Faktor sering berjaga lewat malam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala penyakit insomnia.
Jika tidak diatasi segera akan mengganggu rutin harian kerana kita tidak tidur pada waktu kebiasaannya.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini, akan dinasihatkan untuk bersenam dan menjaga pemakanan serta tidur pada waktu ditetapkan
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih jelas gejala lain dan langkah untuk atasinya.
TAK TIDUR TIGA MALAM TANDA INSOMNIA KRONIK
Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.
Ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan. Jika pesakit mempunyai penyakit mental, amat penting penyakit itu diubati dengan ubat sepatutnya.
Insomnia terbahagi kepada dua peringkat iaitu primer dan sekunder. Insomnia primer adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.
Insomnia sekunder pula disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang. Sesetengah ubat yang diambil juga memberi kesan sampingan insomnia seperti ubat darah tinggi dan demam.
Gaya hidup tidak sihat juga seperti makan lewat malam, mengambil dadah atau alkohol boleh menyebabkan insomnia.
GANGGUAN MENTAL PUNCA SUKAR TIDUR
Penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.
Ads
Pesakit `Bipolar Mood Disorder’ juga boleh mendapat gangguan tidur yang mana ketika fasa mania, penghidap ada kalanya berasakan sentiasa bertenaga, banyak perkara yang diperlu dilakukan, banyak idea yang perlu diketengahkan sehingga enggan tidur.
Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.
Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit.
Pesakit juga dinasihatkan menjalani gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari.
GEJALA INSOMNIA
1. Mengantuk pada sebelah siang.
2. Keletihan.
Ads
3. Mudah marah.
4. Sukar memberi tumpuan dan memori.
LANGKAH ATASI INSOMNIA
1. Tidur pada waktu tetap setiap malam.
2. Bangun pada waktu sama setiap pagi.
3. Elakkan tidur di siang hari.
4. Elakkan menggunakan telefon tangan atau membaca menerusi gajet.
Ads
5. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di lewat malam.
6. Senaman sebelah petang (elak bersenam tiga jam sebelum tidur).
7. Jangan makan hidangan berat pada lewat malam.
Sekiranya tidak boleh tidur:
1. Baca buku.
2. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda mengantuk.
Ada sesetengah wanita, ketinggian adalah satu aspek yang penting dalam penampilan. Tapi macam mana pula dengan nasib wanita-wanita yang rendah?
Bagi wanita yang rendah, mencari cara untuk kelihatan lebih tinggi sering menjadi fokus utama dalam penampilan mereka. Salah satu kaedah yang paling berkesan adalah melalui pemilihan kasut yang sesuai.
Kasut Buat Wanita Nampak Tinggi
Ada beberapa jenis kasut yang boleh membantu mereka kelihatan lebih tinggi termasuklah:
Kasut bertumit tinggi:
Contohnya tumit tinggi 3-4 inci untuk memberikan tambahan ketinggian secara langsung.
Kasut berwarna serupa dengan kulit: Kasut berwarna nude atau warna kulit boleh membantu mewujudkan kesan kaki yang lebih panjang.
Kasut dengan hujung runcing:
Hujung runcing boleh memanjangkan siluet kaki, memberikan kesan kaki yang lebih panjang.
Kasut berplatform:
Kasut berplatform memberikan ketinggian tambahan tanpa menjejaskan keselesaan berjalan.
Kasut dengan corak atau jalur vertikal:
Corak atau jalur vertikal pada kasut boleh membantu memberikan kesan kaki yang lebih panjang dan ramping.
Kalau boleh dapat satu kasut yang ada semua ciri-ciri tu kan bagus? Macam kasut dari jenama Larrie!
Larrie mengeluarkan koleksi wanita terkini dengan tambahan ketinggian +2CM untuk keselesaan. Hadir dengan 7 warna iaitu putih, hitam, ungu, hijau, khaki, kelabu dan maroon, fungsi kasut ini diserlahkan dari segi penambahan ketinggian 2cm.
Koleksi +2cm Larrie menampilkan bahan fabrik yang memudahkan udara masuk, sokongan bantal yang melengkung untuk tumit, tapak getah, tumit tersembunyi yang ditambah 2cm untuk ketinggian tambahan, reka bentuk yang selesa dipakai dan tapak luar yang ringan serta tidak mudah licin.
Dengan lapik dalam antibakteria yang mengandungi 3 titik pemantulan yang mengurangkan kesan lonjakan serta permukaan yang lembut dan fleksibel ia adalah pilihan yang sesuai untuk aktiviti kasual dan bersukan.
