Menjengah bulan November hingga hujung tahun ini pasti kita mendapat pelbagai jemputan kenduri pertunangan atau perkahwinan.
Inilah masanya untuk memastikna wajah kekal antik sementelah mahu bertemu dengan teman-teman yang sudah lama tidak bersua muka dek kerana pandemik ini.
Walaupun hadir dengan situasi new norm, tetapi tidak membataskan anda untuk bergaya cantik dengan bermekap seperti sebelumnya.
Bagi memastikan mekap tahan lama sepanjang hari dalam situasi majlis kenduri new norm, ada beberapa teknik boleh digunakan.
Ads
1. Gunakan primer agar mekap tahan lebih lama.
2. Rantakan foundation atau bedak asas digunakan tengan beauty blender agar tidak berkecamuk.
3. Gunakan concealer dengan membentuk segitiga terbalik. Kemudian barulah ratakan di seluruh wajah.
4. Boleh juga gunakan teknik baking untuk penghasilan concealer lebih maksima.
Ads
5. Untuk bahágian alis pula buat kerangka dulu dan kemudian baru luzks di bahagian dalam.
6. Boleh juga gunakan primer bagi memastikan eyeshadow jadi tahan lebih lama.
7. Untuk menutup lingkaran gelap bawah juga boleh gunakan concealer dan sapu secara rata di bahagian bawah mata.
8. Jangan lupa sapukan bronzer kemudian barulah blush on untuk hasil menarik dan menjadikan mekap anda ‘hidup’. Pastikan penggunaannya harus disesuaikan dengan warna kulit.
9. Untuk sápuan lipstik pula carilah yang mengandungi pelembap agar dapat melembapkan bibir sehingga tidak terlihat kering. Malah akan menjadikan bibir sentiasa segar walaupun dalam pemakaian facemask.
10. Penggunaan maskara juga penting dalam memastikan bahagian mata kelihatan lebih menonjol. Bahagian ini perlu diberi penekanan memandangkan kita dalam situasi new norm. Jadi kalau boleh rapikan bahagian ini dan pastikan juga pemakaian eyeliner juga disapu pada bahagian kelopak mata.
Ada banyak petua orang lama dan salah satu yang terbaik adalah masker pisang madu. Sangat berkesan untuk anda yang ada masalah jerawat dan kulit berminyak.
Seperti yang dikongsikan oelh Puan Arsha Armalie, apa yang anda perlukan adalah beberapa bahan ini:
Dua biji pisang
Madu asli
Minyak kelapa dara
Sedikit kunyit
Susu segar (brand apa pun tak kisah)
Cara buat:
Kisar semua bahan tersebut dan bila dah siap boleh sapu ada wajah dalam 15 minit sahaja. Kemudian baki yang ada, anda boleh simpan dalam bekas dan guna semula lain hari.
Tetapi biasanya masker ini anda boleh simpan dalam 3-4 hari sahaja paling lama ya.
Berbalik pada sapu masker tadi, anda boleh cuci dengan tisu basah sahaja. Selepas itu boleh kembali pada rutin menggunakan pelembap dan sunscreen.
Jangan lupa cuba ya, petua ini sangat membantu jika anda jenis kulit berminyak. Bila konsisten pakai, anda akan dapat hasilnya.
Semua wanita mengimpikan saiz badan yang ideal dan langsing. Menjadi masalah jika mengalami pertambahan berat badan berlebihan kerana sukar untuk melakukan pelbagai aktiviti disukai.
Bagi wanita ini @_syarmineisa tiada yang yang mustahil. Walaupun pernah diejek tetapi dia akhirnya berjaya transformasi berat badannya dari 95 kg ke 58 kg.
Siapa sangka berjaya hilangkan lebih 30 kg dan hasilnya memang sangat mengagumkan.
Malah turut mengakui perjalanan dietnya mengambil masa 5 bulan dengan begitu mengambil berat soal pengambilan pemakanannya.
Pecahan diberikan kepada satu tahun yang pertama di mana dia berjaya menurunkan 12kg namun tidak konsisten. Baki 20kg lagi berjaya diturunkan dalam masa 5 bulan seterusnya.
Sedar atau tidak ada antara kita yang mengalami tulang belakang bengkok. Apa sebenarnya maksud penyakit ini dan apakah bahaya yang akan dialami oleh seseorang.
Adakah jika kita mengalami penyakit yang juga dipanggil skoliosis ini akan menyebabkan pergerakan atau aktiviti terbatas.
Dengarkan penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan skoliosis ini yang boleh terjadi dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.
TULANG BELAKANG BENGKOK (SKOLIOSIS)
Tulang belakang membantu menyokong badan berkedudukan tegak. Setiap orang mempunyai bengkokkan semula jadi di mana sedikit daripada bengkokkan itu diperlukan untuk mengimbangi kedudukan badan, bergerak dan berjalan dengan sempurna.
APA ITU SKOLIOSIS?
Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.
Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘bengkok’.
Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.
SIAPAKAH YANG MENGHIDAP SKOLIOSIS?
1. Kanak-kanak
‘Infantile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:
• Kecacatan sejak lahir
• Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
• Kecederaan
• Jangkitan
• Ketumbuhan
‘Juvenile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 – 10 tahun. Ia jarang berlaku.
2. Remaja
‘Adolescent idopathic scoliosis’ – skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.
3. Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal.
Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.
Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%.
Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
PUNCA-PUNCA SKOLIOSIS
Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital. Ia tidak berpunca dari duduk membongkok, duduk dalam keadaan janggal tau tidur di atas tilam lama/nipis.
Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.
GEJALA
Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan. Tanda-tanda lain termasuk:
1. Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
2. Penonjolan tulang bahu
3. Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
4. Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
5. Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
6. Baju yang dipakai kelihatan senget
Jika dibiarkan tanpa rawatan, Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan sakit belakang yang berpanjangan, kecacatan bentuk badan dan kesukaran bernafas.
RAWATAN
Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna. Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang belakang tidak menjadi teruk. Pesakit juga akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan.
Selain itu, ada juga peralatan khas untuk menyokong tulang belakang (“Bracing”). Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok. Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai.
Rawatan pembedahan akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk. Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk. Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut. Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai “braces” badan hari ke-2 atau ke-3. Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Untuk bersukan hanya dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan.
PETUA-PETUA UNTUK IBU BAPA MENGESAN SKOLIOSIS DI PERINGKAT AWAL
Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya (“idiopathic scoliosis”) selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal.
Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas. Tanda – tanda yang dapat dilihat pada anak anda:
1. Bahu kelihatan tidak sama tinggi
2. Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
3. Pinggang kelihatan senget sebelah
4. Pinggul kelihatan tinggi sebelah
5. Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja
Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.