Kanser payudará adalah antara penyakit yang digeruni oleh kaum wanita.
Bagi mengelaknya, kaum wanita disarankan untuk melakukan saringan kesihatan terutama pemeriksaan mammogram bagi mengesa jika ada masalah payudara.
Namun begitu, berapa usia yang sepatutnya disarankan untuk membuat pemeriksaan mammogram ini.
Gambar sekadar hiasan.
Apakah Itu Pemeriksaan Mamogram?
Mamografi (mamogram) adalah pengimejan sinar-X pada payudara dengan menggunakan sinar-X bertenaga rendah. Ia alat pemeriksaan untuk memeriksa payudara bagi pengesanan awal dan diagnostik jika wujud risiko kanser payudara.
Prosedur mamografi dapat membantu mengesan barah payudara lebih awal sehingga 3 tahun sebelum munculnya benjolan dalam pemeriksaan payudara sendiri.
Usia Disarankan Buat Pemeriksaan Mamogram
American Cancer Society (ACS) mengesyorkan untuk mula menjalani mamografi atau berjumpa doktor berkaitan barah payudara kepada wanita:
Berumur 40-44 tahun: Mempunyai pilihan untuk memulakan pemeriksaan barah payudara tahunan dengan mamogram jika mahu melakukannya
Berumur 55 tahun ke atas: Boleh menjalani pemeriksaan mamografi sekali setahun atau 2 tahun sekali
Kebiasaannya, doktor tidak menyarankan pemeriksaan ini untuk wanita di bawah usia 40 tahun.
Ads
Tetapi bagi wanita dengan mutasi yang dikenal pasti dalam gen barah payudara, perlu memulakan pemeriksaan seawal usia 25 tahun.
Gambar sekadar hiasan.
Saringan Tambahan
Tempoh seseorang untuk menjalani pemeriksaan mamogram boleh berubah jika mempunyai faktor risiko barah payudara. Atas sebab ini, penting untuk anda berbincang dengan doktor dan menentukan masa yang tepat untuk menjalani penyaringan.
Antara faktor risiko tersebut adalah:
Berusia lebih 50 tahun
Mutasi genetik, seperti BRCA1 dan BRCA2
Sejarah peribadi barah payudara
Sejarah keluarga barah payudara
Mempunyai tisu payudara padat
Faktor peribadi seperti haid sebelum usia 12 tahun atau mula menopaus selepas usia 55 tahun
Pernah menjalani rawatan radiasi
Manfaat Lakukan Penyaringan
Manfaat penyaringan ini adalah dapat membantu mengesan barah payudara lebih cepat, sekali gus memberikan hasil akhir yang lebih baik dan mengurangkan keperluan rawatan invasif seperti pembedahan.
Menjalani mamografi juga dapat mengurangkan 25 hingga 35% risiko kematian akibat barah.
Ads
Risiko Menjalani Pemeriksaan Mamogram
Oleh sebab sinar-X digunakan untuk menghasilkan gambar payudara, anda akan terdedah dengan sedikit jumlah radiasi semasa prosedur.
Pendedahan ini amat rendah, bahkan manfaatnya adalah melebihi risiko pendedahan radiasi.
Pun begitu, pendedahan radiasi semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Maka langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk meminimumkan pendedahan radiasi pada janin.
Beberapa ketidakselesaan mungkin dirasai kerana payudara akan ditekan pada plat sinar-X semasa prosedur. Tetapi pemampatan ini tidaklah berbahaya kepada buah dada anda.
Ads
Doktor biasanya akan menasihatkan wanita hamil atau yang menyusu badan untuk melakukan kaedah pemeriksaan lain yang lebih selamat seperti imbasan ultrabunyi.
Dah 43 Tahun Tapi Macam 30an. Minum 2 Liter Air Kosong Sehari, Rahsia Awet Muda Sarimah Ibrahim! Keletahnya setiap kali mengacarakan sesuatu rancangan sangat menghiburkan dan begitu bersemangat.
