Tidak dinafikan kita akan jadi kurang selesa jika orang di sebelah mempunyai mulut yang berbau.
Terutamanya apabila setelah makan bawang atau petai yang meninggalkan bau tidak menyenangkan. Hendak ditegur bimbang membuat rakan sebelah terasa.
Sebenarnya selain menggosok gigi atau menggunakan pembersih mulut, ada lagi beberapa jenis makanan boleh membantu hilangkan bau mulut ini.
1.Makan Epal
Epal adalah buah yang cukup baik bagi mengatasi masalah bau mulut. Ini kerana epal mengandungi polifenol yang dapat memecahkan senyawa penyebab bau mulut. Tidak hanya itu, epal juga mampu membantu mengeluarkan sisa makanan yang tersekat di celah gigi.
2. Pilih Sayuran Hijau
Ads
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kangkung sangat bagus untuk melawan bau mulut. Tiga jenis sayuran tersebut dapat membantu menyeimbangkan tingkat pH yang pada akhirnya membantu mencegah mulut daripada kering. Ini kerana mulut kering adalah salah satu sebab penyebab mulut berbau.
3. Kayu Manis
Kayu manis mengandungi minyak esensial yang terbukti memiliki kemampuan melawan bau mulut dengan membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam mulut kita.
Ads
4. Ambil Timun
Timun cukup kaya dengan kandungan air yang mampu menghilangkan bau mulut. Air timun dapat mencegah mulut kering dan membersihkan sisa makanan yang mungkin terselit di celah gigi selepas makan. Jika tak suka timun, boleh gantikan dengan batang saderi yang memberi kesan sama.
5. Sentiasa Minum Air Putih
Air putih membantu menghasilkan air liur dalam membersihkan sisa makanan dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam mulut. Apatah lagi, air putih cukup baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.
Ads
6. Amal Minum Air Lemon Setiap Pagi
Pada waktu pagi, biasanya mulut akan mengeluarkan bau kurang enak. Bagi mengatasinya minum air lemon pada waktu pagi. Air lemon dapat merangsang produksi air liur sehingga masalah bau mulut hilang.
Ketika hamil seseorang itu ada kalanya berdepan dengan pelbagai masalah alahan atau sakit lain yang datang menyerang.
Antaranya adalah mengalami demam dan situasi akan jadi lebih teruk jika berlaku di akhir kehamilan.
Apakah risiko bakal ibu dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika diuji dengan masalah demikian.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu kesannya jika wanita hamil diserang demam di awal dan di akhir kehamilan.
Demam yang dihadapi oleh wanita yang hamil, memang merisaukan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang cuba dielakkan namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu atau tidak, wanita yang hamil harus menerima dengan hati yang redha.
Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.
Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat ialah 37°C. Jika melebihi tahap ini, anda akan dikira sedang mengalami gejala demam.
Adakah demam memberikan kemudharatan pada wanita yang hamil? Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudharatan demam dan suhu panas terhadap bayi dalam rahem.
Cuma saya mahu menarik perhatian pada satu penulisan di dalam Journal of Paediatric and Perinatal Epidemiology, yang mengatakan bahawa secara amnya, demam yang dialami oleh wanita hamil tidak memberikan apa-apa risiko kepada anak yang dilahirkan.
Ada kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam melebihi 39.0 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection), maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Walau bagaimanapun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.
Namun demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudaharat pada bayi.
Ini kerana demam yang tinggi pada awal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
Malah ada beberapa kajian yang agak lemah menunjukkan bahawa suhu badan terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku pada wanita yang mandi di dalam hot tubs atau sauna ketika hamil.
Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan lebih sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudharat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahem (intrauterine infection).
Saya mencadangkan wanita hamil yang mengalami demam agar mengambil bacaan suhu yang betul. Adalah sukar untuk mengatakan seseorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Oleh itu gunakanlah thermometer agar dapat mencatat bacaan dengan lebih tepat.
Minumlah air suam kosong yang banyak. Demam akan membuatkan seseorang akan merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu harus menambah jumlah air yang diambil ketika mengalami demam.
Jika demam bersama-sama dengan loya dan muntah, bolehlah minum air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Selain itu, wanita hamil yang mengalami demam boleh menuam dengan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada, membantu haba dari badan dikeluarkan dari tubuh dan mengurangkan demam.
Berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Adakalanya punca demam dapat dikesan dengan pemeriksaan darah dan air kencing. Untuk meredakan demam dengan cepat, doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat digunakan oleh wanita hamil dengan dos yang ditetapkan.
Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam. #HealthDrZubaidi
Ekzema Sebabkan Tangan Gatal, Pakar Beri Nasihat Atasinya Elak Jadi Lebih Teruk. Alangkah pedihnya tangan apabila mengalami masalah menggelupas akibat beberapa masalah seperti salah menggunakan bahan pencuci pakaian atau alatan memasak.
Apabila terkena air atau membasuh seafood atau memberus baju sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Pedih walaupun terkena percikan air pada tapak tangan.
Dalam satu perkongsian Dr Syazween di laman twitter memberitahu sebab terjadinya masalah yang disebut ekzema ini.
1) Ni namanya hand eczema ye. Hand eczema boleh jadi tanpa sebab (constitutional hand eczema). Boleh juga jadi sbb kesan bahan kimia yang kuat pada kulit (irritant contact eczema). Satu lagi, boleh jadi sebab allergic kepada product yang terkena dekat tangan (allergic contact eczema).
2) Apa contoh produk yang mungkin tak sesuai untuk hand eczema? Boleh jadi sebab sabun, shampoo, pewarna, pewangi, besi, getah dan mcm2 lagi. Basically barang yang kita guna seharian ada potensi untuk jadi allergic/irritant pada kulit kita.
3) Tapi ni semua macam barang yang dicipta manusia, dr..kenapa saya setiap kali basuh seafood je mesti gatal? Ok good question. Kajian ada menunjukkan ikan & udang mengeluarkan jus semulajadi & enzymes yang boleh ganggu lapisan kulit kita yg paling luar & menerukkan eczema.
i) Firstly, jika suspect ada hand eczema, datang jumpa doktor. If needed, dr akan arrange untuk buat ujian patch test. Untuk cek apa benda yg anda mungkin allergic. So, jika ada benda yang confirm allergic, please AVOID.
ii) Elakkan bersentuhan dengan produk yang boleh irritate kulit. Macam sabun yang terlalu kuat. Air yang terlalu banyak pun boleh rosakkan kulit ya.
iii) Jika guna sabun, cari sabun yang tidak berbuih dan tiada wangian. Lepas cuci, pastikan lap kering dengan lembut. Jangan gonyoh kulit tu dengan scrub or sponge. Nanti lagi rosak kulit.
iv) Bila buat aktiviti basah menggunakan tangan (wet work), gunakan glove. Nak guna glove pun ada teknik dia : -Pastikan gloves tiada lubang-lubang yang boleh cecair luar msuk -Jangan pakai glove lama sgt, non stop. Kejap2 kena buka
-Peluh yang berlebihan bawah glove pun tak elok utk kulit -Bole gunakan glove cotton bahagian dlm , lepas tu dkt luar tu glove getah , utk beri lebih keselesaan -Jika pakai glove pun gatal, datang jumpa doktor. Anda mungkin allergic kepada glove pula.
v) Dapatkan rawatan sepatutnya. Seperti biasa, kulit kering sapu pelembab. Kulit radang (gatal merah), sapu krim antiradang (steroid atau calcineurin inhibitor) mengikut kesesuaian kulit anda. Jangan pandai2 beli sendiri, minta pandangan doktor which ubat yang sesuai.
vi) Jika terlalu teruk hand eczema, ada rawatan seterusnya seperti ubat makan. Usuall jika sampai tahap ni, ideally dah kena jumpa doktor kulit. In sha Allah we will do our very best to help you.
vii) Dan teknik yang paling penting dan paling berkesan, jangan basuh pinggan. Gunakan alasan ini minta suami / Mr Jannah anda untuk basuh pinggan. Kalau nak lebih mengada, suruh dia masak, basuh sayur, basuh seafood, siang ikan, cuci peti ais skali hehehehe
Serangan anxiety ini boleh berlaku tanpa disangka-sangka dan bila-bila masa, tanpa mengira had umur dan jantina. Namun macam mana keadaan orang yang berdepan dengan masalah ini, anda patut ambil peduli.
Cuba bayangkan, apa yang anda akan lakukan jika dikejar anjing? Pasti anda akan lari menyelamatkan diri bukan? Begitu jugalah dengan mereka yang menghidap anxiety.
Untuk memahami apa itu anxiety, cuba baca perkongsian Puan Siti Ainur, dia sendiri juga pernah kena serangan ini.
Serangan Anxiety
Macam mana mahu cakap eh. Orang yang tak rasa dia tak akan paham. Sakit dia lagi perit. Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat. Rasa dia memang rasa nak mati. Memang sakit dia tidak ada luka, tidak ada lebam, tiada apa apa pun.
Bila pergi jumpa doktor, check memang tak ada-apa. Malah ada yang anggap anxiety ni sakit jiwa lah, gila lah mental lah. Sebab tak rasa kan? Kalau dah rasa barulah tahu ya. Sakit ni bukan kita minta tapi dia akan terus attack tanpa bagi hint. Sesiapa je boleh kena sebenarnya.
