Rajin Workout Lepas Bersalin. Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova Cepat Langsing Lepas Lahirkan Anak! Ketika berada di zaman kegemilangannya, bintang tenis dunia ini sangat dikenali dan popular seantero dunia.
Kelincahannya menghayun raket menentang lawannya begitu digeruni. Kejayaan demi kejayaan diperoleh sepanjang karier bergelar bintang tenis handalan dunia sebelum mengumumkan persaraan sekitar Februari tahun 2020.
Siapa tidak mengenali Maria Sharapova, nama yang sentiasa meniti dibibir peminat sukan nombor satu ini. Bukan saja lincah di padang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.
Justeru tidak hairanlah, ramai peminatnya teruja apabila Maria baru-baru ini mengumumkan bergelar ibu setelah melahirkan anak pertamanya, Theodore Julai lalu.
Pun begitu gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure.
Setelah empat bulan melahirkan, penampilan wanita ini tetap berada dalam kelas tersendiri dan tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan.
Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.
Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova
Dalam perkongsian di laman Instagram berjumlah 4.4 juta follower ini, Maria dilihat sedang melakukan workout selepas empat minggu melahirkan.
Terdahulu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020 dan ketika itu dia sempat mengajukan persoalan mengenai apa yang akan dilalui setelah meninggalkan satu-satunya kehidupan yang dijalani selama ini iaitu bermain tenis.
“Bagaimana rasanya meninggalkan gelanggang yang menjadi tempat latihan anda sejak kecil.
“Ia permainan yang anda gemari, sukan yang membuatkan air mata anda mengalir, sama ada kerana suka atau duka,” katanya dalam satu temubual.
Selalunya kita hanya guna garam putih untuk menambah perasa dalam setiap masakan. Tak lengkap jika tidak diletakkan walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Tetapi apa pula fungsi garam hitam untuk kesihatan. Ramai yang tak tahu khasiatnya dan ini rupanya antara manfaat boleh kita peroleh, terutama bagi merawat begok dan sesiapa yang alami anemia.
1. Membantu Masalah Pencernaan
Jika anda sering mengalami masalah ketidakselesaan pada perut, anda boleh mengamalkan pengambilan garam hitam ini.
Ini kerana garam hitam mengandungi sebatian sulfur yang mampu membantu menyelesaikan masalah itu.
Garam hitam ini akan bertindak sebagai perangsang pencernaan yang mengimbangi pengeluaran asid di dalam perut, mengurangkan komplikasi pencernaan, dan mencegah ulser.
2. Merawat Begok
Garam hitam mengandungi sodium iaitu zat yang bertindak aktif dalam mengurangkan dan merawat begok.
3. Mengawal Tekanan Darah
Garam hitam berbeza daripada garam biasa dari segi nutrisinya. Garam hitam memiliki kandungan natrium yang rendah di mana ia mampu mengawal masalah tekanan darah seseorang.
4. Mengubati Anemia
Kepada anda yang menghidapi anemia, boleh gantikan garam biasa kepada garam hitam. Ini disebabkan garam hitam mengandungi zat besi yang tinggi. Justeru dapat merawat penyakit anemia.
5. Melegakan Ketegangan Otot
Anda boleh mengunakan garam hitam ini ketika mengalami ketegangan otot.
Kandungan kalium dalam garam hitam dapat mengekalkan elektrolit dalam badan. Justeru. Ia dapat melegakan ketegangan otot yang kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan mineral dalam badan.
Siapa tidak mengenali pelakon yang sangat berbakat di awal tahun 90an, Melissa Saila.
Kecantikan wajahnya memang tidak dapat dipertikai sementelah mewarisi kejelitaan ibunya, Seniwati Mariani yang juga antara pelakan lama yang sangat berbakat.
Mula berlakon sejak diusia masih kanak-kanak, kini Melissa Saila masih kekal cantik dan menawan.
Ditambah dengan bakat berlakon semulajadi diwarisi kerana membesar dalam keluarga seni Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Ketika ditanya oleh Nona apa rahsia kecantikan pelakon ini, Melissa Saila berkata sebenarnya dia tidak pernah terfikir, sebaliknya apa yang penting adalah minda yang sihat dan selalu positif.
“Saya juga nak ingatkan jangan banyak stresskan otak. Ini adalah antara petua untuk kekal sihat dan bertenaga hingga ke hari ini,” ujarnya juga begitu sinonim dengan drama Cili Padi.
Membawakan watak sebagai Maria dalam drama yang mengumpulkan kanak-kanak sebagai watak utama, wajah Melissa Saila umpama tidak makan tua.
Selain itu, Melissa Saila juga sentiasa ingat akan pesanan yang diberikan oleh arwah ibunya, Seniwati Mariani hingga ke hari ini.
“Kita kena selalu bersyukur so kita senang hati. Also amal makanan sihat. Paling penting jaga adab. Ingat agama dan hormat orang.
“Saya juga selalu pesan kat anak-anak, rupa cantik kalau kelakuan dan perangai tak elok, tak guna juga,” bicara Melissa yang turut memberi pesanan yang sama kepada anak-anaknya.
Melissa Saila atau nama sebenarnya Melisa Mohd Alias turut bercerita aktiviti dilakukan selama lebih 10 tahun bergiat aktif dalam penglibatan sebagai seorang Pengarah.
Melissa Saila telah mendirikan rumahtangga dengan Megat Fauzi Shukarnain dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Noor binti Megat Fauzi, 18 tahun, Zain bin Megat Fauzi, 16 tahun dan Zahrah binti Megat Fauzi, 13 tahun.
Dipercayai ada pork gelatin & tak halal, pengguna dinasihat elak beli produk Soft Candy With Jam. Golongan kanak-kanak memang sangat menggemari gula-gula sama ada yang keras atau lembut.
Dengan pelbagai corak serta warna menyebabkan gula-gula ini cepat viral dan menjadi salah satu tarikan untuk kanak-kanak merasainya.
Namun begitu, sebagai pengguna kita perlu peka dengan sebarang produk gula-gula yang dimakan oleh anak-anak kerana ada antaranya mengandungi bahan terlarang.
Seperti perkongsian seorang pengguna laman sosial Facebook Syasya Eyrah yang menyedari bahawa gula-gula Soft Candy With Jam ini rupanya mengandungi gelatin babi.
Jelas tertera pada isi kandungan tertulis Pork Gelatin walaupun diletakkan logo halal JAKIM di muka depannya. Gula-gula ini dikatakan boleh dibeli secara dalam talian.
Walau bagaimanaun setelah disiasat oleh pihak JAKIM, rupanya logo halal yang digunakan adalah tidak diiktoraf oleh JAKIM dan ia telah disalah guna oleh pihak pengilang berkenaaan yang juga telah merahsian alamat seenar produk dikeluarkan.
Ini juga bertujuan untuk mengelirukan umat islam yang pasti akan tertarik untuk membelinya disebakan ada memaparkan logo Halal berkenaan tanpa menyedari isi kandungannya.
Pada produk tersebut juga turut tertera logo Halal Food Council International $ Asia Region dan situasi ini sedikit sebanyak memgundang rasa salah faham masyarakat terhadap pensijilan Halal Malaysia.
Untuk maklumat semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktoraf oleh JAKIM. Sehubungan itu penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan negara ini.
Produk Soft Candy With Jam
Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/