Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang ketiga paling kerap berlaku di kalangan pelancong.
Penyakit ini menyebabkan radang hati. Ia berlaku secara endemik (penyakit yang sentiasa wujud di dalam suatu populasi).
Di Afrika dan Asia, kebanyakan jangkitan berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak manakala di Amerika Utara, jangkitan berlaku di kalangan dewasa.
Bagi negara membangun, Hepatitis B berlaku di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi seperti penagih dadah yang (menggunakan jarum suntikan), individu yang mempunyai beberapa pasangan seksual dan anggota perubatan (contohnya doktor, pakar bedah, doktor gigi, pakar patologi, jururawat dan anggota pusat hemodialisis).
Agen penyebab:
Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.
Cara jangkitan:
Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj), pemindahan darah atau produk darah yang tercemar, hubungan seksual, atau melalui jarum suntikan yang tercemar.
Jangkitan juga boleh berlaku daripada ibu kepada bayi (semasa hamil) dan sekiranya kulit di tembusi jarum tercemar semasa akupunktur, bertindik dan bertatu.
Ads
Tempoh pengeraman:
45 hingga 180 hari, purata 60 hingga 90 hari.
Tanda dan gejala
Walaupun kebanyakan kes Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala, antara gejala yang boleh berlaku adalah kurang selera makan, loya, muntah, perut rasa tidak selesa, sakit sendi, ruam serta kekuningan pada mata dan kulit.
Komplikasi
Sirosis hati (kerosakan hati yang teruk hingga menyebabkan kematian sel-sel hati) dan/atau kanser hati.
Rawatan
Rawatan simptomatik:
Berehat, lebihkan minum air dan gunakan ubat antipiretik (contohnya Paracetamol) untuk melegakan demam.
Pencegahan dan langkah berjaga-jaga
Individu yang berisiko di nasihatkan berhubung dengan pihak kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B
Ads
Jenis vaksin:
Virus yang telah dilemahkan.
Bilangan dos:
Tiga (3) dos. Vaksin disuntik di paha. Juga terdapat jenis produk vaksin yang hanya memerlukan dua (2) dos sahaja untuk golongan remaja.
Kontraindikasi:
Reaksi buruk terhadap dos sebelumnya.
Tindak balas buruk:
Terasa sakit dan kemerahan.
Ads
Sebelum perjalanan:
Dos kedua diberikan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum perjalanan.
Disyorkan untuk:
Semua individu yang akan melawat kawasan berisiko jangkitan penyakit Hepatitis B tahap sederhana dan tinggi.
Langkah berjaga-jaga:
Amalkan seks yang selamat dan elakkan aktiviti yang mungkin menggunakan alat suntikan yang tercemar seperti bertindik dan bertatu.
Pernah atau tidak anda lihat seperti ada kesan berkerak atau daki di belakang leher.
Kalau dulu mesti emak atau ayah kita anggap kesan kerak dan daki di leher ini sebab tidak menjaga kebersihan diri.
Mulalah emak akan membawa pulang sabun keperti klorox dan akan sental leher dengan berus untuk menghilangkan kesan kotoran ini.
Acanthosis Nigrocans
Bukan itu saja malah emak juga akan gunakan cecair alkohol untuk menyental leher dan pedihnya sampai kulit jadi merah dan kesannya mungkin masih ada hingga kini.
Namun sebenarnya itu bukanlah kesan kerak atau daki tetapi rupanya sejenis tanda awal penyakit kencing manis.
Kulit tidak sensitif kepada insulin akibat lemak dan berlebihan berat badan. Keadaan ini dinamakan Acanthosis Nigrocans.
Jadi kepada ibu bapa, diingatkan jangan sesekali beri anak-anak kesan trauma fizikal dan mental dengan menyental tubuh badan dengan bahan kimia.
Jika berlaku tanda ini pada anak, gunakan cara yang betul iaitu adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dan makanan manis. Selain itu cuba untuk mengurangkan berat badan dengan mula bersenam dan aktifkan diri.