Apa tunggu lagi, jomlah cepat kita sama-sama nampak tinggi sambil menjaga kesihatan kaki dengan pemilihan kasut yang tepat! Koleksi baru ini boleh didapati di semua pasaraya utama di seluruh negara seperti di Aeon, Parkson, Isetan KLCC dan butik Larrie termasuk di Alamanda, Putrajaya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada ramai yang suka pilih mekap dan skincare jenis 2 in 1 sebab nak mudah dan cepat tetapi kurang ambil tahu kesannya efektif atau tidak untuk kulit wajah.
Contoh mudah yang jenis 2 in 1 adalah foundation yang jenis ada SPF terus, bagai cendawan tumbuh lepas hujan, banyak sangat di pasaran.
Pilih Mekap Dan Skincare Jenis 2 In 1
Malah, ini menjadi trend baharu untuk produk kecantikan masa kini kerana mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.
Bagaimanapun, sejauh manakah keberkesanan alat solek ‘2 in 1’ (2 dalam 1) ini?
Memetik laporan Okezone, produk penjagaan wajah yang terdapat dalam alat solekan adalah kurang efektif.
Tidak ‘Bekerja’ Sepenuhnya
Mengambil contoh bedak yang mengandungi produk pelindung matahari atau lebih dikenali SPF, kandungan bahan tersebut tidak dapat ‘bekerja’ sepenuhnya pada kulit.
“Jumlah SPF yang dioleskan pada wajah adalah pada kadar dua jari sahaja, jika ia terkandung dalam bedak, maka jumlah yang digunakan mungkin tidak mengikut kadar tersebut.
“Dari sudut kesihatan ia tidaklah bagus untuk kulit, oleh itu, pengguna disarankan untuk membeli produk berkenaan secara berasingan,” lapornya.
Jadi pilihan di tangan anda, nak pilih yang terbaik lebih molek cari skincare khusus mengikut masalah kulit.
Paling penting kena ada sunscreen yang betul-betul sesuai dengan jenis kulit anda sama ada kering atau berminyak, jangan main beli ikut orang pakai.
Semoga bermanfaat untuk anda yang nak jaga kulit wajah.
Memiliki tubuh badan yang gempal sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kita. Golongan inilah dikatakan lebih terdedah kepada masalah atau mudah menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah lain.
Namun tiada masalah seseorang itu berusaha untuk kembali menjalani gaya hidup sihat dan mendapat berat normal.
Seperti perkongsian lelaki ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 100 kg dengan menggunakan caranya sendiri tanpa mengambil sebarang produk.
Berkongsi di laman sosial Facebook Malaysia Runner, Fuad Darjat menceritakan pengalamannya menurunkan berat badan daripada 190 kg kepada 90 kg.
Lelaki ini berkata dia mula melakukan pelbagai cara termasuklah mengamalkan diet yang seimbang, bersenam di gym dan banyak lagi.
Saja nak share pengalaman saya dalam ni. Saya nak bukan la runner sejati tapi perjalanan lost weight saya bermula dengan “berlari”.
Saya ni dulu memang badan gemuk dan semakin hari semakin gemuk. Makan punya makan dan 1 hari pada penghujung 2015 saya timbang berat saya dah cecah 190kg! Ya 190kg tuan puan. Out meter bagi penimbang analog tu. Termenung saya sekejap.
Selepas tu saya fikir dan fikir bagaimana nak kurus, sebab sebelum ni mindset saya dah fikir macam mustahil nak kurus sebab dah terlalu gemuk. Yela dengan berat 190kg, baju 6XL, seluar size 56, kasut size 11 serta tinggi waktu tu 178.
Datang 1 seketika saya terpasang niat dengan nekad, sampai datang satu seru “Aku sanggup mati tak makan sebab tak sanggup mati tengah makan banyak” (sampai macam tu sekali dia punya semangat datang). Don’t take seriously.
Mulakan prediet pada 2016 dengan pengambilan nasi bergilir. Kemudian buat diet low carbs dan hasilnya berat cecah 160 kg.
Dah pada Januari 2016 saya mulakan dengan prediet. Contohnya macam hari 1st saya amik nasi pagi dan tengah hari, esoknya amik nasi tengah hari dan malam dan lusanya cuma amik pagi dan ulang sampai saya dapat tinggalkan nasi terus dalam seminggu terus. (Saya tak cakap nasi bersalah tapi tula cara saya sebab saya kalau makan nasi bertambah 2 pinggan).
Dan pada 04/02/2016 saya mulakan perjalanan nekad saya. Saya mulakan dengan buat diet low carbs (as we know). Slow-slow saya belajar dan bertanya dengan ramai orang untuk memperbaiki ilmu diet.
