Pernah atau tidak anda mengalami masalah kegatalan yang sangat memeritkan. Malah semakin digaru semakin sedap hinggakan kulit boleh berdarah.
Apa sebenarnya punca kepada masalah gatal atau kudis buta ini. Menurut Dr Samhan di laman twitternya menjelaskan, kudis buta atau skababies yang dsebabkan gigitan kutu bernama Sarcoptes Scabiei.
Dikatakan kutu ini akan masuk ke dalam kulit dan mati selepas mengeluarkan telur. Bunyinya agak mengerikan dan boleh meremang tengkuk mendengarnya.
Kebiasaannya, tempat yang menjadi tempat jangkitan adalah di celahan jari, tapak tangan, pergelangan tangan, kemaluan dan juga punggung. Dikatakannya juga mudah berjangkit dengan sentuhan kulit atau berkongsi cadar atau tempat tidur.
Ayuh ikuti kupasan lanjut oleh Dr Samhan mengenai jangkitan kudis buta ini.
BAGAIMANA BOLEH JADI GATAL?
Jika dilihat melalui mikroskop, kutu berbadan bulat dan ada lapan kaki. Oh ya, kutu ini betina. Dia akan menggorek masuk ke dalam kulit, bertelur dan terus mati.
Telur tersebut akan menetas dan menjadi kutu. Kutu ini boleh hidup pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat!
BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?
Kutu ini hidup pada permukaan kulit. Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Kutu ini boleh jatuh pada tuala,selimut,baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta
dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.
Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !
Ads
Jangkitan skabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Ruam skabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, dan sangat jarang melibatkan muka dan kepala.
Gambar sekadar hiasan.
APA RAWATANNYA?
1.Menggunakan losyen antiscabies
1. Losyen Permethrin 5%
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan keatas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion
2. Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
Ads
– Dewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak² 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed
3. Losyen Lindane 1%
– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Gunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
Ads
– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu yg bermasalah kulit
– Contoh : Scaboma Lotion
2. Jangan berkongsi tuala,baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.
3. Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
4. Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama walaupun mereka tidak ada rasa gatal.
5. Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.
Bantu saya untuk #share info penting supaya lebih ramai mak ayah faham tentang kudis buta dan cara merawat dengan betul dan efektif.
Nampak menarik petua cantiknya, wanita ini cuma menggunakan ais kiub tomato untuk rawat masalah kulitnya.
Perkongsian daripada Nurul Balqis ini, menjadi tular dek kerana mudah nak buat dan bahan pun memang ada di dapur. Berikut merupakan perkongsiannya:
Qis ade nak share satu tip yang qis dah amalkan sejak 6bulan yang lepas. Memang menjadi.
Banyak kebaikan ais kiub tomato ni, antaranya:
Jerawat dekat muka qis satu hari je dah kecut Gelap bawah mata pon dah berkurang Kulit qis still glowing walau tanpa makeup Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dpat cegah kedutan) Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jadi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat. Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah. Cara-cara nak buat qis ada terangkan pada setiap gambar-gambar kat bawah ni.
Silakan kalau nak share untuk simpan tip ni dan boleh tag rakan-rakan yang ada masalah jerawat, kulit kering, gelap bawah mata, kulit berminyak atau yang dah giveup nak try mana-mana skincare.
Bahan-Bahan:
2 biji buah tomato
Mesin Pengisar
Bekas Kiub Ais
Cara Membuat:
1. Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil seperti dalam gambar.
2. Seterusnya, masukkan tomato yang dipotong kecil tadi kedalam mesin pengisar. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.
3. Kisar sampai hancur dan halus.
4. Kemudian, masukkan tomato yang dikisar tadi ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.
5. Skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka anda.
Haaa.. mudah bukan? Selepas ini anda boleh siap-siap buat dan letak dalam peti. Bangun pagi, boleh terus sapu pada kulit wajah. Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022, model dan pelakon, Anna Jobling tidak lokek berkongsi tip cantik kepada pembaca.
Suka mengamalkan jamu dan merupakan salah seorang duta jamu, Anna memang fokus untuk menjaga kecantikan dari dalaman untuk bias luaran.
Tip Cantik Anna Jobling
Mengulas mengenai takrifan mengenai kecantikan, Anna berkata ia kena datang dari dalaman seseorang wanita.
Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif. Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang. Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman. Tak kisah paras rupa macam mana, tapi kalau sayang diri, yakin, secara langsung akan cantik dari segala segi.
Takut Nak Mendirikan Rumah Tangga
Berkongsi tentang hubungan percintaan, aktres jelita Anna Jobling mengakui pengalaman dicurangi oleh bekas kekasih sebelum ini membuatkan dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga.
Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, berkata, pengalaman tersebut membuatkannya lebih selesa dengan kehidupan solo berbanding memiliki pasangan.
“Perkara (curang) ini buat saya takut nak kahwin. Lebih baik saya ‘single’ tetapi gembira daripada berkahwin kemudian sakit hati.
“Saya pernah kena curang beberapa kali. Isu curang ini bukan hanya tidak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga. Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan,” katanya lagi.
Selesa Dengan Status Privasi
Sementara itu, dia yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus memberitahu lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang kisah peribadinya dan membiarkan orang ramai terus berteka-teki mengenainya.
“Tiada sesiapa tahu semua benda tentang kehidupan dan hubungan peribadi saya.
“Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakansemuanya. Kalau orang nak buat tanggapan sendiri, lakukan,” ujarnya.
Tak Suka Jenis Hipokrit
Anna juga mengakui tidak menyukai dan mengelak daripada mempunyai hubungan dengan lelaki yang suka berpura-pura atau bersikap hipokrit.
“Saya paling benci yang individu sejenis hipokrit seperti melarang saya melakukan sesuatu perkara tetapi realitinya dia pula yang buat,” kongsinya.
Sebelum ini Anna sering dikaitkan dan didakwa mempunyai hubungan istimewa sengan aktor Meerqeen.
Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan rapat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!