Perasan atau tidak ladang-kadang mereka yang berbadan kurus tetapi mengalami masalah perut buncit.
Masalah perut buncit ini berpunca dari terkumpulnya lemak di bahagian berkenaan dan agak sukar untuk memecahkan lemak dalam masa singkat.
Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu bagaimana caranya untuk mengurangkan lemak dalam badan terutama di bahagian perut.
Cara Kurangkan Lemak Di Bahagian Perut
Ok hari ni saya akan share dengan anda semua macam mana cara nak kurangkan lemak dalam badan ni terutamanya bahagian perut ni.
Perut yang buncit bukan tanda Bahagia ye tapi boleh jadi faktor risiko masalah kesihatan terutamanya jantung dan kencing manis.
Macam mana kita nak tahu kita ada lemak visceral yang tinggi?? Mudah sahaja, jika ukur lilit pinggang anda lebih dari 35 inci (90cm) untuk lelaki dan lebih 32 inci (80 cm) untuk perempuan, itu telah menunjukkan bahawa anda mempunyai lemak visceral yang berlebihan.
Jadi ini 6 perkara yang terbukti menurut kajian yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak visceral:
Ads
1. Elakkan gula tambahan dalam makanan dan minuman anda. – kajian menunjukkan, penambahan gula yang berlebihan boleh menyebabkan lemak berkumpul di bahagian abdomen dan hati. Ini akan memberikan kesan yang berbahaya kepada kesihatan secara keseluruhan.
2. Tingkatkan pengambilan protein – Protein yang mencukupi merupakan faktor utama dalam proses penurunan berat badan. Kajian menunjukkan ia dapat membantu mengurangkan “craving” sehingga 60%, membantu menggalakkan kadar metabolism sebanyak 80-100 kalori sehari serta membantu anda untuk kurangkan pengambilan makanan yang lain hampir 441 kalori setiap hari.
3. Kurang pengambilan karbohidrat – pengambilan karbohidrat yang sikit merupakan carayang sangat efektif dalam mengurangkan lemak, terutamanya karbohidrat ringkas seperti gula, roti putih, kek, dan lain-lain. Cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan lemak di perut malah dapat improve masalah kencing manis.
Ads
4. Tingkatkan pengambilan serat – kajian mendapati pengambilan serat yang banyak boleh membantu mengurangkan pembentukan perut buncit, membantu kenyang lebih lama dan mengurangkan “craving”.
5. Senaman secara berkala – senaman adalah merupakan perkara yang paling terbaik untuk membantu mengurangkan lemak di bahagian abdomen. Senaman kardio seperti berjalan, jogging dan swimming sangat membantu.
6. Track pengambilan makanan – tracking makanan ini bukanlah semata-mata perlu menimbang atau mengukur semua yang anda makan, tetapi tracking ini boleh membantu memastikan makanan yang anda ambil bukan under dan over- estimate.
Ads
Jadi tidak mustahil sebenarnya untuk kita kurangkan pembentukan perut buncit ni dengan lakukan perkara yang saya nyatakan tadi.
Masker susu tepung adalah salah satu bahan untuk cantikkan wajah dengan cara jimat. Nak-nak anda yang kurang yakin nak pakai produk yang belum tentu selamat untuk kulit, boleh lah amalkan tips cantik ini.
Menurut seorang wanita, Puan Yanie Rosdi, inilah rutin hujung minggu yang dilakukan untuk mendapatkan kulit cerah dan gebu.
Cuma guna bahan di dapur saja, boleh hilangkan noda hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat setiap minggu pasti dapat hasil yang lebih wow!
Masker Susu Tepung Untuk Kulit Cerah Dan Gebu, Pakai 40 Minit Dah Cun!
Mudah sangat, tanpa sebarang produk. Hanya 3 bahan di dapur mampu pudarkan parut dan putihkan wajah secara alami. Mari kita tengok perkongsian beliau selengkapnya.
Haa… ada banyak khasiat masker susu ni, antaranya:
Mampu menghilangkan mata panda
Mencerahkan kulit
Mengecilkan pori-pori kulit
Melembabkan kulit kering
Menyamarkan noda hitam
Mengencangkan kulit wajah
Menghilangkan jerawat
Jadi tak rugi kalau kita cuba buat di rumah sesekali. Manjakan muka dengan bahan yang senang didapati di dapur saja.
Di bawah ini saya senaraikan bahan-bahan dan cara-cara nak buat.
BAHAN-BAHAN:
Putih Telur
Lemon
Susu Tepung
CARA-CARA:
1. Campurkan Bahan
Bancuh semua bahan hingga sebati.
Bila dah sebati, ia akan membentuk seakan-akan krim macam dalam gambar di bawah ini.
2. Sapukan pada muka.
Oleskan pada seluruh muka hingga habis. Sambil-sambil oleskan boleh bagi urutan ringan pada muka yang penat dan letih agar lebih relaks.
3. Biarkan 40 minit.
Biarkan selama 40 minit kemudian bilas dengan air bersih. Siap.
