Kesihatan yang baik membolehkan anda kekal cergas dan bersemangat untuk melakukan sebarang kerja. Jalani hidup yang lebih sihat adalah satu pelaburan untuk jangka masa yang panjang.
Jadi, beberapa cara yang boleh membuatkan anda kekal sihat dan kelihatan awet muda setiap masa. Lakukan jika mahu kekal sihat hidup lebih lama.
1. Jangan Stres
Rasa marah hanya menimbulkan penat dan membawa kepada stress. Menurut penelitian dari Harvard Medical School, seseorang yang cepat marah boleh merosakkan organ dalam badan terutamanya paru-paru.
2. Nikmati Ikan Panggang
Pengambilan ikan mackerel, sardin dan salmon yang kaya dengan lemak omega 3 yang diambil secara panggang atau rebus dapat memperbaiki jantung anda. Hasil penelitian ahli gizi di Amerika mendapati, ikan yang dipanggang atau direbus jauh lebih baik berbanding yang digoreng atau dikeringkan.
3. Minum Kopi
Penelitian ahli gizi di California mendapati bahwa kafein dapat melindungi fungsi otak dan wanita yang minum tiga cawan kopi perhari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30%. Dikatakan juga, pada usia tua, mereka tidak akan mengalami hilang ingatan berbanding yang bukan minum kopi.
4. Ambillah Vitamin D
Menurut Dr. Marilyn Glenville, Terapi Nutrisi dari Kings College London mengatakan tanda-tanda penuaan awal boleh dilihat pada wanita yang kurang mengambil vitamin D. Vitamin D ini berfungsi dalam membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan ketahanan badan dan melindungi daripada penyakit jantung dan kanser. Contoh sumber dari vitamin D ialah sinaran matahari, salmon, tuna, udang dan suplemen minyak ikan.
5. Gabungan Zaitun
Pengambilan menu harian dengan makanan segar seperti kacang pis, ikan, sayur dan buah-buahan dan ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dua tahun dari usia sebenar.
6. Katakan ‘Hello’ Untuk Kawan-Kawan
Setiap hari lakukan rutin dengan memberi sapaan atau ‘salam’ kepada kawan anda kerana ia boleh membantu melepaskan hormon endorphin (stress). Selain itu, sapaan yang diiringi dengan senyuman dapat merangsang lebih daripada 30 otot-otot muka dan mampu menghilangkan kedutan. Jadi, apalagi, senyumlah.
Ads
7. Luahkan Perasaan
Gunalah diari untuk anda meluahkan segala fikiran dan perasaan yang boleh mengurangkan stress anda. Cara ini juga boleh membantu meningkatkan ketahana badan dan mengurangkan masalah penyakit seperti asma dan rheumatoid arthritis – penyakit kronik pada sendi-sendi.
8. Jangan Duduk Di Sofa
Penelitian di Amerika mendapati seseorang yang duduk lebih dari enam jam setiap hari pada sofa boleh meningkatkan risiko kematian berbanding dengan seseorang yang duduk kurang dari 3 jam. Jadi, jangan duduk terlalu lama di sofa.
9. Join Majlis Reunion
Seseorang yang membina hubungan sosial dengan baik dapat mengelakkan diri dari penyakit, kelihatan awet muda dan sihat. Jadi, mulalah aturkan pertemuan dengan kawan-kawan lama dan berbuallah tentang perkara yang menggembirakan.
10. Putih Kepada Coklat
Cuba gantikan pengambilan gandum putih kepada gandum coklat sekurangnya dua kali dalam seminggu. Ini dapat membantu mengurangkan risiko terkena diabetes tahap 2 sebanyak 16%.
Penelitian dari Harvard School of Public Health mengatakan adalah lebih baik anda menambahkan biji-bijian lain seperti barli (beras belanda) dalam menu utama anda.
Ads
11. Banyakkan Sayuran
Belilah sayuran dan buah-buahan yang segar. Bersihkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais agar tidak cepat rosak.
12. Rajinlah Berjalan
Biasanya anda melakukan senaman di gymnasium. Bagi yang berusia, tidak salah tetapi lama-kelamaan sel-sel otot berkurangan. Anda yang masih lagi muda dan tidak mahu sel-sel otot berkurangan, cubalah untuk berjalan dari luar pagar rumah sambil membawa barang perbelanjaan ke dalam rumah.
13. Minum Teh Hijau
Bagi ada penggemar teh hijau dikatakan akan kelihatan lebih muda 5 tahun berbanding mereka yang minum teh hijau kurang dari satu cawan dalam sehari. Dikatakan zat catechins yang terdapat dalam teh hijau mampu memberikan kekuatan pada tubuh untuk melawan pelbagai penyakit. Untuk rasa lebih enak, masukkan hirisan lemon ke dalam teh hijau.
14. Kira Gula & Garam
Gula dan garam adalah lemak jahat yang boleh menyebabkan penyumbatan arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Pastikan anda mengetahui pengambilan harian gula dan garam, sesuai dengan berat badan dan usia.
Ads
Lemak tepu: pengambilan kurang dari 1/3 jumlah pengambilan lemak harian.
Lemak trans: Mesti lebih sedikit daripada lemak tepu.
Gula biasa: Mesti kurang dari 1/3 jumlah pengambilan harian.
15. Badan Lebih Tegak
Walaupun belum terlalu tua tetapi banyak postur badan sudah berubah. Contohnya bongkok akibat tulang belakang. Jadi, anda perlu melakukan beberapa regangan badan seperti yang disarankan.
