Barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang dari 50 tahun.
Bermaknanya ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja, baik yang tua mahupun yang muda. Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.
Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Tahap Kanser Payudara
Tahap 1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Faktor Barah Payudara
Ads
1. Umur – umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
2. Sejarah keluarga – terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
3. Sejarah mengidap kanser – pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun
6. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
7. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
Ads
Tanda Barah Payudara
Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
Ads
Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.
Cara Kesan Kanser Payudara
Mamografi
Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan.
Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.
Ultrasonografi
Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.
Biopsi
Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang diumumkan rakyat di negara kita akan menerima vaksin Covid-19 dalam masa terdekat bagi menangani virus merbahaya ini.
Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam perkognsian status di twitter memberitahu kaedahnya untuk orang awam mendaftar.
5 kaedah untuk orang awam mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.
2. Lama sesawang khas yang akan dilancarkan YAB PM minggu depan.
3. Talian hotline yang akan diumumkan.
4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.
5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,YB @Khairykj berkata,pendaftaran secara sukarela itu akan dibuka Mac ini.
Sementara itu Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassindilaporkan berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.
Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu, sementara fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.
Pada 8 Januari lalu, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.
Kredit: Pexel.com
Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit telah mula menggunakan vaksin itu.
Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.
Baru-baru ini pelantun lagu Cinta Hanya sandaran, Siti Nordiana Alias berpantang minum kopi demi menjaga pita suaranya.
Walau cukup gemar minum kopi namun penyanyi yang berusia 40 tahun ini terpaksa berbuat demikian semata-mata kerjayanya.
Siti Nordiana Berpantang Minum Kopi
Berpunca Daripada Covid-19
Menurut Nana, gangguan pita suaranya itu dipercayai berpunca daripada jangkitan Covid-19 ketika musim pandemik. Namun keadaannya bertambah pulih selepas mendapat rawatan daripada pakar.
“Apabila menyertai GV10 keadaan menjadi semakin melarat selepas saya memaksa diri untuk meneruskan perjuangan hingga ke saat akhir.
“Biarpun semakin baik, saya kena berpantang kopi sejak setahun lalu bagi mengelakkan masalah lama berulang sedangkan sejak dulu memang tak boleh sehari pun tanpa kopi.
“Susah sebab saya setiap pagi memang akan minum kopi. Tapi saya memang kena buat sesuatu sebab ini (nyanyian) mata pencarian saya. Jadi saya terpaksa korbankan keinginan saya untuk minum kopi,” luahnya lagi.
Menerusi sumber internet, kopi mengandungi caffeine, asid dan minyak yang boleh memberi kesan rengsa pada lipatan vokal, menggalakkan produksi kahak dan kekakuan vokal.
Hadiri Kelas Vokal
Sementara itu, pelantun lagu Kesalahan Terindah ini mendedahkan dia masih menghadiri kelas intensif di bawah bimbingan Datuk Syafinaz Selamat bagi memantapkan lagi vokalnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan habatussauda kini jadi pilihan ramai yang diambil sebagai suplemen tambahan untuk kesihatan tubuh kala musim pandemik Covid-19.
Herba kecil berwarna hitam ini diakui mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh jika diambil secara konsisten mengikut sukatan dibenarkan.
Untuk mengetahui khasiatnya, Syaza Nutritionist memberitahu 8 manfaat habbatussauda yang dikatakan tinggi dengan kandungan antioksida.
1. Tinggi dengan kandungan antioksida boleh bantu lindungi tubuh seseorang daripada pelbagai masalah kesihatan.
2. Juga boleh bantu rendahkan kadar kolesterol, penting untuk bantu fungsi tubuh jadi lebih baik.
3. Bantu merencatkan petumbuhan sel kanser dalam badan.
4. Habatussaauda bersama ubat antibiotik dapat bantu meningkatkan keberhasilan dalam bunuh kuman.
5. Membantu kurangkan penyebab keradangan dan mengelak kesan tekanan oksidatif.
6. Juga bantu melindungi organ hati daripada rosak yang disebabkan oleh radikal bebas.
7. Pengambilan 2gm sehari dapat bantu stabilkan gula dalam darah
8. Juga dapat kurangkan kejadian ulser perut
Banyak manfaat untuk kesihatan manusia, tetapi bukan ubat yang boleh merawat penyakit. Pengambilan secara konsisten dengan 1-3gm setiap hari sudah memadai.