Baru melahirkan anak seminggu lepas, pasangan Ernie Zakri dan Syamel setuju untuk menamakan si kecil ini dengan nama Nur Khawla Soleha.
Nama yang cukup cantikm unik dan klasik menjadi pilihan pasangan ini untuk puteri kesayangan yang dilahiirkan pada tarikh yang cantik, 22 Februari lalu.
Dalam satu posting di laman Instagramnya Ernie muat naik sekeping foto memarapkan genggaman sikecil yang turut menerima tanda suka dari warga net.
“Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT. Panggil saya Khawla,” tulisnya.
Rata-rata mengicapkan tahniah atas kelahiran zuriat yang menceriakan lagi hidup pasangan ini selain mendoakan Nur Khawla Soleha agar menjadi anak solehah.
Netizen turut berkongsi sejarah nama nama Khawla merupakan seorang srikandi yang hebat dan kisahnya tercatat di dalam Al-Quran.
“Khaula seorang srikandi yang hebat dan Allah rakamkan kisahnya di dalam al-Quran. Wanita ini disegani oleh Saidina Umar ketika menjadi Khalifah, beliau tidak akan beredar selagi Khaila belum habis memberi maklum balas”.
“Nama yang sangat indah. Subhanallah! Selamat datang Khawla Soleha. Cantik sungguh nama seindah makna”.
Ads
“Sedap nama Khawla, semoga menjadi anak solehah, penyejuk mata ayah dan bonda”.
“Aloloo such a beautiful name!SubhanAlllahhhhhhh Welcome, Beautiful Khawla Soleha”.
“Sedapnya nama Alhamdulillah. Semoga baby menjadi anak yg solehah, penyejuk mata hati ayah bonda.
Ads
Pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu.
Rumah berbau macam-macam waktu jiran datang, situasi ini tidak boleh dipandang remeh walau ada yang berpegang pada kata-kata ‘masuk rumah orang mata kena pejam dan mulut patut dikunci’.
Nak-nak waktu raya, lagi lah anda kena jaga. Patut bersedia selalu dan mencari punca rumah anda berbau.
Punca rumah berbau busuk bukan hanya disebabkan oleh udara daripada luar sahaja, malah boleh jadi disebabkan sisa makanan terbiar, pakaian terpakai, bau masakan dan sampah yang tidak dibuang seharian.
Hah, jangan risau, Rapi akan kongsikan tip untuk hilangkan bau busuk rumah dengan menggunakan cara semula jadi. Lebih murah dan berkesan, jom cuba!
Walaupun arang sering digunakan sebagai alatan membakar tetapi ia juga mampu menghilangkan bau busuk di dalam rumah. Cara penggunaannya mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul arang dan letakkan di sudut rumah. Bau busuk pasti akan hilang!
Selain menggunakan arang, anda juga boleh menggunakan kulit limau dan kulit kayu manis. Caranya adalah dengan mendidihkan air bersama kulit limau. Kemudian masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis dan biarkan sehingga naik bau beraroma.
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam botol spray. Sembur di ruang dapur dan rumah untuk menghilangkan bau busuk.
Buat pengemar bau daun pandan, anda boleh cuba menggunakan ia sebagai bahan untuk mengharumkan rumah. Caranya mudah sahaja iaitu simpulkan daun pandan dan letak di dalam bekas.
Kalau nak lebih wangi, boleh hiriskan dan letak di dalam bekas yang terbuka.
Siapa sangka limau kasturi sebenarnya boleh membuatkan rumah berbau harum. Anda hanya perlu menghiris limau kasturi dan letak ke dalam bekas berisi air.
Kalau nak cantik, letak di dalam bekas kaca dan boleh dijadikan dekorasi ruang tamu. Mudahkan?
Selain boleh digunakan dalam masakan, soda bikarbonat juga membantu menghilangkan bau busuk di rumah. Hanya perlu letakkan soda bikarbonat di dalam bekas kecil dan letakkannya di sudut rumah.
Atau kalau nak lagi mudah, beli sesiap di kedai yang boleh membuatkan anda rasa tenang dan selesa dengan baunya.
Apa pun, sebelum keluar ke mana-mana raya nanti, jangan lupa buang sampah ya. Kalau rasa tak cukup tangan, boleh bagi sesiap tugasan sebelum raya. Yang penting, rumah kena bersih!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa menggunakan filter, pelakon wanita yang popular pada zaman 90an, Deanna Yusoff kelihatan tetap cantik walau umurnya sudah masuk 56 tahun.
Menerusi laman Instagram, Deanna berkongsi soal kesihatan dan penjagaan kulit kepada peminatnya. Dia menceritakan pengalaman bagaimana kulitnya berubah setelah melalui fasa menopause (putus haid) hingga tahun-tahun berikutnya.
Deanna akui, dia sangat bimbang dengan kulitnya menjadi lebih kering dan kehilangan keanjalan. Penyanyi, model dan emcee ini juga memberitahu dia tertekan sehingga menghidap psoriasis.
“Kulit saya berubah sepenuhnya semasa peri-menopause, menopaus dan tahun-tahun selepasnya.
Kekeringan dan kehilangan keanjalan adalah dua kebimbangan utama saya, kulit kusam juga menjadi isu. Saya tak selesa dengan kulit saya sendiri dan sedar macam mana rupanya. Ini membuatkan saya tertekan dan saya juga menghidap psoriasis,” jelasnya.
Untuk pengetahuan anda, psoriasis adalah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik.
Namun, Deanna mengambil inisiatif membuat penyelidikan sains disebalik fungsi kulit dalam kehidupan ini.
“Untuk membantu masalah kulit ini, saya mula membuat penjagaan kulit profesional dengan bahan semula jadi dan membuat penyelidikan sains di sebalik fungsi kulit sepanjang kehidupan kita.
