dan kulit betik.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain senaman kardio seperti berlari, berbasikal atau hiking, senaman burpees juga dikatakan lebih cepat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Senaman yang menggunakan hampir seluruh otot mempunyai banyak manfaat dan sangat berkesan untuk membakar lemak degil terutama di bahagian perut dan paha.
Nampak mudah tetapi senaman ini sebenarnya amat memenatkan jika dilakukan tanpa henti.
Ayuh kita lihat kebaikan senaman burpess yang sangat berbaloi melakukannya di rumah saja.
Antara kebaikan senaman burpees adalah :
Memang berbaloi dengan kepenatan yang anda hadapi bila anda lakukan burpees. Ini kerana ia adalah antara senaman yang terbaik untuk seluruh tubuh (total body workout).
Antara kawasan otot yang dapat dilatih dalam senaman burpees adalah bahu, lengan, abdomen, hamstring, gluteus dan quadriceps.
Antara kelebihan senaman burpees ialah ia merupakan latihan kardio dan kekuatan dalam satu rutin.
Ini menjadikan senaman ini sesuai bagi membakar kalori dan lemak. Dalam satu minit, senaman burpess berupaya untuk membakar lemak kira-kira 15 kalori!
Ramai yang inginkan bahagian perut yang lebih kempis dan abdomen yang lebih berotot. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan rupa fizikal yang menarik semata-mata, malah kekuatan abdomen sebenarnya sangat penting bagi meningkatkan kestabilan badan dan mengurangkan risiko kecederaan.
Jika anda mencari senaman yang dapat fokus pada abdomen, anda bolehlah mencuba burpees!
Burpees bukan sahaja dapat melatih otot abdomen bagi meningkatkan kestabilan badan, malah ia juga baik bagi membaiki postur badan.
Pergerakannya yang menggunakan banyak otot pada satu masa juga dapat melatih badan untuk lebih fleksibel.
Bila anda lakukan burpees secara konsisten, anda pasti akan rasa badan lebih kuat dan fleksibel serta kesihatan anda lebih meningkat.
Senaman burpees merupakan antara senaman intensiti tinggi yang paling baik bagi meningkatkan kesihatan jantung.
Senaman ini memerlukan kadar oksigen yang tinggi berbanding senaman lain.
Ketika anda melakukan burpees, jantung anda akan berfungsi dengan lebih kuat bagi membekalkan tenaga pada pelbagai otot.
Para saintis juga sering menggunakan burpees bagi mengukur tahap kesihatan kardiovaskular seseorang.
1. Berdiri dengan keadaan tangan di sisi.
2. Lakukan squat sehingga tangan mencecah lantai.
3. Gunakan tangan bagi menyokong badan. Lompatkan kedua-dua kaki ke belakang. Pastikan kaki anda landing dengan keadaan badan dalam posisi plank.
4. Lakukan 1 push up kemudian kembali pada posisi plank.
5. Lompatkan kaki semula ke hadapan menghampiri tangan. Posisi anda perlulah kembali pada keadaan squat.
6. Bangkit daripada lantai dan lompat ke udara. Posisi terakhir anda mestilah dalam keadaan berdiri tegak.
7. Ulangi pergerakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing.
Seperti senaman lain, keberkesanan senaman burpees akan anda dapati jika anda lakukan dengan betul. Ini juga penting bagi mengelakkan kecederaan.
Antara tips penting bagi yang ingin mulakan senaman burpees ialah :
1. Jangan paksa diri. Mulakan dengan perlahan dan ulangan yang sedikit dahulu. Bila badan sudah biasa, barulah tambah lagi ulangan.
2. Untuk beginner, anda bolehlah mulakan dengan 8 ke 10 kali ulangan dalam 1 set. Berhenti sebentar untuk berehat jika mahu ulangi set.
3. Jangan lakukan pergerakan terlalu cepat. Disebabkan senaman ini memerlukan badan anda untuk turun lakukan push up, burpees dapat mengakibatkan tekanan pada pergelangan tangan dan bahu. Hati-hati dengan kelajuan senaman supaya otot tak cedera.
