Biarpun sekadar meraih tempat keempat, namun persembahan memukau penerjun negara Nur Dhabitah Sabri, 22 tahun sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Ternyata semangat ditunjukkan sepanjang persembahan akhir dengan senyuman terukir di bibir menjadikan gadis berusia 22 tahun ini berjaya menakluk hati kita semua.
Rupanya bukan senang untuk dia menempatkan dalam empat kelompok teratas. Pelbagai latihan dilakukan beberapa tahun sebelum kemunculannya di Olimpik Tokyo kali ini.
Ternyata perkongsian ini turut mendapat perhatian warganet. Masing-masing kagum dengan latihan yang ditunjukkan oleh Dhabitah dalam usaha memburu kejayaan.
azmi_mukmin@dhabitah_sabri tahniah dah buat yg terbaik dn sentiasa hadiahkn senyuman anda hebat terima kasih
cahayadelta@dhabitah_sabri tetap bangga …bukan mudah untuk melangkah dan mencapai kejayaan seperti itu….yg penting tetap tersenyum manis….Semoga terus success!!!
Rupanya penyanyi evergreen Indonesia, Hetty Koes Endang seorang pencinta kopi. Hebat ya, walau sudah berusia 60-an tetapi masih lepas minum kafein.
Tetapi ada caranya, walau boleh minum banyak tetap kena ada ‘syarat’. Jom kita tengok apa rahsianya itu.
Memetik perkongsian portal SINDOnews.com, Hetty sangat menggemari kopi hitam dan tidak boleh menggantikannya dengan minuman lain.
“Saya pun tak tahu (kenapa suka kopi). Jadi kalau beli kopi macam air minum,” kata Hetty.
Tanpa ragu, Hetty mengakui bahawa dia boleh minum sehingga 12 cawan kopi sehari.
Namun, penyanyi senior ini menegaskan kopi yang diambilnya adalah kopi hitam tanpa gula.
“Kalau Afi (anak Hetty) tak halang, Ibu (Hetty) boleh minum 12 cawan (kopi) sehari. Tapi tak campur gula, cuma kopi hitam,” tambah Hetty.
Pun begitu, kini Hetty mula mengurangkan tabiat ini dan kerap mengambil air putih.
Biarpun gemar meminum kopi, Hetty tetap menjaga kesihatan dan mengakui tidak pernah mengadu sakit perut yang sering dialami oleh pencinta kopi.
“Ibu ada pemeriksaan berkala, alhamdulillah, insya-Allah tidak mendapat sakit perut,” katanya.
Selain rutin pemeriksaan kesihatan, Hetty juga mengakui dia turut menerapkan pemikiran positif demi mengekalkan kesihatan fizikalnya.
“Rutin pemeriksaan Ibu setiap 6 bulan.
“Tiada apa-apa rahsia pun yang penting kita enjoy dan berfikiran positif kerana ia akan memberi kesan kepada badan.
“Lagipun Ibu dah tua,” akhirinya.
Tumpang bahagia melihat gaya hidup Bonda Hetty Koes Endang, elok lah cedok yang baik-baik untuk diri kita juga. Semoga dirinya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan awet muda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam biasa apabila tibanya Syawal hidangan paling popular disediakan adalah rendang atau gulai daging.
Lebih sedap dicicah dengan lemang atau ketupat palas. Namun benarkah pengambilan daging berlebihan tidak bagus untuk kesihatan.
Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Pegawai Dietetik Medical Mythbuster Malaysia, Nur Hafizah Mahamad Sobri berkata, daging merupakan satu sumber gabungan zat penting seperti protein jenis tinggi bioavailabiliti, zink, glutein dan besi heme.
“Segala zat yang terkandung dalam daging sukar untuk didapati dalam kuantiti yang baik dalam makanan lain. Sebagai contoh, besi heme hanya boleh didapati di dalam daging dan bagi individu yang tidak mengambil daging, mereka akan berhadapan masalah anemia atau sel darah merah yang rendah yang memerlukan kebergantungan kepada suplemen,” terang Nur Hafizah.
Namun demikian, pengambilan daging perlu dikawal. Dalam erti kata lain, kuantiti yang diambil perlu cukup, tidak lebih atau tidak terlalu kurang.
“Kuantiti yang disarankan kepada golongan dewasa untuk gabungan pengambilan daging atau ayam atau telur adalah separuh hingga dua hidangan dalam sehari.