Mudah saja, kan?
Sebenarnya ada banyak cara lagi menggunakan susu tepung ini untuk membuat masker. Kalau tak ada lemon, boleh juga guna susu tepung yang dicampur dengan madu, atau bahan-bahan lain. Boleh google saja ‘milk powder as facial mask’ ada macam-macam resepinya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kopi sebenarnya mempunyai tahap antioksidan yang sangat baik yang boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu (termasuk beberapa penyakit seperti penyakit jantung dan barah). Namun, untuk PCOS, kopi antara minuman yang kurang baik untuk dijadikan minuman harian kerana: ⠀
Pengambilan yang berlebihan mungkin dikaitkan dengan risiko keguguran – Sekiranya anda hamil, anda harus mengehadkan pengambilan kafein hingga 200 mg sahaja sehari bersamaan dengan 2 cawan sehari.
Boleh memburukkan masalah adrenal- Pengambilan kafein boleh meningkatkan hormon kortisol serta boleh memburukkan lagi rintangan insulin dan meningkatkan gula dalam darah. Ia juga dapat meningkatkan masalah ‘anxiety’ anda.
Dapat meningkatkan kadar estrogen dalam badan dan menjadi dominan – Hormon estrogen yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan, mood yang tidak stabil dan sakit kepala.
Boleh mengganggu tidur anda – PCOS memang mudah mengalami masalah kesukaran untuk tidur, ditambah pula dengan minuman berkafein, ianya lagi boleh menyukarkan anda untuk tidur kerana minuman berkafein boleh mengurangkan hormon melatonin anda iaitu hormon tidur!
Boleh memburukkan lagi masalah pedih ulu hati (atau GERD) kerana kafein boleh meningkatkan acid perut anda.
Kesimpulannya, pengambilan kopi untuk PCOS banyak buruknya dari baik. Jadi, saya mengesyorkan satu cawan sehari sebanyak 50mg, atau kurang atau lebih baik tinggalkan kopi dan gantikan dengan teh herba.
Saya tahu ia agak mengecewakan bagi penggemar kopi, tetapi korbankanlah sedikit kesukaan anda untuk mendapat hormon yang lebih stabil dan badan yang lebih sihat!
Ada sesetengah orang, terpaksa tutup jeragat guna mekap disebabkan tak sempat nak pulihkan wajah daripada masalah kult kering.
Namun, ramai diantara kita gagal menutup cela seperti jeragat dengan baik sebab kurang pandai bersolek dan tak tahu nak guna produk apa yang sesuai untuk wajah.
Tutup Jeragat Guna Mekap, Ini Tip Daripada MUA
Jangan risau, ini tip yang MUA kongsikan buat anda yang gagal menutup jeragat atau tompok hitam pada wajah walau dah menggunakan concealer paling mahal.
Rawat Kulit Cerahkan Jeragat
Lebih gelap jeragat, lebih payah nak menutupnya dengan mekap. Jadi cuba rawat permukaan kulit yang bermasalah dengan cecair glyclic, salicylic atau lactic acid.
Sapuan ketiga-tiga cairan itu mampu menghakis lapisan kulit paling luar secara lembut -mencerahkan parut dan jeragat pada wajah secara berperingkat.
Anda pasti teruja melihat tiba-tiba jeragat jadi pudar, malah lebih senang menutup cela dengan bedak asas serta concealer dengan rapi.
Sesuaikan Warna Leher Atau Dada
Ramai orang salah teknik apabila mencari concealer yang sama dengan warna jeragat atau parut walhal, cara terbaik untuk menutup jeragat adalah dengan mencari rona foundation atau bedak asas yang sama dengan warna kulit.
Untuk cari warna yang lebih tepat, cuba padankan foundation atau concealer pilihan dengan warna leher atau warna kulit dada kamu.
Guna Jari
Ramai tak tahu sebenarnya menggunakan jari lebih mudah dan sempurna untuk menyapu concealer dengan baik. Ini kerana jari lebih lembut dan haba dari tangan sebenarnya mampu mencairkan produk pada suhu terbaik agar ia melekat pada kulit lebih lama. Tapi kalau tak mahu menggunakan alat, cuba guna BeautyBlender.
Sama dengan menggunakan jari, cuba manfaatkan gerakan menekan kerana parut atau jeragat akan tertutup bila tekan-tekan lembut sama ada menggunakan jari atau BeautyBlender sekalipun.
Cuba guna warna neutral yang memiliki tona panas seperti pic atau oren. Supaya orang tidak terus nampak tompokan jeragat, boleh alihkan perhatian mereka dengan sebarang sapuan cream blush. Ini kerana cream blush mampu membentuk hasil kemerahan pipi yang asli.
Malah warna-warna pemerah pipi yang natural sebegitu sesuai dengan semua jenis tona kulit baik cerah mahupun gelap.
Sekarang dah faham caranya? Jangan lupa, pastikan sapu bedak asas dahulu sebelum sapu concealer. Barulah jeragat tertutup kemas.