Saya terangkan dengan ringkas dan mudah faham. Anxiety ni dia akan buat sesorang tu cemas tanpa sebab, sukar bernafas, jantung berdegup dengan cepat, tak boleh tidur, terlalu memikirkan sesuatu benda dalam satu masa, pikiran kacau bilau, yang paling takut ialah selalu pikir tentang kematian. Yang kena gestrik, gerd pun akan camni.
Dengar memang orang akan ketawa. Kalau cerita pada orang pun, orang akan cakap gila. Gila itu lain, tekanan itu lain. Rata-rata yang kena anxiety tu disebabkan oleh penat dari segi mental dan fizikal dan kerap berfikir tanpa tujuan. Dan banyak faktor juga.
Anxiety ini nak pulih memang ambil masa. Ada yang hidapnya sejak kecil sampai dewasa. Ada yang hidap bertahun tahun. Ada yang meninggal dunia. Orang tengok sebelah mata tapi jangan lah rasa. Memang kalau dilihat dengan mata kasar, penghidap anxiety ni mereka tak tunjuk. Selalu menangis tanpa sebab krana ketakutan dan cemas.
Bila nak tidur takut, semua takut. Keluar rumah takut. Senang cerita semua takut dan cemas. Ada yang hilang selera makan hingga menjadi kurus kering. Tidak keluar rumah seolah-olah merasakan ada sesuatu akan terjadi padahal tidak. Selalu rasakan “jap lagi aku akan mati” padahal tidak berlaku. Hidup jadi murung dan kemurungan pun berlaku.
Pesakit yang hidap anxiety ni boleh pulih. Tapi dia tak akan pulih 100%. Bergantung pada seseorang itu juga. Yang menentukannya ialah MINDSET. Tak ada seorang pun yang mahukan jadi macam ini, malah saya juga.
Ada yang tak paham mereka akan cakap macam-macam, kurang iman lah, kurang agamalah dan memacam lah. Salah!
Solat Pun Tak Khusyuk!
Saya kongsikan sikit, apabila pesakit anxiety mahu solat, solatnya pun memang tidak akan khusyuk. Macam mana saya tahu? Saya juga pernah alami anxiety jadi saya sangat memahmi.
Di sini saya nyatakan cara mengubati anxiety secara umum. Kalau ada yang nak tambah pun boleh.
1) Dekatkan diri dengan Tuhan. Banyakkan istighfar, selawat, zikir.
2) Tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif. Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti. Bila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety.
3) Mindset. Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “aku sihat, tak takut.” Kadang sebab mindset kita lemah. Betulkan mindset.
4) Jangan berseorangan. Selalulah bergaul, berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami kita dan percaya. Luah segalanya, mesti lega.
5) Buat aktiviti yang seronok bersama kawan kawan, suami, anak-anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang “benda” itu.
6) Jangan tidur keseorangan, sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Contoh anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan.
7) Jika perlu, dapatkan nasihat doktor psy. Anxiety bukan gila. Jangan takut. Sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami, dapatkan nasihat mereka. Makan makanan yang sihat. Banyakkan minum air masak.
9) Cabar diri untuk pecah tembok yang anda takut. contohnya takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin. Tukar mindset. Inshallah boleh.
10) Sokongan moral mental dan fizikal. Sokongan daripada Keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety. Sentiasalah bagi dorang support.
Ada yang tanya “macam mana boleh kena anxiety?”. Hmm… seperti apa yang saya tahu kemungkinan dari mental fizikal yang penat, lemah, kerap berfikir, stress sebab jaga anak, kerja, bisnes, stress pasal orang, dan sebagainya (sila rujuk pakar).
Kalau benda nak datang kita pun tidak akan jangka. Sesiapa akan kena. Artis pun kena apatah lagi kita orang biasa.
Akhir kata, anxiety datang tanpa kita jemput. Dan tak semestinya macam apa saya nyatakan di atas. Mungkin sebab gastrik, gerd dan sebagainya. Ini saya ceritakan apa yang berlaku kepada saya dan macam mana saya atasi semuanya saya nyatakan di atas.
Jika ada cadangan lain, terserah mahu ikut atau tidak. Setiap orang berbeza dan saya nyatakan cara-cara di atas adalah umum.
I’m not doctor, but Im sharing my experince only.
Please lah alert if ada kekawan atau ada yang hidapi benda ini. Bagi support each other dan inshaa Allah semua akan jadi sedia kala.
Anxiety and panic attack berbeza. Sila tanya yang lebih arif.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.