Melihat kesibukannya umpama wanita bionik, rupa-rupanya, pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang ini jenis yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan gemarkan gaya hidup yang aktif.
“Saya ini wanita yang ringkas sebenarnya. Cukup kenakan baju dengan seluar jeans dan kasut sukan jika tak ada aktiviti glamor.
“Untuk rawatan kecantikan pula, cukup dapat tidur yang cukup. Dapat tidur nyenyak tujuh jam pun sudah memadai. Apabila ada tenaga, esok kita boleh kembali aktif. Makanan juga saya pentingkan dengan memilih gaya pemakanan seimbang.
Ads
“Cuma saya ini jenis yang sentiasa aktif. Tak boleh duduk di rumah tak buat apa-apa. Kehidupan saya sentiasa perlu bergerak. Kalau meeting pun, saya akan berdiri atau berjalan keliling bilik. Saya berusaha untuk tidak duduk sahaja kerana tidak sihat.
“Memang ada yang tanya macam mana dapat tenaga, tetapi sebenarnya ia bergantung pada diri dan sebahagian daripada gaya hidup. Sejak dahulu lagi memang itu yang saya amalkan,” ujarnya memberitahu sepanjang dua tahun beliau bersyukur masih belum dijangkiti virus Covid-19.
“Sepanjang dua tahun ini alhamdulillah saya belum kena covid dan memang harap dijauhkan. Malah sepanjang pandemik ini, saya memang tak ada sakit kepala, demam atau selesema.
Ads
“Ada yang gelakkan saya pada tangan penuh dengan macam-macam suplemen. Selain itu, saya juga amalkan jus buah yang dibuat sendiri.
“Pada saya soal kecantikan dan kesihatan bermula dari dalam diri kita. Apa yang kita amalkan seperti pemakanan dan gaya hidup itu yang menentukan kita cantik bertenaga atau tidak,” terangnya lagi memberitahu kecantikan seseorang bergantung pada pandangan mata masing-masing.
Tukar Ambil Nasi Dengan Cauliflower Rice
Menurutnya itu semuanya bergantung dari dalaman barulah memancar pada luaran.
“Cantik itu bergantung pada mata masing-masing. Ada yang tak lawa tetapi ada ‘something’ pada diri dia yang kita tak boleh nak lepaskan pandangan daripada dia.
“Itu yang dikatakan kecantikan dari dalaman. Pada saya lebih penting kecantikan dari dalam dan mata kita lebih memancar. Ada yang cantik luaran tetapi nampak ‘malap’. Bila usia sudah bertambah saya memang sangat menjaga pemakanan.
“Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan. Memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini.
“Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur. Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.
“Memandangkan sekarang bulan Ramadan, saya memang tak boleh miss sahur. Saya akan buat milk shake yang dicampur dengan pisang dan kurma serta diletakkan psyllium khas.
“Inilah yang akan menjadi amalan saya sepanjang bersahur kerana cepat siap dan mudah bangun pagi waktu sahur terus minum,” ujarnya yang ketika ditemui dalam satu majlis kempen Activate Your Immunity, Stay Protected bagi jenama susu berkhasiat PROVITAL Immuna Plus baru-baru ini.
Siapa tidak mengenali doktor muda yang kini menetap ddan bertugas di luar negara, Dr Amalina Che Bakri, 33 tahun.
Selain bertugas sebagai doktor bedah, dia juga merupakan personaliti media sosial cukup popular seantero dunia.
Baru-baru ini Dr Amalina selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka tampan, Alexander Charles, 33 tahun.
Apa yang menjadi kegembiraan berganda buat dirinya apabila majlis perkahwinannya disiarkan di majalah fesyen majalah fesyen terkemuka, Vogue Britain.
Ternyata bukan calang-calang orang yang dapat tempat di majalah berkenaan. Selain Dr Amalina yang berasal dari Johor, beliau merupakan rakyat Malaysia kedua yang diberi ruang dalam majalah Vogue selepas penyanyi Yuna yang tampil sebagai penghias wajah Vogue Singapura dan Vogue Arabia.
Dalam majalah berkenaan telah menyiarkan beberapa keping gambar Dr Amalina mengenakan baju kurung semasa upacara pernikahannya baru-baru ini.
Busana kurung moden rekaan pereka dari Malaysia, Cosry yang disarungnya menjadi bualan ramai dan semestinya paparan pakaian tradisional itu dalam majalah global berkenaan menjadi kebanggaan kita semua.
