Kurma menjadi hidangan yang wajib ada di setiap rumah terutama apabila datangnya bulan puasa.
Tak kisah jenis atau saiz bagaimana, kurma ini menjadi makanan sunnah yang dimakan sebaik azan dilaungkan untuk berbuka pasa.
Namu begitu, kurma yang kita beli tidak semuanya dalam keadaan bersih. Oleh kerana lambakan buahnya kita tidak tahu mungkin proses petik hingga pembungkusan mungkin tidak melalui piawaian yang betul-betul sempurna.
Jadi kita sebagai pengguna itu sendiri perlu pastikan sebelum makan, kurma berkenaan bersih.
Perkongsian Puan Niena Samsir berkongsi kenapa kurma perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum boleh dimakan.
Menurunya kurma ini memang wajib dibasuh untuk elak kesan pasir pada kurma berkenaan.
Wajib Basuh Sebelum Makan Kurma
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ads
Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma:
– Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit.
Ads
– Kemudian bilas dengan air bersih. Kemudian tapis.
– Kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Untuk beli kurma Ajwa yang lebih fresh, click di sini je
Baru sahaja bergelar ibu hujung bulan lalu menjadi momen terindah dalam hidup selebriti popular Neelofa.
Pengalaman melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Muhammad Bilal di sebuah hospital swasta di ibu kota pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Jika sebelum ini Neelofa tidak mendedahkan kisah kehamilan pada umum, tetapi kali ini berkongsi pengalaman saat melahirkan anak pertamanya.
Menerusi entri Instagram miliknya, Neelofa menyamakan kesakitan melahirkan bayi pertamanya itu seperti sakit datang bulan yang dialaminya sebelum ini.
“Masa ini macam tidak percaya dan tidak boleh hadam, betul ke sakit nak beranak ini… kerana macam lebih kurang sakit datang bulan sahaja (period pain).
“Sebab sengugut ku sangat ekstrem ya setiap bulan. Haris balik kerja malam itu, terus dia cakap jom kita pergi hospital dan saya seperti… ya ke sayang?
“Kot-kot (kalau) ‘false alarm’. Jadi saya mula rakam setiap kali sakit,” kongsinya di Instagram.
Neelofa turut memberitahu walaupun sudah pun berada di dewan bersalin, dia tidak pasti apa yang berlaku sekitar jam satu pagi pada hari yang sama.
“Jadi pada jam satu pagi saya sudah terbaring di dewan bersalin. Masih tidak pasti ‘betul ke dah nak beranak (bersalin) ini’.
“Pak Ustaz (suaminya) buat solat sikit sambil menunggu doktor. Masa ini sampai-sampai sudah dua sentimeter (CM),” katanya.
Tambah bekas pengacara Meletop itu lagi, dia menahan sakit kontraksi selama 14 jam sebelum Bilal selamat dilahirkan jam 3.44 petang, pada hari yang sama.
Sebelum itu juga dia sempat menemani suaminya breakfast setelah menahan sakit berjam-jam menahan kontraksi sebelum sebelah petang segala urusan dipermudahkan Allah.
Diakhir bicaranya Neelofa yang kini sedang menjalani tempoh berpantang turut menzahirkan penghargaan buat suami tercintanya, PU Haris kerana sentiasa ada di sisinya sepanjang berada di hospital.
“Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari atau momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin,” tulisnya di IGS.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Penyakit kanser adalah merupakan salah satu daripada penyebab utama kematian di malaysia.
Malah menurut laporan sebanyak 12 peratus di Malaysia setiap tahun meninggal dunia disebabkan penyakit ini.
Dan salah satu penyebab adalah berpunca daripada makanan yang kita ambil. Jadi anda diingatkan untuk elakkan terus enam makanan ini untuk mencegah penyakit ini daripada berada dalam badan kita.
1. Popcorn Ketuhar Gelombang Mikro
Bahan kimia boleh menyebabkan kanser paru-paru, sekali gus bermakna makanan yang dihasilkan daripada ketuhar gelombang mikro tidak baik untuk kesihatan.
Kajian juga telah mengaitkan ketuhar gelombang mikro dengan masalah kesuburan, kanser hati, kanser testis dan kanser pankreas.
2. Daging Yang Diproses
Daging yang diproses seperti bacon dan sosej mengandungi bahan pengawet. Makanan ini sentiasa kelihatan lazat dan mudah dibeli.