“Perbandingan mudah, satu hidangan tersebut bersamaan dengan satu biji telur atau daging atau ayam bersaiz tapak tangan. Maksudnya, maksimum pengambilan (gabungan) menu tersebut mestilah tidak melebihi dua tapak tangan atau dua biji telur,” jelasnya lagi.
Sementara itu menurut Pegawai Dietetik, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Nur Adilah Muhammadun Basar pula memberitahu bahawa daging diproses itu sebenarnya sangat-sangat tidak digalakkan untuk dikonsumsi.
Ini kerana 100 gram (g) daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1g protein dan 4.2g lemak berbanding kambing yang mengandungi 258 kalori, 25.6 g protein dan 8.8g lemak.
Daging diklasifikasikan sebagai sumber protein yang berkualiti tinggi. Menikmati daging dengan kuantiti yang disyorkan akan menurunkan risiko sarcopenia atau hilangnya jisim dan kekuatan otot seiring pertambahan usia.
The American Journal of Clinical Nutrition, sarcopenia adalah masalah kesihatan yang serius di antara orang dewasa yang lebih tua tetapi dapat dicegah dengan peningkatan pengambilan protein.
Sumber protein makanan terbaik adalah makanan yang berasal dari haiwan seperti daging lembu, ikan dan produk susu.
Salah satu nutrien yang terdapat dalam daging lembu adalah carnosine iaitu sebatian penting untuk fungsi otot.
Menurut Nutrition Advance, tahap ketinggian carnosine dikaitkan dengan penurunan keletihan dan peningkatan prestasi semasa latihan.
Kekurangan zat besi merupakan salah satu penyebab anemia dan gejala utamanya adalah keletihan dan tubuh badan berasa lemah.
Daging lembu adalah sumber zat besi yang bagus terutama dalam bentuk besi heme dan paling mudah didapati kerana hanya terdapat dalam sumber protein haiwan.
Jika dibandingkan dengan besi bukan heme, besi heme lebih mudah diserap oleh badan. Oleh yang demikian, memakan daging adalah salah satu kaedah terbaik untuk mencegah anemia.
Daging lembu juga dipercayai dapat meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan risiko diabetes.
Asid linoleat yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan kepekaan insulin. Selain itu, sebatian L-carnitine yang terkandung di dalam badan lembu dapat meningkatkan tahap glukosa dan profil kolesterol keseluruhan pada pesakit diabetes jenis 2.
Tubuh manusia memerlukan pelbagai jenis kompleks vitamin B dan daging boleh menjadi sumber vitamin B kompleks yang baik.
Daging lembu turut mengandungi vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem saraf, vitamin B3 yang dapat menyokong sistem pencernaan dan vitamin B2 yang baik untuk kesihatan kulit dan mata.
Salah satu penyebab jangkitan luka yang paling biasa adalah penyaluran oksigen ke tisu yang rosak. Kekurangan mineral boleh melambatkan pembentukan dan pembaikan tisu. Justeru, mineral yang terkandung dalam daging membantu dalam penyembuhan kerana berperanan menyebarkan oksigen melalui darah.
Nutrisi yang terkandung dalam 100 gram daging lembu:
Adakah apa-apa kesan sampingan sekiranya makan durian selepas mengambil vaksin covid19? Ada apa-apa makanan yang perlu dielakkan sejurus selepas ambil vaksin? Terima kasih
Jawapan:
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui adakah terdapat kesan sampingan makan durian selepas suntikan vaksin COVID-19. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk makluman anda, pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah digalakkan sebelum dan selepas mengambil vaksin. Hal ini kerana diet yang berkhasiat boleh mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang.
Manakala untuk makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang menyebabkan anda mengalami masalah alahan adalah tidak dibenarkan.
Sehingga kini masih belum terdapat sebarang laporan mengenai sebarang kesan sampingan makan durian selepas individu disuntik vaksin.
Kami menasihatkan anda untuk mengelakkan ataupun mengurangkan pengambilan buah ini bagi tujuan langkah berjaga-jaga.
Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat kesihatan anda bagi tujuan penilaian sebelum menentukan samada buah ini dibolehkan ataupun tidak selepas anda disuntik vaksin. Dibimbangi kandungan buah ini akan mengganggu keberkesanan vaksin didalam badan .
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.