Hitam itu menawan. Warna hitam juga dikatakan warna eksklusif dalam majlis tertentu untuk kelihatan lebih anggun dan elegan.
Warna hitam juga jika dilihat dari trend fesyen dianggap sebagai item fesyen yang timeless adalah lebih selamat kala berfesyen.
Malah dengan memiliki koleksi baju warna hitam menyebabkan anda tidak perlu update wardrobe setiap musim.
Hitam fesyen yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan boleh dipakai sepanjang zaman tanpa rasa jemu
Jarang sekali mereka yang memakai hitam untuk majlis pernikahan. Tetapi bagi pasangan Zizi Kirana dan Yusof Bahrin tampil berani menggayakan persalinan bertema klasik kurung dengan sentuhan songket rona hitam.
Keduanya tampak cantik dan bergaya sekali dengan persalinan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun untuk majlis pernikahan hari ini yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Manakala wajah Zizi Kirana juga kelihatan sangat berbeza dari kebiasan dan terserlah aura pengantin baru dengan sentuhan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa yang sangat kemas sekali.
Apatah lagi Zizi Kirana yang kini sudah berhijab sepenuhnya memang menyerlahkan penampilan dirinya berbanding beberapa tahun sebelum ini. Santun sekali dapam persalinan songket kurung ini.
Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Ads
Penyanyi lagu Eh ini menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.
Usai pernikahan, pasangan pengantin meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar… kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.
“Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan… doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.
“InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” kata Zizi kepada mStar.
Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Zizi berkata dia mula mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.
Mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.
Ads
“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan… sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.
“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini… hujung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama!
“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” ujarnya yang turut merancang untuk tunaikan umrah selepas sempadan negara di buka nanti.
Pasangan pengantin baru ini turut mendapat ucapan tahniah dan masing-masing memuji keduanya sama cantik sama padan.
Tabiat makan yang tak berkhasiat sejak kecil boleh menjadi punca kepada masalah kerosakan rahim di kalangan wanita pada usia muda.
Bahkan menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim di usia muda.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga semua wanita hendaklah tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada menghidapnya.
Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanitaumur 40-an.
Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis.
Adenomyosis
Berkeping-keping tumbuhan dan merosak hampir semua tisu-tisu otot rahim.
Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Adenomyosis telah merosak seluruh rahim.
Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Fibroids
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
Fibroid, bulat tumbuhannya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisyu otot lain.
Fakta Penting
Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anakperempuan ada risiko. Berwaspada!
Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk mengesan masalah peranakan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Jadi sangat penting mengambil pemakanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa mereka makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
Mari kita amalkan tabiat makan yang terbaik, mulakan dari anak-anak kecil lagi.
Fakta kesihatan tubuh sering kali kita terlepas pandang. Apabila tidak mengalami sakit seperti demam, batuk atau selesema, pasti kita merasakan tubuh sentiasa sihat. Namun, tanpa kita sedar terdapat banyak perkara mengenai anggota badan yang jarang diketahui.
Dalam perkongsian di laman sosial Twitter, Dr Samhan menerangkan pelbagai fakta kesihatan tubuh yang menarik untuk dikongsi. Mendapat lebih 18K retweet, info yang dikongsikan ini membuktikan bahawa tubuh kita penuh dengan rahsia.
11 Fakta Kesihatan Tubuh Yang Mengejutkan
1. Jangan korek tahu telinga
Telinga kita mempunyai mekanisme pembersihan sendiri. Korek telinga berisiko merosakkan gegendang telinga. Biarkan ia keluar sendiri kerana ia melindungi telinga daripada jangkitan.
2. Hidung hasilkan 1 cawan mukus sehari
Mungkin ramai tidak tahu, hidung menghasilkan mukus atau hingus sekitar 1 cawan sehari. Ia berfungsi sebagai penapis habuk, bakteria dan alergen.
3. Otot tak pernah letih adalah jantung
Jantung adalah otot paling setia bekerja, berdenyut tanpa henti sepanjang hayat. Inilah sebab utama kesihatan jantung penting dalam menjaga kesihatan tubuh.
4. Bila jantung berhenti…
Apabila jantung berhenti, bekalan oksigen ke otak juga terhenti. Itulah sebab CPR sangat penting dalam kecemasan.
5. Buah pinggang penapis paling power
Setiap hari buah pinggang menapis sekitar 50 galon darah untuk menyingkirkan toksin. Inilah antara fakta kesihatan tubuh yang sering diremehkan.
6. Otak terbentuk sempurna usia 26 tahun
Walaupun remaja sudah matang fizikal, perkembangan otak berterusan hingga umur 26 tahun.
7. Bakteria pada telefon lebih banyak dari mangkuk tandas
Telefon pintar sering disentuh tanpa kita sedar, menjadi tempat terkumpulnya bakteria. Rajinlah lap telefon untuk kesihatan tubuh yang lebih baik.
8. Kenapa selalu letih selepas makan?
Selepas makan, lebih banyak darah dihantar ke sistem penghadaman untuk mencerna makanan, menyebabkan rasa mengantuk.
9. Tinggi 1 cm lebih bila bangun tidur
Tulang belakang memampat sepanjang hari kerana graviti. Apabila tidur, ia kembali memanjang sedikit, membuatkan kita lebih tinggi pada waktu pagi.
10. Hasilkan 30 ribu sel mati setiap minit
Setiap minit tubuh menghasilkan sel mati. Itulah sebabnya disarankan mengibas katil selepas bangun tidur untuk kebersihan.
11. Kenapa dapat mimpi pelik?
Mimpi adalah hasil aktiviti otak semasa tidur REM. Fakta kesihatan tubuh ini menunjukkan otak tetap aktif walaupun kita tidur.
Berita baik buat kita semua apabila bakal menerima vaksin Covid-19 tidak lama lagi.
Namun yang menjadi keraguan berkenaan hukum penggunaan vaksin ini adakah dibolehkan mengikut hukum syarak.
Bagi mengelak sebarang kekeliruan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum penggunaan vaksin ini adalah harus.
Ini selepas mengambil ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.
“Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus, dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.
“Menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak,” katanya.
Beliau juga berkata garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin ini akan dihebahkan dalam masa terdekat.
Katanya lagi, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.
“Ini bermakna kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal mac. Ia dapat meliputi lebih daripada 80 perarys atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022,” tambahnya lagi.