Malahan daging yang diproses mengandungi natrium nitrat dan natrium nitrit, di mana kedua-duanya boleh menyebabkan kanser, kerosakan usus dan banyak lagi kanser lain.
3. Diet Coke
Ramai yang tahu minuman bergas tidak bagus untuk kesihatan, namun masih ramai menggemari minuman cola ini.
Kajian terbaru Agensi Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) juga membuktikan pemanis tiruan dalam air tin mengandungi karsinogen aspartam dan trichloride sukrosa dan sakarin merupakan kandungan bahaya untuk kesihatan.
4. Tepung Putih Halus
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cancer Epidemiology, Mile Marker and Prevention membuktikan bahawa tepung mungkin menjadi punca kanser payudara.
Semua ini berkaitan dengan karbohidrat yang terdapat dalam tepung putih ini. Makanan yang diperbuat daripada tepung juga boleh meningkatkan kandungan gula dalam badan.
5. Gula Halus
Semakin tinggi insulin, semakin cepat sel kanser akan berkembang. Pemanis yang kaya dengan fruktosa, seperti sirap jagung, mengandungi banyak gula. Contoh lain ialah biskut, kek, pai, jus dan sirap. Kedua-duanya mengandungi serat HFCS dan gula halus.
6. Buah-buahan Di Kedai
Buah dibeli di kedai telah tercemar kerana terdedah dengan ruang terbuka serta penggunaan racun serangga dalam kuantiti banyak. Penggunaan racun serangga adalah tinggi kerana mahu buah-buahan itu dijual dalam jangka masa yang lama dan sentiasa kelihatan segar.
Racun serangga adalah punca kanser dalam jangka masa panjang oleh itu, beli buah-buahan daripada penanam buah atau kedai organik yang disahkan demikian menurut The Asian Parent.
Walaupun air soya sedap untuk diminum tetapi ada beberapa mitos yang tercetus mengatakan kacang soya itu sendiri tidak baik untuk kesihatan sehingga mengelirukan penggunanya.
Oleh itu, pakar pemakanan daripada Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof Madya Dr Hasnah Haron berkongsi empat mitos mengenai soya di bawah:
1. Mitos: Semua produk soya diperbuat daripada organisma terubah suai genetik (GMO)
Bukan semua produk soya diperbuat daripada GMO. Pelbagai tauhu, tempe dan susu soya tidak berasaskan GMO juga terdapat di pasaran.
Walaupun sesuatu produk berkenaan berasaskan GMO, tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa dengan memakan kacang soya GMO atau produknya akan memberi kesan buruk dari segi kesihatan.
2. Mitos: Risiko kanser payudara akan meningkat jika memakan soya
Mitos ini datang daripada kepercayaan bahawa isoflavon (estrogen tumbuhan) yang terdapat dalam soya boleh meningkatkan risiko kanser.
Kajian telah menunjukkan bahawa isoflavon soya, tidak kira daripada sumber apa pun, tidak mendatangkan sebarang kesan berbahaya kepada tisu payudara.
Sebaliknya, pengambilan soya yang tinggi mungkin boleh menurunkan risiko kanser payudara. Satu kajian prospektif ke atas 300,000 wanita di China dan kajian meta analisis yang berasaskan respon dos menunjukkan, pengambilan soya yang tinggi sebenarnya mungkin dapat memberi manfaat yang cukup besar bagi mencegah kanser payudara.
3. Mitos: Fitoestrogen soya menghalang fungsi tiroid
Pelbagai kajian dan tinjauan yang menyeluruh menunjukkan yang sebenarnya kedua-dua makanan berasaskan soya atau isoflavon tidak memberikan kesan buruk pada fungsi tiroid dalam lelaki atau perempuan dengan fungsi kelenjar tiroid yang normal.
Tambahan pula, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah juga menyimpulkan bahawa isoflavon tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada fungsi payudara, tiroid atau rahim bagi wanita menopaus.
4. Mitos: Soya menyebabkan lelaki bersifat feminin
Soya mengandungi fitonutrien yang dipanggil isoflavon soya. Kajian meluas telah menunjukkan bahawa pengambilan protein soya atau isoflavon tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap tahap hormon pembiakan dalam tubuh lelaki.
Kesimpulannya, perlu ditekankan sekali lagi bahawa soya dan produk soya adalah sumber protein lengkap yang baik. Ia kaya dengan nutrien yang pelbagai dan perlu dijadikan sebahagian daripada diet sihat kita.