Seperti yang kita tahu penggunaan Vaselin memang sangat baik untuk kecantikan kulit terutama di wajah.
Brand yang paling popular dan sering jadi pilihan ini turut digunakan sebelum tidur untuk mendapat kulit selembut bayi.
Namun sebenarnya cara ini tidak benar. Perkongsian dari @draensaari tidak menggalakkan berbuat demikian terutama bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.
Pakai Vaselin Sebelum Tidur
Pakai dengan banyak sebelum tidur, untuk hasil lebih berkesan …
Ads
Lain dengan mereka yang tinggal di barat. Kena pakai produk yang boleh menutupi liang pori untuk elak kelembapan kulit hilang.
Ada yang amalkan penggunaan produk ini sampai melekit-lekit muka.
Ads
Tapi kalau yang ada masalah kulit berminyak dan jerawat dengan cuaca di sini, akan menyebabkan jadi tempat pembiakan jerawat.
Cara untuk dapat kulit gebu dan lembut, gunakan cara ini. Pakai sleeping mask tak banyak oil content.
Ads
Paling penting tahu keperluan kulit & jangan ikut trend
Sejak minggu lalu kita dikejutkan dengan berita di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dimasukkan semula ke Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya tidak stabil.
Malah pihak media juga dilaporkan berkampung di luar IJN untuk memantau perkembangan Tun Dr Mahathir.
Namun kedaaan bekas Perdana Menteri kesayangan ramai ini sebenarnya berada dalam keadaan stabil.
Dalam satu perkongsian twitter oleh anaknya Datin Paduka Marina Mahathir semalam memberitahu bapanya menunjuk peningkatan hari ini.
Tun M dikatakan mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di IJN.
Mengetahui ramai yang memantau keadaan dirinya, Tun M turut mengucapkan terima kasih dan memohon orang ramai agar tidak terlalu bimbang mengenai kesihatannya.
Beliau akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan.
Sebaik muat naik status ini, ramai warga maya turut mendoakan kesejahteraan Tun Mahathir dan semoga Allah memberikan kesihatan baik kepada beliau.
Dikurniakan rahmat kesihatan & sembuh cepat
Moga Allah beri kesembuhan yang cepat kepada Tun M
Kira-kira 23 tahun lalu negara digemparkan dengan kisah bagaimana seorang penderma hati, Wan Mohd Hafizam yang menjadi orang petama mendermakan sebahagian hatinya.
Biarpun tanpa pertalian darah, tetapi dia telah mendemakan hati kepada Mohd Afiq Ikmal yang ketika usia berusia 14 bulan.
Peristiwa ini telah mencatat sejarah negara apabila berjaya menjalani pembedahan pemindahan hati pertama di Malaysia di sebuah pusat perubatan swasta pada tahun 1999.
Malah kisah ini turut mendapat liputan meluas hingga membuka mata dan kesedaran seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan organ.
Namun setelah 23 tahun menerima hati, akhirnya hari ini Mohd Afiq Ikmal telah meningal dunia setelah dilaporan kritikal sebelum ini akibat komplikasi hati.
Dalam laporan Harian Metro selepas 18 hari tidak sedarkan diri, penerima hati pertama negara itu meninggal dunia subuh tadi, setelah dimasukkan ke Hospital Selayang sejak 13 Februari lalu.
Bagi Wan Mohd Hafizam yang juga Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam (APM), dia tergamam dan tidak keruan selepas mendapat pangilan daripada bapa Mohd Afiq Ikmal mengatakan arwah sudah tiada.
“Tidak seperti kebiasaannya ketika menguruskan jenazah lain, apabila melihat Afiq, kaki saya jadi lemah dan tidak kuat menghadapi situasi itu seolah-olah saya yang sedang kaku dimandikan.
“Namun, hati saya sejuk apabila tengok wajah dan kulit Afiq berseri-seri dan suci bersih,” katanya.
“Walaupun tiada pertalian darah dengannya saya turut merasai kesedihan yang dialami keluarganya sampaikan mengalir air mata kerana saya sedar sebahagian hati saya dibawa pergi bersamanya.