Awas, pakai tudung pun rambut tetap kena jaga! Rambut ni mahkota buat wanita, jadi wanita yang bertudung pun tetap kena menjaga kesihatan rambut untuk elakkan masalah timbul.
Jika diabai, bukan rambut sahaja jadi bau kepam tetapi boleh rosak dan bercabang. Lagi-lagi kalau anda terus pakai tudung tanpa memikirkan cara untuk keringkan rambut terlebih dahulu. Sudahnya, timbul masalah baru sperti kelemumur dan jadi gugur!
Untuk pastikan rambut sentiasa sihat dan cantik, ini antara rawatan atau petua menggunakan bahan semula jadi yang anda boleh lakukan.
Pakai Tudung, Rambut Kena Jaga
PETUA MERAWAT MASALAH RAMBUT GUGUR
Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
Rambut beruban & kelemumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.
credit photo: canva.com
Hilangkan kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
credit photo: canva.com
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
credit photo: canva.com
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zucchini atau Cucurbita pepo merupakan sejenis tumbuhan dalam keluargaCucurbitaceae. Jika diamati, ia berbentuk seperti timun dan isinya pula seakan-akan isi buah labu air, tetapi ia berwarna putih krim.
Tanaman berkenaan lazimnya dikomersialkan di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang.
Secara saintifiknya, zucchini sebenarnya adalah kumpulan labu musim panas (summer squash) yang popular di Amerika Utara dan kini ditanam untuk kegunaan salad atau sayur-sayuran.
Buah zucchini ini juga mempunyai khasiat tersembunyi di sebalik buah kecil ini.
Menurut Pensyarah Kanan Kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim bercerita mengenai khasiatnya.
Menerusi catatannya menerusi laman Facebook, beliau juga mengakui sayur itu dan mencampurkannya dalam sup ayam.
“Agak sukar untuk bertemu labu kuning muda (zucchini) di sini, namun jika terjumpa pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk membelinya,” tulisnya.
Berbalik tentang khasiat zucchini, Dr Fatimah berkata, selain kaya dengan karbohidrat, protein dan serat (larut dan tidak larut air), sayur berkenaan turut mengandungi gula sukrosa, potasium, sodium, magnesium, zat besi, kuprum dan kalsium.
“Bukan itu sahaja, tanaman itu juga sangat kaya dengan vitamin C, B6, A dan K,” tambah beliau.
Dalam pada itu, kulit zucchini pula dipenuhi dengan bahan kimia antioksida lutein, zeaxanthin dan beta-carotene.
“Jika hendak dibandingkan, zucchini (kuning) mempunyai lebih tinggi kandungan jenis bahan kimia karotenoid berbanding yang berwarna hijau.
“Jadi, jika sudah direbus (seperti dimasukkan dalam sup ayam), haruslah banyak vitamin C dan B6 sudah termusnah,” beritahu beliau.
Namun tidak mengapa, sudah pasti banyak lagi zat lain yang boleh diperoleh daripada zucchini.
“Oleh itu, kepada yang mahukan khasiat vitamin secara optima, maka bolehlah menggunakan zucchini sebagai salad sahaja,” saran Dr Fatimah.
Dahsyat, tular seorang gadis menggunakan lendir siput untuk cantikkan kulit wajahnya. Namun cara ini tak pelik sebab kebanyakan perempuan, kalau pasal penjagaan tubuh badan serta kecantikan, ada yang sanggup!
Malahan tak kira umur, ramai perempuan sanggup berhabis ratusan dan ribuan ringgit untuk kekal cantik. Cucuk sana sini pun ada, pegang konsep beauty is pain.
Lendir Siput Buat Kulit Flawless
Selain mendapatkan rawatan kecantikan di spa, ramai juga yang suka menggunakan cara tradisional atau dipanggil ‘home remedy’.
Nah, lihatlah aksinya yang slumber letak siput babi di wajahnya!
Mula-mula ingat dia menggunakan filter, tetapi rupanya gadis bernama Lydia betul-betul meletakkan siput di mukanya. Bukan seekor ya, tapi banyak.
Menjadi perhatian di TikTok, dia dengan selamba saja merakam aksi sewaktu wajahnya yang putih dilekatkan dengan lebih 10 ekor siput babi. Tindakan itu dibuat untuk merawat mukanya yang pernah ditumbuhi jerawat.
Kongsinya menerusi video, dia mencari siput itu di ranting-ranting pokok pada waktu pagi. Kalau dah siang siput kurang.
Susulan rakaman tersebut, Lydia turut berkongsi video lain yang memaparkan aktiviti sewaktu mengutip haiwan berkenaan sebelum dikumpulkan dalam satu kotak kecil. Selain di celah-celah rumput, ada juga yang diambilnya bertenggek di helaian daun serta ranting pokok.
Tinggal letak je senang. Kalau nanti lendir tu berkurang, ganti dengan siput yang lain.
Gadis itu juga tidak lokek menceritakan langkah-langkah ‘perawatan wajah’ menggunakan siput babi tersebut.
Selepas dibersihkan, siput itu akan diletakkan ke atas wajah bagi mengeluarkan lendir yang cukup bagus untuk kulit. Jika cecair berkenaan mulai kering, Lydia akan mengganti haiwan tersebut dengan yang lain.
Haaa… anda sanggup buat tak tu? Ini cara paling rare, nampak hasil di tangan pun flawless habis lah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!