Melihat tenaga yang ada, bagai tidak percaya pegacara, pelakon dan penyanyi ini rupanya sudah menjangkau usia 43 tahun.
Malah, penampilan pelantun lagu Kini Kau Tiada yang sentiasa lincah dan energetik ini nampak seperti wanita berusia awal 30an.
Dah 43 Tahun Tapi Macam 30an
Ibu kepada seorang cahayamata ini, Tunku Sofia Najihah ini rupanya sangat menjaga pemakanan dan juga turut mengamalkan gaya hidup sihat.
Dalam perkongsian di laman instagramnya, Sarimah memberitahu dia menjadikan senaman sebagai rutin dan melakukan secara konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan.
Namun begitu, dia yang juga aktif di twitter berkonsai ciapan memberitahu rahsia diamalkannya untuk kekal kelihatan menawan, sihat selepas ditanya netizen.
Menurut Sarimah dia telah mengamalkan pengambilan dua liter air kosong setiap hari dan minum latte oatmilk sebelum bersenam.
“40 minit kardio kaw kaw, tujuh jam tidur. Bernafas secara dalam ke bawah perut,” katanya yang turut berkongsi petua menjaga kecantikan wajah.
Beritahu Sarimah, elakkan memakai founcation setiap hari dan rajin mencuci muka setiap malam sebelum tidur serta gunakan produk yang mempunyai SPF 50 Plus.
Tweet ini telah mendapat lebih 2,600 Retweets dan lebih 5,000 tanda ‘suka’ di media sosial Twitter. Rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan kagum dengan tip diamalkan selebriti ini.
Baru-baru ini Sarimah yang telah berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar membuat kejutan dengan muncul di rancangan gegar Vaganza musim ke 9.
Langsung Tak Ada Selulit Lepas Bersalin. Sonam Kapoor Dedah Petua Diamalkan Sepanjang Hamil! Bagi setiap wanita yang sudah melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah stretchmark atau selulit degil.
Jika mereka itu seorang public figure, berdepan masalah ini bagaikan satu ancaman kerana bimbang akan menjejaskan karier dalam dunia seni.
Pernah habis ribuan ringgit tapi hasilnya teruk. Rupanya Zara Zya serasi guna skrub beras pulut nak cantik. Populariti pelakon ini begitu melonjak naik tatkala melakonkan watak sebagai Aisyah dalam drama rantaian Risik Pada Hati yang ditayangkan sekitar bulan lalu.
Ternyata kecantikan pelakon berusia 36 tahun ini tidak dipertikai. Malah tanpa mengenakan solekan tebal juga Zara Zya tampil cantik dengan gaya tersendiri.
Sebagai seorang selebriti Zara Zya mengakui perlu bijak menjaga kecantikan wajah serta penampilan agar sedap mata memandang setiap kali berada di khalayak.
Dalam satu temubual bersama Nona, Zara Zya tidak lokek berkongsi regim kecantikannya yang hanya menggunakan petua tradisional secara bahan alami saja.
Pernah Habis Ribuan Ringgit
Tidak perlu menjalani rawatan wajah yang mahal, sebaliknya dia memilih cara lebih ringkas, murah dan selamat.
Menurutnya juga petua cantik ini dikongsi oleh ibunyanya sendiri yang mengajar cara menjaga wajah menggunakan buah-buahan dan beras saja.
“Saya hanya amalkan petua yang diajar oleh Mama. Salah satu petua Mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
“Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask. Petua ini bagus untuk jeragat sebab Mama memang ada masalah jeragat yang banyak.
Tapi Hasilnya Teruk
“Macam-macam rawatan Mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat Mama berkurangan. Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut.
“Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi. Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujarnya yang pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan.
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini.
Skrub Beras Pulut Nak Cantik
“Justeru saya beralih gunakan petua diajar oleh Mama dan alhamdulillah sesuai dengan kulit saya. Inilah yang saya amalkan dari dulu hingga kini,” katanya yang terpancar aura kecantikan dari wajahnya yang halus dan mulus.