Usia Dah 63 Tahun, Tapi Aktif Senamrobik. Ini Rupanya Rahsia Datin Maria Arshad Kekal Cantik & Langsing! Usia selebriti ini sudahpun mencecah 63 tahun, tetapi penampilannya masih lagi kekal jelita, anggun dan sihat melakukan pelbagai aktiviti dan rutin harian.
Malah seraut wajah jelitanya seperti tidak dimakan usia, dengan senyuman manis tetap menjengah bibirnya disertai tutur kata yang cukup lembut dan berbudi bahasa.
Figura Datin Maria Arshad, yang juga ibu mertua kepada pelakon dan pengacara Shiera Ijoy yang juga cukup terkenal di era zaman 80an.
Biarpun tidak lagi aktif dalam bidang snei, Maria kini selesa menjalani rutin harian sebagai seorang isteri, ibu dan nenek.
Dengan tubuh yang kekal langsing, tidak hairan ramai yang mahu tahu rahsia dan petua kecantikan diamalkan selebriti ini.
Dalam artikel bersama NONA, pelakon filem Langit Tak Selalu Cerah ini rupanya seorang yang sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Menurutnya, biar cantik itu secara semula jadi dan jangan halang proses penuaan yang sememangnya pasti akan berlaku.
Apa yang penting seorang wanita itu harus bijak untuk menjaga kesihatan diri sendiri agar kekal sihat dan bertenaga walau berapa pun usianya.
Oleh sebab itu beliau masih setia menggunakan cara semulajadi berbanding melakukan rawatan moden dan melalui saat itu dengan rasa syukur, tenang dan bahagia.
Menurut Shiera, walaupun ibu mertuanya itu tak pernah kongsi apa petua diamalkan, tetapi dia dapat melihat melalui perbuatannya.
Ini Rahsia Datin Maria Arshad Kekal Cantik & Langsing
“Rawatan-rawatan moden macam suntik sana sini Mama memang tak pernah buat dan tak pernah berminat pun. Baginya biar cantik semula jadi, jangan halang proses penuaan yang sememamgnya pasti terjadi.
“Yang penting kena pandai jaga untuk maintain. Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang masih sihat, bertenaga dan cantik sammpai sekarang walau usianya dah cecah lebih 60 tahun,” katanya bersama NONA.
Dalam satu temubual video bersama Intrend pula, Maria turut berkongsi rutin hariannya memberitahu dia rajin melalukan senamrobik bersama teman-teman bersama selama satu jam untuk keluarkan peluh dan sihatkan badan setiap hari Isnin hingga Sabtu.
“Saya percaya rutin melakukan senaman atau apa juga aktiviti kecergasan dilakukan dapat memantu seseorang tampil langsing. Tidak terlalu kurus, tetapi biarlah bentuk badan cantik seadanya.
“Benar saya akui pada peringkat usia sebegini, cabarannya tetap ada untuk pastikan bentuk badan maintain. Memandangkan berat badan saya cepat naik, maka senaman itu perlu biarpun sudah berusia seperti ini.
“Manakala mengenai tip pemakanan pula, saya tidak lakukan diet dan makan apa yang ada. Tetapi makan apa juga sekalipun mesti dengan air suam. Kalau air manis pun memang saya akan kurangkan.
“Manakala bab penjagaan muka pula, tiap-tiap malam mesti cuci muka. Walau penat sekalipun mesti saya akan pastikan cuci muka. Kalau kita sentiasa cuci muka, segala kotoran yang ada di muka akan hilang dicuci dan barulah muka nampak fresh,” katanya dalam sorotan video berkenaan.
Ternyata amalan melakukan senamrobik setiap hari memastikan saiz badan Datin Maria Arshad kekal langsing dan maintain sihat seperti anak dara biarpun usianya sudah mencecah 63 tahun.
Kalau tahu cara double cleansing yang betul, kulit anda lebih sihat dan glowing tanpa masalah jerawat dan jeragat.
Hasilnya juga membantu tutup liang pori yang terbuka, jadi sila rajinkan diri. Jom belajar daripada saudari Zhafira macam mana nak double cleansing.
1. Gunakan baby oil untuk buang makeup waterproof.
Kandungan minyak baby oil membuatkan makeup waterproof menjadi mudah untuk dihilangkan, terutama di bahagian mata sebab baby oil tidak membuatkan mata menjadi pedih.
Selain itu baby oil juga boleh memberikan efek lembab pada kulit.
2. Gunakan micellar water pada seluruh bahagian wajah
Micellar water dapat digunakan di seluruh area wajah dan juga pada bagian leher. Fungsinya untuk membuang seluruh sisa makeup yang ada di wajah.
3. Gunakan cotton buds untuk menghapuskan sisa makeup yang sukar untuk dibuang.
Owh ya, kalau pakai kapas masih belum bersih, gunakan cotton buds. Biasanya di area mata banyak sisa mascara yang belum terhapus, jadi boleh gunakan cotton buds agar mudah untuk dibersihkan.
4. Bersihkan seluruh wajah dengan facial wash
Tuang facial wash secukupnya, kemudian sapu lembut ke seluruh wajah kurang lebih 1-2 minit sehingga semua kotoran hilang.
Semoga cara ini membantu anda untuk dapatkan kulit sihat dan glowing!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuasa magis bedak asas dalam teknik solekan memainkan peranan yang sangat penting sehingga mendapat jolokan kunci kepada solekan sempurna.