Kacang buncis banyak khasiat dan manfaat jika dimakan. Banyak cara kacang buncis ini boleh disediakan. Kita boleh goreng, rebus, atau memanggang kacang buncis ini sebelum dimakan.
Kacang buncis adalah sumber makanan yang kaya vitamin A, C, dan K, serta asid folik dan serat. Ia juga turut mengandungi protein daripada tumbuhan, dan mineral seperti mangan.
Kacang adalah sumber zat besi yang baik, dan Harvard Medical School menyarankan bahawa ini dapat meningkatkan kesuburan pada wanita.
Bagi wanita usia subur, mengambil lebih banyak zat besi dari sumber tanaman seperti bayam, kacang, labu, dan kacang buncis mampu mendorong kesuburan.
Kajian lain menunjukkan hubung kait antara tahap kesuburan wanita termasuk zat besi, yang dia makan.
Padanan makanan kaya zat besi dengan makanan kaya vitamin C seperti tomato, paprika, atau beri dapat meningkatkan penyerapan zat besi.
Pengambilan asid folik yang mencukupi juga diperlukan semasa kehamilan, untuk melindungi janin daripada kecacatan tiub saraf.
Satu cawan kacang buncis menyediakan kira-kira 10 peratus keperluan asid folik dan 6 peratus zat besi setiap hari. S
Satu cawan kacang buncis menyediakan 14.4 mikrogram vitamin K, atau hampir 20 peratus daripada keperluan harian, 4 peratus keperluan harian seseorang untuk kalsium.
Pengambilan vitamin K yang mencukupi meningkatkan kesihatan tulang dengan mengubah protein matriks tulang, meningkatkan penyerapan kalsium, dan mengurangkan perkumuhan kalsium dalam air kencing.
Penting untuk diingat bahawa bukan vitamin, mineral, atau antioksidan individu sahaja yang menjadikan sayur-sayuran seperti kacang buncis menjadi bahagian penting dalam diet kita.
Telah terbukti bahawa mengasingkan nutrien sihat ini dalam bentuk suplemen tidak akan memberikan hasil yang sama. Lebih baik mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan bervariasi.
Kacang buncis tidak mengandungi kolesterol. Walaupun badan anda memerlukan sedikit kolesterol untuk pertumbuhan sel yang sihat, terlalu banyak buruk bagi anda. Kolesterol tinggi boleh menyebabkan pengumpulan lemak di arteri anda.
Ini dapat mengurangkan aliran darah ke jantung dan otak anda dan menyebabkan serangan jantung atau strok.
Satu cawan kacang buncis mentah mempunyai 2.7 g serat. Kacang buncis yang dimasak (direbus) mempunyai 4.0 g serat, sebahagiannya serat larut.
Serat larut dapat membantu menurunkan kadar LDL atau kolesterol jahat dan kolesterol total. Ini juga dapat menyokong kesihatan jantung dengan menurunkan tekanan darah dan mengurangkan keradangan.
Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan makan tidak lebih daripada 1,500 miligram (mg) natrium setiap hari untuk kesihatan jantung yang optimum. Kacang buncis secara semula jadi rendah natrium.
Satu cawan hanya mempunyai 6,6 miligram (mg). Terlalu banyak natrium dalam diet anda boleh meningkatkan tekanan darah anda. Tekanan darah tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok.
Tetapi berhati-hatilah dengan kacang buncis dalam tin. Satu cawan yang kacang buncis mengandungi 461 mg sumber dipercayai natrium. Bilas kacang buncis sebelum makan, atau pilih varieti tanpa garam.
Menurut Cleveland Clinic, FODMAP adalah karbohidrat yang tidak dicerna yang dimetabolisme oleh bakteria di usus anda yang membawa kepada angin, sakit perut, cirit-birit, dan sembelit.
Makan makanan yang tinggi FODMAP boleh memperburuk keadaan pencernaan seperti sindrom iritasi usus (IBS) dan refluks asid.
Mengambil makanan FODMAP yang rendah mungkin dapat mengurangkan masalah perut anda. Kacang buncis adalah makanan FODMAP rendah dan dapat dinikmati oleh banyak orang yang mempunyai masalah pencernaan kronik.
Sumber: medicalnewstoday / healthline
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!