Ini membuat saya sedar yang saya perlu menggunakan bahan-bahan selamat dan berkesan yang boleh dipercayai oleh badan saya. Sesuatu yang kita semua harus lakukan dalam rutin penjagaan kulit kita!” tulisnya.
Tambahnya lagi, perubahan hormon harus seiring dengan penjagaan kulit yang lebih rapi.
“Apabila hormon kita berubah dalam fasa kehidupan ini, begitu juga dengan keperluan kulit kita; sedar tentang perubahan tersebut, ini membantu saya untuk menjaga keperluan kulit dengan lebih baik.
Saya sangat teruja kerana dapat berkongsi pengetahuan ini dengan orang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama,” ujarnya.
Sekadar info, Deana Yusoff pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Malaysian ke -10. Deanna juga pernah menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan dua buah album, Dinide and Continue dan Fix.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada masanya seseorang itu akan mengalami masalah gangguan sakit kepala dan boleh jadi berpanjangan jika tidak diusahakan sesuatu.
Namun rupanya sakit kepala ini ada beberapa jenis dan perlu tahu tahap mana kesakitan dialami. Ada yang selepas tidur untuk seketika sakit akan hilang dan ada juga sebaliknya.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu mengenai masalah sakit kepala dan waspada jika berlarutan lebih 5 hari.
Ramai yang mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat dan ia selalunya dianggap sebagai penyakit biasa kerana kesakitannya dirasakan sementara sahaja.
Namun, sakit kepala yang dialami perlu dikenal pasti sama ada serangan yang dialami itu biasa atau bahaya.
Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayakan tetapi sesetengahnya boleh menyebabkan bencana atau sesuatu yang lebih teruk sehingga menjejaskan rutin harian sekiranya tidak ditangani.
Apa yang penting adalah mengenal pasti apakah jenis sakit kepala yang menyerang anda sama ada ia boleh membahayakan kesihatan atau sebaliknya.
Terdapat dua jenis sakit kepala iaitu primer dan sekunder. Sakit kepala jenis primer ada masanya menyebabkan kehidupan harian terjejas tetapi tidak akan menyebabkan kemerosotan dari segi kesihatan atau tidak bahaya dalam tempoh jangka panjang.
Sakit kepala sekunder pula mesti dikenal pasti kerana akan menyebabkan sesuatu yang bahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.
Migrain yang lazim dialami oleh kebanyakan orang adalah jenis sakit kepala jenis tekanan dan kluster.
Sakit kepala jenis tekanan adalah paling kerap menyerang sesiapa saja.
Beliau menjelaskan, kebanyakan orang keliru antara migrain dan sakit kepala jenis tekanan yang lazimnya tidak begitu teruk, berbanding sakit kepala akibat migrain yang boleh menjadi teruk sehingga muntah.
Sakit kepala jenis sekunder boleh berlaku secara tiba-tiba.
Bagi penghidap tekanan darah tinggi serta tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk, mereka perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ini kerana sakit kepala berkenaan berkemungkinan berpunca dari salur darah yang bergumpal di dalam otak yang boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan.
Sakit kepala jenis kluster jarang berlaku, tetapi serangannya menjadi teruk apabila pesakit menerangkan kesakitan yang dialami melebihi penderitaan ibu melahirkan atau keretakan tulang.
Sakit kepala kluster berlaku akibat terdapat pendarahan atau ketumbuhan di dalam kepala yang perlu dikenal pasti bagi mengatasinya.
Pengambilan ubat penahan sakit perlu dibataskan iaitu tidak lebih lima kali dalam tempoh sebulan bagi mengelakkan kesan sampingan seperti kerosakan buah pinggang.
Makan ubat tahan sakit terlalu kerap boleh menyebabkan sakit kepala yang dialami berterusan hingga sukar dirawat.
Pesakit yang kerap diserang sakit kepala seperti migrain iaitu tiga kali sebulan perlu menjalani rawatan menggunakan profilaksis untuk mengeluarkan kesan ubat penahan sakit yang dimakan sebelum ini.
1. Sakit kepala berdenyut denyut
2. Sakit membabitkan satu kepala atau separuh kepala
3. Dikaitkan dengan loya dan muntah
4. Sensitif kepada cuaca persekitaran, terlalu panas atau terlalu bising
5. Sakit kepala mula terasa apabila melakukan aktiviti luar kebiasaan seperti menaiki kereta untuk perjalanan jauh dan tidur lewat
6. Sesetengah pesakit nampak titik titik atau corak zig zag sebelum sakit bermula
7. Sesetengah orang tidak sakit kepala tetapi hanya nampak titik titik, zig zag, silau (okular migrain)
8. Rasa berpusing pusing (vestibular migrain)
9. Sakit kepala ketika datang haid.
Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal dengan:
1. Anti migrain
2. Perubahan gaya hidup (contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)
3. Memastikan rutin dijalani tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap.
1. Kadar kesakitan: ringan sehingga sederhana.
2. Serangan lazimnya berlaku di sebelah petang.
3. Tidak menjejaskan kualiti hidup.
Paracetamol dan Profilaksis untuk mengawal serangan.
1. Kadar kesakitan: sangat sakit
2. Jarang berlaku dengan purata 0.1 peratus
3. Serangan datang dalam bentuk tetap,
contohnya pada Mac dan April
4. Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak (perlu dibedah bagi mengelakkan kesan buruk termasuk maut)
1. Sakit kepala disertai demam sehingga lima hari (berkemungkinan berpunca daripada tibi, meningitis atau difteria
2. Meracau-racau
3. Sakit kepala lebih dua hingga tiga minggu tanpa demam.