Tetapi, sehingga kini masih ramai wanita yang keliru dan tidak tahu memilih bedak asas dengan tepat.
Bedak asas tidak seperti pengalit mata, jika tersalah langkah boleh diperbetulkan. Bila tersalah aplikasi bedak asas tidak ada cara untuk menyembunyikannya.
Jadi tidak mustahil ramai wanita memilih menggunakan krim BB sebagai jalan keluar.
Ramai wanita yang mengaku memilih tekstur bedak asas yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit sebagai cabaran.
Apatah lagi apabila melihat deretan bedak asas yang beratur di kaunter kosmetik. Wanita semakin keliru untuk memilih rona yang sesuai dengan kulit dan kadang-kadang membeli bedak asas tanpa mencuba dan apabila pula ke rumah menyesal.
Satu lagi masalah yang berkaitan dengan bedak asas adalah tidak tahu aplikasi yang betul.
Bagi mengatasi masalah kekeliruan ini cara yang tepat untuk mengetahui bedak asas yang terbaik untuk kulit adalah dengan mendapat khidmat nasihat daripada jurusolek professional.
Mereka akan melakukan diagnosis untuk anda dan mengajar bagaimana mahu memilih bedak asas dengan betul serta teknik yang bersesuaian.
Pilih Bedak Asas Betul & Teknik Sesuai
1. Eksfoliasi dan hidrasi
Sebelum menyapu bedak asas pastikan kulit wajah bersih dan jika perlu lakuakn eksfoliasi terlebih dahulu. Kulit yang kering, berkuping dan sel kulit mati akan menyebabkan bedak asas tidak dapat disapu dengan sempurna di atas kulit.
Singkir segala sel kulit mati dan segarkan kulit dengan menyapu pelembap dan serum. Selepas itu baharu melakukan aplikasi bedak asas. Sebaik-baiknya gunakan bedak asas yang ringan pada waktu siang dan tebal sedikit untuk solekan malam.
2. Adun dengan span
Menggunakan jari untuk mengadun bedak asas di wajah tidak salah tetapi apabila menggunakan bedakasas dalam bentuk cecair span adah medium yang betul demi menghasilkan solekan yang halus dan sempurna.
Span akan menyerap bedak asas yang tidak diperlukan oleh kulit yang menyebabkan solekan berkuping-kuping atau bedak asas berlebihan melekat pada kulit. Apabila anda rasa sudah cukup biarkan bedak asas seketika di atas wajah.
Teliti dengan sempurna setiap perimeter wajah terutama di bahagian tulang rahang untuk mengelakkan solekan yang bercapuk.
3. Penyamar Noda
Menyapu penyamar noda sebelum aplikasi bedak asas membuatkan anda menggunakan lebih banyak penyamar noda daripada yang diperlukan. Apabila menggunakan penyamar noda berlebihan akan membuat solekan Nampak berkuping.
Langkah yang betul adalah setelah menyapu bedak asas dengan sempurna baharu letak penyamar noda di daerah yang diperlukan atau menutup kekurangan di wajah. kemudian adun sempurna dan hasilnya anda akan mendapat solekan yang semprna dan mulus.
4. Guna Berus
Ramai wanita yang tidak menggunakan berus ketika menyapu bedak asas di wajah. Tetapi, kebanyakan jurusolek menggunakan berus untuk menyapu bedak asas agar solekan sempurna dan rapi.
Berus pula bukan boleh mengguanakan sebarang berus malah perlu menggunakan berus yang direka khusus untuk menyapu bedak asas. Teknik yang betul menyapu bedak asas menggunakan berus adalah dengan gerakan membulat.
Teknik ini bukan sahaja menjimatkan penggunakaan bedak asas malah menjadikan sapuan menyeluruh. Jangan lupa bersihkan wajah dengan sempurna daripada sebarang solekan sebelum tidur.
Satu bonus kalau dapat kulit glowing tanpa perlu mekap tebal, sebab itu tanda wajahnya sihat dan dapat penjagaan yang cukup.
Salah seorang yang layak dipuji berkulit cantik tanpa mekap ialah pelakon filem Bollywood, Katrina Kaif yang bukan saja terkenal dengan bakat lakonannya, tetapi juga kecantikannya.
Kulit Glowing Tanpa Mekap Tebal, Cuba Tip Katrina Kaif Ini
Mana taknya, pelakon kacukan India-Inggeris ini memiliki kecantikan semula jadi yang tak perlu pun solekan tebal untuk tingkatkan lagi ciri-ciri wajahnya.
Katrina sudah berusia 39 tahun tetapi bagaimana dia menjaga dan kekalkan kulit wajahnya supaya sentiasa cantik, flawless dan glow tanpa perlu guna mekap yang tebal?
Sebenarnya rutin penjagaan wajah yang Katrina amalkan setiap hari adalah rutin yang sangat ringkas dan mudah.
Aktres ini dikatakan sangat pentingkan penjagaan dalaman dan juga luaran. Antaranya adalah:
1. Untuk kekalkan kesegaran kulit dan badan; Katrina akan amalkan minum segelas air kosong setiap pagi supaya aliran darah menjadi lebih lancar dan kulit makin glowing.
2. Sekiranya tidak menjalani sebarang penggambaran; aktres ini tidak akan memakai sebarang mekap dan lebih memilih untuk tampil dengan wajah yang polos.