Baik perempuan atau lelaki, tak ramai yang rajin pakai pelembap muka di wajahnya. Jadi ini membawa kepada masalah kulit kering dan kusam. Tabiat kurang rajin pakai skincare ini boleh membawa kepada masalah kulit wajah tua daripada umur sebenar.
Jadi apa kata kalau anda cuba pakai bedak sejuk yang dicampur dengan yogurt.
Nah, lihat dulu apa yang anda perlu buat.
Kalau Tak Nak Pakai Pelembap Muka, Pakai Saja Bedak Sejuk Dan Yogurt Ini
Bahan-Bahannya:
Bedak sejuk
Yogurt
Cara Penyediaan:
Anda kena ada bedak sejuk dan yogurt. Seterusnya, masukkan yogurt ke dalam bedak sejuk tersebut dan gaulkan sehingga sebati.
Kemudian, sapukan pada wajah secara konsisten.
Jom kita tengok kelebihan bedak sejuk ni.
Licin kulit muka.
Kulit lebih segar.
Kurangkan penghasilan minyak di muka
Tanggalkan sel-sel kulit mati.
Sejukkan kulit
Tegangkan kulit muka
Mengecut & hilangkan jerawat
Sejukkan kulit yang terdedah pada cahaya matahari
Hah, yang best petua ini sudah diguna pakai dan hasilnya kulit jadi lembap disebabkan campur yogurt. Malah bedak sejuk yang dibuat daripada tepung beras itu mampu untuk mencerahkan kulit wajah anda. Cuba buat, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain berpenampilan menarik dengan busana digayakan, setiap wanita itu pastinya mahu wajah cantik dan jelita menjelang Syawal nanti.
Dengan kuasa solekan, tidak mustahil wajah yang pucat akan jadi lebih berseri-seri dengan sentuhan warna kosmetik diberikan.
Namun begitu, bagi yang baru belajar bersolek, pastikan tidak melakukan beberapa perkara ini untuk elak wajah tidak kelihatan pelik dan mekap tak tahan lama.
Ada beberapa perkara yang harus diambil berat sewaktu bersolek. Antaranya penggunaan foundation, eyeliner, blusher, lipstik dan make-up base yang bersesuaian.
10 Perkara Harus Elak Waktu Bersolek
1. Elakkan menggunakan foundation muka melebihi keperluan yang sepatutnya. Gunakan secara berpada-pada mengikut kesesuaian warna kulit.
2. Kurang sesuai jika menggunakan liquid eyeliner di bawah mata dan kening.
3. Kadang-kadang penggunaan blusher atau pemerah pipi yang berlebihan menyebabkan kulit wajah kelihatan seperti terbakar terutamanya di waktu malam.
4. Elakkan menggunakan gincu melebihi bentuk asal bibir, takut nanti bibir anda nampak pelik pula!
5. Pilih warna foundation yang sesuai dengan kulit. Elakkan warna yang jauh lebih cerah atau gelap daripada kulit asal.
6. Bulu mata juga memainkan peranan penting dalam tatarias wajah, penggunaan bulu mata yang terlalu panjang sehingga hampir mencecah bawah kening membuatkan penampilan anda nampak pelik.
7. Pilih warna yang sesuai untuk pembayang mata atau eyeshadow terutamanya ketika penggunaan di waktu siang. Elakkan memilih warna yang terlalu dramatik atau terang.
8. Highlight pada wajah mampu menonjolkan lagi bentuk wajah seseorang, namun jika penggunaan berlebihan boleh menyebabkan muka nampak tidak fresh dan aneh!
9. Shadding dan contouring yang berlebihan pada mekap harian terutamanya di siang hari adalah kurang sesuai. Gunakan secara minima supaya nampak lebih semulajadi.
10. Perkara paling penting sebelum memulakan solekan adalah dengan mengenakan make-up base. Pastikan anda memilih make-up base yang sesuai dengan kulit wajah anda supaya hasilnya nampak wow dan menakjubkan.