Menerusi artikel yang disiarkan Vogue Britain, Dr Amalina antara lain menceritakan detik-detik bagaimana perkahwinannya terpaksa ditunda sehingga dapat direalisasikan meskipun tanpa kehadiran ibu tercinta, Sabariah Hassan.
Memang cantik dan sopan sekali busana digayakan Dr Amalina yang sememangnya menjadi kesayangan ramai. Malah walaupun jauh diperantauan tetapi sering berkongsi ilmu kesihatan kepada followernya di media sosial.
Ada orang kata, muka bulat itu tandanya berat dah naik. Eh, memang golongan perempuan cukup risau terlebih makan, takut tetiba muka dan badan jadi bulat semacam!
Muka Bulat, Berat Naik. Fakta Atau Mitos?
Bagi wanita perubahan bentuk muka menandakan bahawa berat badannya telah bertambah dan harus mengubah diet pemakanan bagi menurunkan semula berat badan.
Tapi adakah konsep pemikiran sebegini berlandaskan fakta atau mitos semata-mata? Jom kita semak sama ada benar atau tidak muka bulat, menandakan berat badan telah bertambah.
Muka jadi bulat sebab berat badan dah bertambah?
Fakta – Dipetik daripada Fatherly, muka bulat berlemak dipengaruhi faktor kenaikan berat badan secara keseluruhannya.
Ini kerana amalan gaya pemakanan yang gemar mengambil makanan dan minuman beralkohol, manis, masin, kurang tidur, atau terlalu kerap tertekan boleh mempengaruhi kenaikkan berat badan diri lalu memberi kesan yang sama pada muka.
Apabila berat badan naik, wanita akan dapat lihat sendiri perbezaan saiz tubuh berbeza dari yang normal dan muka pula secara keseluruhannya menjadi chubby dan penuh.
Pipi tembam akibat terlebih makan dan badan naik?
Fakta – Dipetik daripada Today, ada juga wanita yang mempunyai muka dan pipi yang tembam malah bentuk mereka juga badan tak banyak berubah, tapi yang peliknya apabila timbang berat badan telah bertambah jadi di mana silapnya?
Hal ini berlaku kerana dipengaruhi amalan pemakanan yang tidak sihat seperti gemar makan makanan tinggi kandungan garam dengan kerap, kurang minum air masak, kurang bersenam, kerap makan makanan ringan, kurang kalsium dan kerap minum minuman beralkohol serta merokok.
Ada sesetangah wanita mengalami penambahan berat badan tanpa mempengaruhi bentuk badan mereka, cuma boleh dikesan menerusi perubahan muka bulat dan pipi tembam.
Muka chubby kerana terlebih berat?
Fakta – Tubuh dan wajah merupakan kayu ukur indeks jisim badan (BMI) dan berat badan diri, justeru itu jika wajah yang pada awalnya runcing tiba-tiba menjadi chubby dan pipi kelihatan penuh berlemak. Maka boleh jadi badan mengalami berat badan berlebihan dari biasa.
Haaa… sekarang anda yang macam mana? Muka bulat semula jadi atau sebab berat sudah naik?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini selebriti Nabila Razali pernah dikecam netizen gara-gara disebabkan mengalami masalah terkucil suara ketika sedang membuat persembahan nyanyian secara live.
Dek kejadian itu, penyanyi dan pelakon ini terpaksa menahan nafsu dan selera daripada menikmati hidangan pedas bagi menjaga kotak suaranya.
Dalam Utusan Online, Nabila juga dia mengakui dia perlu mengikut nasihat doktor untuk tidak aktif menyanyi untuk pulih sepenuhnya dan sihat seperti sediakala.
Jika sebelum ini dia memang menyukai sambal dan boleh makan 80 biji cili sekaligus, tetapi disebabkan mahu menjaga peti suara Nabila terpaksa berpantang.
“Saya belum sepenuhnya pulih. Tetapi, bagi mereka yang kenal, tentu tahu saya ini bukan jenis yang boleh duduk diam. Sesekali, saya akan ambil beberapa tawaran persembahan untuk berlatih menyanyi.
“Namun, tidaklah sehingga aktif menyanyi dari satu ke satu acara seperti sebelum ini. Berpantang makanan pun masih saya buat. Saya ini suka makan pedas.
“Tetapi, apabila sudah jadi begini, kenalah pantang sikit. Dulu, sambal saya ‘belasah’ makan banyak, 80 biji cili pun boleh lagi. Sekarang memang kena kurangkan. Semuanya demi nak sihat cepat,” katanya yang masih teruskan aktiviti seni seperti biasa.