“Namun, saya reda malah bersyukur Allah memberi peluang meminjamkan hati saya selama 22 tahun kepada Afiq,” katanya yang turut memberi penghormatan terakhir mengiringi jenazah Mohd Afiq yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Barokah, Kampung Masjid Tikam Batu, sekitar pukul 6 petang tadi.
Tidak dinafikan semakin bertambah peningkatan usia, semakin seseorang itu perlu berhati-hatu dengan pelbagai penyakit yang datang.
Oleh sebab itu kita digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan sebaiknya jika mahu umur panjang.
Menurut Profesor Ken Fox, pensyarah di Jabatan Sains Kesihatan dan Senaman di Universiti Bristol, otot manusia mula mengecil pada usia pertengahan 40-an tahun dan kandungan lemak tubuh pula bertambah.
Keadaan ini boleh menambah risiko penyakit gaya hidup seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Berikut beberapa senaman harian yang boleh anda lakukand dipertengahan usia 30 an menginjak ke 40 an untuk meningkatkan kecergasan jasmani anda.
Senaman Sesuai Untuk Usia Pertengahan 40-an
1. Burpees
Lakukan senaman ini satu dua kali seminggu. Mula dari posisi berdiri, sebelum menyangkung dan selanjutnya melunjurkan kaki. Kembali ke posisi berdiri dengan cara menarik kaki ke tubuh dan menyangkung semula. Antara lain, senaman ini boleh mencegah metabolisme tubuh daripada menurun.
2. Squats (Menyangkung)
Bentuk punggung wanita akan mula berubah pada usia 40 tahun akibat saiz otot yang mengecil. Senaman ini, jika dilakukan dengan cara yang sewajarnya, seperti memastikan postur tubuh tegak dan lutut di posisi di atas kaki. Ia boleh membantu tubuh anda menjadi lebih fleksibel dan mencegah kecederaan.
3. Plank (Luruskan Badan)
Melakukan senaman ini selama 90 saat, tiga kali seminggu adalah cara baik untuk memperkuat otot tubuh utama kita. Ia menguatkan otot perut, otot dada, dan otot yang mengelilingi tulang belakang kita.
Kredit: Pexel.com
4. Angkat ‘Berat’
Kesakitan sendi kronik boleh ‘menyerang’ orang dewasa dari sepelusuk usia dan satu cara mencegah penyakit ni adalah dengan melakukan latihan utuk menguatkan sendi. Anda tidak perlu mengangkat berat secara keterlaluan. Memadai dengan melalukan ‘deadlift’ dengan mengangkat besi berat 1-3 kilogram dalam setiap tangan, dua tiga kali seminggu.
5. Zumba
Zumba menggabungkan tarian dan koreografi. Latihan ini membuatkan lemak di paha, lengan, dan perut mengempis dan berkurangan. Usah memilih muzik zumba yang rancak. Cukup sekadar muzik yang mampu menggerakkan tubuh badan dengan tumpuan kepada otot di lengan, kaki dan perut.
6. Pilates
Jika mengalami nyeri di seluruh badan, cubalah untuk mengikuti kelas pilates. Pilates dapat membantu memperkuatkan otot yang lemah dan mencegah kecederaan. Pilates sangat baik untuk meningkatkan kekuatan pinggul dan mengurangkan rasa sakit di bahagian bawah badan.
7. Kardio ‘Low-Impact’
Satu cara wanita berusia lebih 40 tahun boleh merangsang kesihatan jantung adalah dengan melakukan senaman ‘low impact’. Anda hanya perlu bersenam sehingga mencapai 80 peratus kadar degupan jantung, sekurang-kurangnya 30 minit sehari, antara tiga dengan empat kali seminggu.
8. Berjalan Kaki
Kegiatan ini adalah senaman terbaik yang boleh kita lakukan. Ia bukan sahaja membakar kalori, malah memperkuat otot dan mempertingkat mood kita. Berjalan juga tidak memberikan tekanan terhadap sendi kita.
9. Yoga
Selain mempertingkat kecergasan tubuh kita, yoga juga boleh menambah kecergasan minda kita. Beberapa pihak juga berpendapat bahawa melakukan yoga boleh mengurangkan risiko mengalami kemurungan. KATA KUNCI RAPI – RAPI DEDIKASI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT