Siapa yang suka picit jerawat, sampai jadi merah dan berparut, anda kena berhenti tabiat buruk itu sebelum kulit wajah rosak.
Tak perlu kos yang mahal pun, anda boleh cuba pakai masker tomato campur dengan tepung beras, tip jimat poket yang dikongsi oleh Puan Arsha Armalie.
Pudarkan Parut Jerawat, Sapu Masker Tomato Dan Jus Buat Minum
Bahan-bahan:
Tomato
Tepung beras
IKLAN
Cara buat:
Cuma perlukan sebatikan dua bahan ini dan kemudian dah boleh sapu pada wajah. Nak sapu tempat jerawat sahaja boleh, nak sapu satu muka pun dialu-alukan.
Pakai dalam 15-20 minit sahaja ya.
IKLAN
Bila dah cuci anda boleh letak toner kalau ada, untuk lembapkan wajah anda.
IKLAN
Apa yang best, jerawat tak akan tumbuh balik dan merah pada wajah akan surut.
Owh ya, tomato yang lebih tadi anda boleh buat jus untuk minum. Barulah ngam!
Menjadi impian setiap wanita meniliki wajah yang lembut, halus dan flawless. Tidak perlukan rawatan mahal sebaliknya anda boleh gunakan saja bahan tradisional untuk mendapat hasil diingini.
Bukan saja jimat, kita juga mempunyai banyak masa untuk rawatan ini lakukan di rumah saja menggunakan bahan dapur yang mudah didapati.
Perkongsian dari Sahira Lim memberitahu petua bagi mendapatkan kulit yang licin, halus dan berseri-seri tanpa guna modal besar.
Dia hanya menggunakan bahan dari manjakani yang dibuat masker untuk dipakai di wajah.
Khasiat manjakani selain mampu merawat wajah kusam, ia juga boleh digunakan untuk kulit tona tidak serata, merawat kulit bernanah, blackhead, whitehead atau menghilangkan kesan jerawat.
Dan kita akan lihat hasilnya kulit jadi lembut dan sebu seperti kulit bayi. Untuk hasil lebih efektif, amalkan pemakaiannya tiga kali seminggu bagi kulit normal dan setiap hari bagi yang mempunyai kulit kronik.
Cantik & Jimat Guna Bahan Alami, Buat Masker Manjakani Homemade
Ini bahan-bahannya
1- biji manjakani
2- minyak zaitun ( ira guna minyak zaitun soft gel je)
3- ira guna sedikit air
Khasiatnya Manjakani
– Mengecilkan jerawat dan pori di wajah
Khasiat minyak zaitun
– Sangat bagus dalam merawat luka-luka kesan jerawat
– Memberi kelembapan pada kulit wajah
Cara Membuat:
Mula-mula tumbuk biji manjakani. Ira guna gred AA tapi apa sahaja jenis gred pun x menjadi satu masalah sebenarnya.
Kemudian, masukkan dalam blender kering dan blender sehingga halus. Ini hasil selepas blender dan kalau rajin boleh tapis untuk jadikan serbuk ni lebih halus.
Campurkan dengan minyak zaitun.
Banyak lagi bahan campuran lain yang mampu merawat
-pori2 besar di kulit muka
– lingkaran gelap bawah mata
– blakchead
Haaa tipsnya nnty kita share, tapi hanya perlu campur dgn manjakani masker sahaja tau
Tambah sedikit air dan gaulkan sehingga menjadi paste macam ni
Okay sapukan di wajah anda dan tunggu sehingga 5-15minit sehingga kering dan bilas wajah dengan air suam dan gosok2 untuk dijadikan scrub muk
– sangat membantu bagi membuang sel kulit mati tau
*Jangan bimbang kalau muka jadi kuning disebabkan air dari masker tadi. Itu ada khasiat tu
Penyanyi, Heliza Helmi yang kini berada di Indonesia berdepan detik cemas apabila berlaku gempa bumi pagi tadi.
Heliza menerusi hantarannya di Instagram, memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur.
Menurut Heliza, dia tersedar daripada tidurnya selepas merasakan tempat penginapannya bergoyang.
“Kakja tiba-tiba tersedar dari lena asbab daripada penginapan yang kami menginap bergoyang kuat.
“Mula-mula Kakja blur, apa yang berlaku sebenarnya.Tapi hotel bergoyang ke kiri kanan dan gegaran itu agak lama sampai pintu semua berbunyi,” kongsinya.
Tambah Heliza lagi, dia mengetahui gegaran itu disebabkan gempa bumi selepas menghubungi pihak hotel dan mecari maklumat di internet.
“Perkara pertama terus capai jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Selepas itu hubungi pihak hotel apa yang berlaku, depe beritahu ada gempa bumi. Innalilahi wanna ilaihi rojiun. Bila Google yang terkini, belum dapat update.
“Selepas beberapa minit Google balik, sohih, memang berlaku gempa bumi. Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ini alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan gempa bumi berskala 7.4 magnitud berlaku sekitar pukul 2.55 pagi waktu tempatan. Gempa bumi itu turut dirasai di sekitar kawasan Kuta dan Denpasar di Bali serta Lombok.