Anda patut tahu tip tampil fresh ketika sesekali tidur lambat, ini sangat membantu hilangkan mata penat dan wajah yang nampak tak bermaya.
Apatah lagi jika esok harinya ada majlis tertentu untuk anda raikan, jadi pastinya bahagian sekitar mata akan jadi tumpuan mata yang memandang. Jom cuba beberapa tip ini dulu.
1. Gunakan ubat titis mata
Walaupun bersolek, agak mengganggu bila mata merah sebab tak cukup tidur. Untuk merawatnya, anda memerlukan ubat titis mata yang boleh melegakan dan melegakan mata merah. Kaedah ini juga berkesan untuk menyegarkan rupa.
2. Urut muka dengan batu kristal
Cara ini perlu untuk merawat muka atau mata yang bengkak. Anda boleh menggosok muka anda ke bawah ke beg di bawah mata anda dengan penggelek jed atau batu khas.
Ads
Sudah tentu, peredaran darah anda akan menjadi lebih sekata dan kulit anda akan kelihatan lebih sihat.
Apabila anda selesai, anda boleh menggunakan penjagaan kulit dan asas untuk membantu mekap anda menyerap dengan lebih baik.
Ads
3. Sapukan eyeliner di bawah mata
Jika mata anda merah atau letih, sudah tentu kedutan di bawah mata anda juga merah.
Beberapa petua untuk mengatasinya: Sapukan celak dengan warna semula jadi seperti kuning air di bawah mata. Mata anda juga akan kelihatan lebih besar dan segar.
Ads
4. Pilih warna terang untuk solekan
Memilih warna terang untuk solek bibir adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Gunakan pewarna bibir merah jambu atau merah untuk menjadikannya kelihatan lebih segar. Anda juga boleh menggunakan lip balm untuk bibir yang lebih gebu.
Warna-warna cerah ini akan membuatkan anda kelihatan lebih segar. Jadi dengan menambah pembayang mata yang berkilauan menjadikan solekan lebih menarik.
Hah, selepas ini kalau rasa tak cukup tidur, anda boleh cuba beberapa tip ini untuk jadikan wajah anda nampak fresh!
Tidak dinafikan perjalanan menurukan berat badan akan jadi lebih seronok jika dilakukan bersama teman.
Pasti kita jadi lebih bersemangat dan berlumba-lumba dalam misi mendapatkan hasil berat badan ideal dan jadi langsing.
Seperti perkongsian pasangan kembar ini yang menginginkan mendapat berat idaman 49 kilogram sebelum raya tahun ini.
Berkat hasil diet konsisten yang diamalkan, keduanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kg dalam tempoh enam buan saja.
Menurut Emylia Hamdan ketika ditanya rahsia berjaya mendapat berat idaman berkata mereka tidak membuat diet eat clean sebaliknya guna cara yang lebih mudah.
“Kami tak buat diet eat clean seperti orang lain. Sebaliknya guna cara yang memudahkan kami berdua.
“Malam tak makan langsung sebaliknya jika lapar hanya makan sebiji epal atau anggur merah untuk alas perut. Jika tak lapar kami selalaunya hanya akan minum air kosong sahaja.
“Itupun tak habis makan (epal) dan air kosong memang kena minum setiap hari. Bukanlah tak makan nasi langsung.
“Kadang-kadang kami gantikan nasi dengan roti wholemeal dan juga sebiji telur untuk lunch,” ujarnya yang turut memilih telur tebus sebiji bersama sekeping roti wholemeal untuk sarapan pagi.
Kredit: Pexel.com
“Kami jenis yang cepat kenyang jadi kalau tak makan malam pun tak apa. Bergantung pada tubuh badan seseorang. Ini kerana minum air kosong itu pun sudah boleh buat kita jadi kenyang.
“Dulu sebelum diet memang tak boleh kalau tak makan malam dan selalu cari makanan. Sekarang bila lapar kami akan ambil buah-buahan sekadar untuk alas perut.
“Selain itu, kami juga mementingkan latihan senaman. Bulan pertama kitaorang buat workout yang biasa-biasa. Tetapi masuk bulan kedua baru start buat skipping.
“Awal-awal skiping boleh 300 jump kemudian baru buat 1500 jump setiap hari,” katanya lagi yang mengakui jarang-jarang mengamalkan cheat day sepanjang proses diet ini.
Cuma menurutnya dalam sebulan itu hanya sekali cheat day kerana ketika itu begitu teringin minum air manis.
jadi bagi mereka yang sedang mencari-cari diet sesuai, boleh ikut cara pasangan kembar ini. Apa yang penting kesungguhan untuk melakukannya demi mendapatkan berat ideal.
“Saya juga fokus kepada penjagaan kesihatan dengan berpantang selama 100 hari bagi mendapatkan rehat dan nutrien dari makanan pantang yang berkhasiat.
“Berpantang sangat penting dari segi fizikal dan mental. Proses mengandung dan melahirkan sangat mencabar serta memberi kesan kepada badan ibu.
“Dengan proses berpantang yang cukup, badan ibu akan pulih untuk jangka masa panjang. Mungkin kesannya tidak nampak sekarang tapi kelebihannya long-term.
“Akhir sekali pentingnya emosi ibu yang baru bersalin,” katanya yang turut membuat persiapan dengan menyertai kelas online sebelum bergelar ibu.
Berkongsi cerita pengalaman ketika hamil, Tasha Shila berkata dia banyak melakukan senaman pilates dan berjalan kaki.
“Berdepan momen cemas, bila doktor nasihat untuk kira berapa tendangan bayi dalam perut setiap jam, ada kala bayi tak tendang saya mula rasa bimbang tapi syukur kerana ia masih dalam keadaan normal.
“Antara teknik-teknik yang digunakan ialah makan manisan atau minum air sejuk, bercakap dengan bayi dan doa yang baik-baik saja.
“Tip sihat dan cantik saya ialah mendapat rehat dan tidur yang cukup. Tak kira usia, rehat yang cukup sangat penting bagi bekalan tenaga sepanjang hari.
“Dari segi dalaman, petua saya ialah tak minum minuman berais, banyak minum air mineral dan amal diet seimbang.
“Manakala dari segi luaran, saya kerap menggunakan lotion moisturizer dan produk penjagaan kulit. Paling penting, sentiasa mulakan dari hati iaitu sentiasa tenang, gembira dan bersyukur atas segala nikmat Allah,” katanya yang mengakuimemang rindu nak berlakon.
Tasha Shilla bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 dalam satu majlis sederhana di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.
Dengan sekali lafaz pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah.
Barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang dari 50 tahun.
Bermaknanya ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja, baik yang tua mahupun yang muda. Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.
Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Tahap Kanser Payudara
Tahap 1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Faktor Barah Payudara
1. Umur – umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
2. Sejarah keluarga – terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
3. Sejarah mengidap kanser – pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun
6. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
7. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
Tanda Barah Payudara
Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.
Cara Kesan Kanser Payudara
Mamografi
Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan.
Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.
Ultrasonografi
Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.
Biopsi
Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!