Kekurangan minum air di bulan puasa akan menyebabkan kulit mudah kering, lebih-lebih lagi jika terdedah pada penghawa dingin di pejabat setelah seharian bekerja.
Jika anda kurang minum air sepanjang berpuasa, kulit akan kelihatan kering dan pucat. Jadi anda boleh menutup wajah polos dengan mekap nipis yang akan naikkan seri semula jadi.
Nah, ini sedikit langkah mekap yang boleh anda amalkan.
1. Sapu pelembap, nak-nak kalau anda bekerja dalam aircond. TEtapi duduk rumah pun sangat digalakkan pakai.
2. Tutup liang pori terbuka dengan pakai primer, ini jadikan kulit anda lebih berseri tanpa cela.
3. Pakai sunscreen, wajib ya! Lindungi kulit daripada masalah jeragat dulu sebelum sapu mekap.
4. Kalau suka pakai bedak, pilih bedak tabur yang jenis translucent powder, yang tidak mengandungi warna.
Solek Tebal Punca Kulit Kering Ketika Berpuasa, Elak Kalau Tak Nak Wajah Kusam!
Apabila dehidrasi terjadi ketika berpuasa, kerosakan kulit menjadi lebih parah sekiranya langkah pencegahan tidak diambil segera.
Ads
Berikut antara langkah pencegahan boleh diamalkan untuk elak kulit kering ketika berpuasa.
1. Minum Banyak Air Kosong Setika Bersahur & Selepas Berbuka
Air bukan hanya menghidrat dan melembapkan kulit, malah membuatkan anda dapat menahan lapar serta berfungsi dengan baik sepanjang hari.
Secara purata tubuh memerlukan lapan gelas air sehari. Elakkan minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretik atau mendorong pengeluaran air kencing. Anda juga boleh makan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur untuk menambah kandungan air dalam tubuh.
Ads
Apabila pergi ke surau atau masjid untuk solat Tarawih, bawalah botol air. Anda boleh minum selepas selesai rakaat kedua, keempat, keenam dan seterusnya. Melalui cara ini, anda dapat menambah pengambilan air secara sedikit demi sedikit.
2. Kurangkan Penggunaan Solekan Tebal
Jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal, seeloknya ia diminimumkan seketika sepanjang Ramadan. Selain mengelakkan kulit kering, ia dapat merehatkan kulit dari bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik.
3. Sentiasa Segarkan Wajah Dengan Semburan Air Mineral
Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral ke wajah untuk mengelakkan kekeringan. Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja (yang tidak ditutup) untuk melembapkan udara.
Ads
4. Guna Kosmetik/Krim Perawatan Mengandungi Pelembap
Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting ketika berpuasa puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya.
5. Elak Guna Sabun pH Terlalu Kuat
Selain pelembap, pilih sabun atau cecair mandian dengan pH seimbang, sesuai keadaan kulit masing-masing. Elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat dan boleh mengeringkan kulit.
6. Sentiasa Lakukan Rejim Penjagaan Kulit
Pastikan rejim penjagaan kulit seperti biasa agar kulit kekal sihat selama menjalankan ibadat puasa dengan rutin membersihkan wajah, eksfoliasi serta melembapkan kulit. Cara ini akan membuat kulit terhindar dari masalah yang merosakkan penampilan.
7. Ambil Makanan Kaya Serat
Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini.
8. Ambil Yogurt Untuk Kesihatan & Kecantikan Diri
Yogurt antara makanan yang baik untuk kesihatan maka ia elok diambil sepanjang Ramadan ini. Jika dapat menjadikan pengambilan yogurt sebagai amalan sepanjang hayat, ia lebih baik. Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi nutrisi pada kulit secara optimum. Ambil semasa bersahur atau berbuka malah jadikan yogurt sebagai pupur kulit untuk kekal berseri.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran anak bagi menceriakan lagi kehidupan berumahtangga.
Namun ada dalam kalangan wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil disebabkan beberapa perkara.
Walaupun begitu, janganlah putus asa. Sebelum bersedia untuk hamil setiap wanita itu perlu tahu mengira waktu kesuburan supaya peluang mengandung lebih cerah.
Untuk makluman anda, waktu subur wanita untuk kehamilan adalah pada 2 minggu selepas tarikh kedatangan haid yang lepas (hari ke-14) atau dalam linkungan 2-4 hari pada pertengahan kitaran haid.
Sekiranya tarikh terakhir kedatangan haid anda pada 11/8, bermaksud waktu subur anda adalah pada 24/9 hingga ke 28/9. Namun, kehamilan boleh terjadi pada bila-bila masa selepas 2 minggu dalam kitaran haid.
Dalam satu perkongsian video daripada Pakar Pemakanan Wanita, Syaza Nutritionist memberitahu tiga cara untuk mengesan hari kesuburan dengan menggunakan:
1. Ovulation predicted kit (opk)
2. Ovulation thermometer
3. Mengesan cecair faraj
Jadi kepada pasangan yang masih belum ada anak, boleh cuba cara ini dan selebihnya kita serah pada Allah SWT.
Menjaga kecantikan kulit wajah menjadi keutamaan bagi mengelak berlakunya masalah jerawat yang boleh mengakibatkan breakout.
Perlu tahu cara penjagaan yang sesuai dengan memilih produk bersesuaian dengan kulit wajah.
Paling penting mengetahui cara menjaga wajah yang basic iaitu proses membersih, menyegar dan melembapkan.
Perkongsian di laman twitter pemilik akaun @rjsarahhhh memberitahu cara untuk menjaga wajah dan mendapat kulit halus dan flawless seperti glass skin hanya guna bahan dapur.
Cara jimat nak dapatkan glass skin
Lelaki atau perempan wajib kena pakai cleanser & cari sesuai jenis kulit
Kemudian kena pakai toner sebab cleanser tak bersihkan 100% kotoran. Muka jadi segar dan kotoran melekat pada kapas
Pilih pula moisturizer dengan sesuai dengan jenis kulit, bertujuan untuk melembapkan kulit muka
3 step ini paling penting dalam penjagaan wajah
Untuk buang white head dan black head, sarankan guna skrub muka. Buat dua minggu sekali
Juga selalu letak air batu setiap pagi di wajah. Untuk pengalirah darah & melambatkan proses penuaan. Muka jadi lebih segar.
Juga suka gunakan tomato yang dipotong dadu yang diletakkan semalam dalam peti sejuk. Apply di wajah perlahan-lahan dan elok untuk hilangkan sunburn dan segarkan kulit
Boleh juga pakai mask yang beli di drugstore. Tapi pakai seminggu sekali bimbang mungkin ada bahaya bahan kimia tak elok untuk kulit wajah jadi kusam dan tona tak sekata
Kalau nak jimat pakai mask yang buat sendiri, Lebih selamat & jimat
Atau buat mask buat sendiri guna putih telur yang dicampur madu dan 2 sudu lemon. Letakkan di wajah dan jangan skip buat
Ambil masa sebulan untuk dapatkan glass skin, guna bahan dapur je
Kulit jenis berminyak bila pakai air batu dan tomato barulah kulit jadi ok
Yogurt juga baik untuk muka, boleh segarkan dan merawat kulit kusam atau kering. Akhir sekali banyakkan minum jus buahan dan makan sayur
Kehidupan David Beckham nampak sangat sempurna dan bahagia apabila memiliki isteri yang cantik dan serba boleh, bapa penyayang kepada empat orang anak dan menjadi pemain bola sepak Inggeris terbaik di dunia.
David Beckham Ada OCD, Cuba Semak Mungkin Anda Pun Sama
Walaupun kita nampak kehidupannya sempurna, tetapi tiada siapa yang dapat sangkakan yang David Beckham memiliki sisi ‘gelap’ yang boleh menjejaskannya.
Menerusi akaun Access Hollywood di YouTube, suami kepada Victoria Beckham ini dikatakan memiliki penyakit Obsessive Complusive Disorder (OCD).
David Beckham dan OCD?
Kisahnya yang bakal diceritakan dalam sebuah dokumentari di Netflix ini mendedahkan David mengambil masa berjam-jam lamanya untuk membersihkan rumahnya. Tanpa mengira masa, dia akan cuba membersihkannya walaupun ahli keluarganya yang lain sedang tidur.
“Saya akan hidupkan lampu dengan skala keterangan yang paling tinggi dan bersihkan setiap pinggan mangkuk yang kotor. Bahkan ketika bersihkan lilin, saya akan pastikan asap lilin tersebut hanya bergerak dan keluar dalam kawasan lilin itu sahaja.”
Malah dipetik daripada Daily Mail pula, David akan mengira pakaian dan meletakkan majalanya dalam garis lurus dan corak simetri. Tambah isterinya, Victoria mengatakan yang suaminya sangat mementingkan kesempurnaan dan mempunyai ritual pembersihan yang sangat strict.
Rasa ada OCD macam David?
Untuk pengetahuan, OCD berlaku disebabkan pemikiran dan ketakutan yang membuatkan mereka cenderung mengulangi tingkah laku tertentu berulang kali.
Jadi bila mereka cuba tahan, tidak hiraukan atau hentikan rutin harian, ini akan membuatkan kebimbangan mereka bertambah dan menjadi teruk. Sekiranya anda rasa seperti memiliki OCD tetapi tidak pasti, cuba semak ciri-ciri individu OCD di bawah;
1. Bertindak secara berulang kali seperti cuci tangan dengan sanitizer atau sabun setiap masa, kunci dan periksa pintu berulang kali atau betulkan barang dalam keadaan yang lurus dengan kerap.
2. Ada peraturan sendiri seperti setiap hari kena ambil makan tertentu berdasarkan hari, makan dalam keadaan yang teratur, atau berjalan menggunakan laluan yang ditetapkan oleh diri sendiri tanpa mengira situasi.
3. Susah nak keluar daripada rumah dan sentiasa mahu dirinya kelihatan kemas dan bersih.
4. Mahu menjadi sempurna sehinggakan menghabiskan masa berjam lama untuk lakukan sesuatu perkara seperti mengemas, mencuci dan sebagainya.
5. Memiliki ketakutan yang melampau terhadap sesuatu seperti menyentuh barangan yang dipegang oleh orang lain kerana bimbang kuman merebak.
Penyakit OCD ini sebenarnya boleh berlaku tanpa kita sedar. Kalau anda rasa makin teruk atau tak terkawal, berjumpa dengan pakar dengan segera.