Hasilnya pada 01/04/2016 berat saya dah cecah 160. Laju kan? Memang la sebab permulaan ini orang cakap berat air. Siapa yang tak seronok dah hilang 30kg dlm masa 2 bulan. Selepas itu berat saya statik selama sebulan. Allah saja yang tahu waktu itu, dan sy bertanya dan belajar serta mulakan bersenam. Sebelum ni saya tak bersenam apa pun.
Mula-mula malu untuk bersenam di luar dengan berat 150 kg. Cuma buat berlari-lari anak dalam rumah saja. Kemudia baru beranikan diri jogging di mini stadium Sepang.
Sebut pasal bersenam mesti la malu dengan badan gemuk 150kg nak bersenam luar? Saya pun cuma berlari-lari anak dalam rumah pusing meja makan je. Pusing mula-mula dalam 10 minit. Pastu up 15 minit dan pastu pusing dalam kawasan ruang tamu rumah plak. Dan berat semakin turun lagi. Selepas Raya 2016 baru la beranikan diri jogging di Mini Stadium Sepang.
Waktu memang rasa sangat malu nak jogging situ. Pergi jogging pun gelap-gelap pukul 6:30 pagi dah terpacak sebab waktu masih gelap dan takde orang. Jogging punya jogging sampai hujung 2016 berat dah cecah 130kg kalau tak silap. Dari 157 ke 130 makan masa lama hampir 3 bulan lebih juga sebab banyak on off. Masa tu ada kawan kata tak teringin masuk gym ke. Saya cakap tak nak la malu la gym sume sado badan, saya badan sendu je.
Bermula gaya hidup di gym start Feb 2017. Saya selang-selikan juga dengan jogging di stadium. Sebab masa tu tak boleh joging di jalan tar sakit lutut, maybe sebab badan masih berat dan salah teknik. Dalam tak sedar akhirnya pada raya 2017 saya dah cecah 110kg. Alhamdulillah dah dapat beli baju raya di mall saja. Sebelum ni baju Melayu kena tempah dan guna kain 6 meter!
Selepas itu saya teruskan untuk try toning badan dan buang body fat. Macam biasa diselang-selikan gym dan running. Tapi yela manusia biasa tak lari kesilapan bila dapat kejayaan sikit akan ada lupa diri. Maka diet pun ada on off.
Tahun 2018 berjaya capai berat 95 kg. Hampir 100 kg lenyap. Totally hidup berubah jadi aktif, kalau tak buat rasa hidup tak lengkap
Dan pada April 2018 berat saya dah cecah 95kg. Hampir 100kg dah terbuang. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih mengawal mungkin dan kekal aktif. Sekarang dah ada sukan baru saya join iaitu hiking pulak. Alhamdulillah sekarang hidup saya totally berubah kepada aktif, kalau takde aktiviti sukan tu rasa tak keruan rasa seperti tak lengkap.
Tapi apa yang saya boleh banggakan berjaya melakukan walaupun nampk mustahil pada mulanya. Insha-Allah saya kekalkan untuk turunkan lagi dan akan pastikan sebaik mungkin saya tak regain obesity lagi sehinggala sekarang. Semakin hari sehingga kini saya sekarang belajar tentang food nutrisi dan asas-asas sport sains serta bidang kejurulatihan.
Apa cuma saya kongsikan di sini ialah “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. dan jangan sesekali cuma berangan saja. Bangun dari lena dan teruskan bergerak. Kepada sesiapa yang masih macam saya seperti dulu jangan la cepat mengalah. Salah 1 punca saya nak kurus dulu sebab saya sedih waktu gemuk tak dapat main lari-lari dengan anak kat mall.
Kalau bila pegi shopping sekejap je dah penat dan asyik nak cari kerusi je. Kalau tak dapat kerusi untuk duduk saya mengamuk penat kat wife haha serta asyik nk cepat balik je sebab penat berdiri.
Saya doakan semua yang ingin berjaya dalam diet akan terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam hati untuk terus istiqomah. Ingat tuan puan, nak kurus senang, nak kekalkan yang susah tapi tiada yang mustahil jika kita cuba lakukan. Dan saya sekarang menjalani hidup seperti biasa.
Benda yang paling penting untuk berjaya adalah bermula dari minda, sebab kita dikuasai segalanya dari minda. Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri dan tak perlukan ubat-ubat kurus, lebih baik duit beli ubat kurus digunakan beli kasut, baju sukan. Sekian dari sy. Thank you kerana sudi membaca
21km. Next target 42km serta yang lebih mencabar lagi untuk sy cuba.
Fuad Darjat -190kg-90kg. -Bekas perokok tegar sehari 20 batang -Anda akan dapat buat jika anda fikir anda boleh lakukan