Jika di majlis pernikahan Datin Seri Heliza Helmi memilih persalinan putih dan pink untuk resepsi, tetapi untuk majlis persandingan kali ini cukup berbeza.

Aktivitis kemanusiaan dan suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman diraikan dalam satu majlis meraikan pengantin baru dengan kedua mempelai mengenakan persalinan songket serba biru.

Majlis berlangsung  meriah di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor itu dihadiahkan Mila Jirin sendiri sebagai teman baik pengantin perempuan  sekali gus merangkap pemilik empayar bisnes perkahwinan, Bizmilla Wedding Centre.

Majlis berkenaan yang mengangkat tema ‘Malam Islamik’ itu turut meraikan simbolik 15 tahun ukhuwah serta persahabatan Mila dan Heliza.

Bercerita lanjut, Heliza atau atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan. 

Namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan persahabatan mereka yang mekar sejak sama sama menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).

Pilih Songket Biru Lembut Di Majlis Sanding, Heliza Pengantin Paling Cantik Dirai Teman Baik

Asbab Eratkan Hubungan

“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikan  teman baik yang bersungguh sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.

“Dia sendiri siapa tak kenal memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.

“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya.  Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila,” katanya.

Malah Heliza yakin Mila dan perniagaan perkahwinannya menjadi asbab untuk terus mengerat dan menyatukan silaturahim sesama insan.

“Penerimaan dan persetujuan hadiah itu juga membuka ruang dan harapan kepada tetamu yang datang majlis itu sama sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan.

“Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah Taala menerusi Mila untuk diri ini. Dapat juga rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis. Termasuklah teman dan tenaga pengajar AF5.

Selain itu:  "Jangan Makan Apa-Apa, Tapi Minum Air 500ML" - Tengku Zafrul Kongsi Tip Sebelum Berlari

“Majlis Maulid juga diadakan seperti sebelum ini bertujuan memuliakan Nabi SAW. Turut diadakan majlis bacaan Al – Quran serta perkongsian ilmu bermanfaat daripada golongan asatizah,” katanya.

IKLAN

Pilih Songket Biru Lembut Di Majlis Sanding, Heliza Pengantin Paling Cantik Dirai Teman Baik

Tak Menolak Pakai Songket

Pada majlis berlangsung, tetamu yang hadir mengenakan jubah hitam bagi wanita dan putih untuk lelaki.

“Tema Malam Islamik dipilih pun kerana mahu memudahkan tetamu yang hadir tanpa fikir panjang atau rasa terbeban. Saya dan suami yakin, jubah hitam setiap wanita akan memilikinya. Begitu juga jubah putih yang tentunya ada dalam gerobok baju golongan lelaki.

“Cuma untuk kelainan, Mila cadangkan saya dan suami mengenakan songket berwarna biru lembut. Saya jarang memakainya.  Tapi saya meraikan cadangan itu,” katanya yang turut dihadiahkan keraian majlis resepsi daripada Datin Seri Umie Aida pada 5 Januari lalu.

Mengintai sisi persahabatan dengan Mila, wanita berasal dari Terengganu itu bersyukur mereka dipertemukan.

“Mila cukup bernilai, Masya-Allah. Saya ini tiada apa apa. Dia sangat hebat, baik, solehah dan segala serbi lengkap. Tuhan mempertemukan kami di AF5. Kami akrab walaupun tak sentiasa berhubung dan bersua.

“Namun hubungan dalam hati itu tetap mekar. Kami kalau ada kesempatan akan berkongsi pelbagai cerita. Termasuklah  berborak fasal zaman dan kenangan dulu,” katanya.

Pilih Songket Biru Lembut Di Majlis Sanding, Heliza Pengantin Paling Cantik Dirai Teman Baik

Kirim Doa Pergi Umrah

Mengalih sisi hidupnya kini yang sudah hidup berkeluarga, dia yang mesra dengan panggilan Kakja  menerima mesej pertanyaan Abang Dee (suami) di Instagram (IG) mengenai bantuan kemanusiaan yang ingin disalurkan.

IKLAN

“Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya. Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga.

“Momen itu berlalu sepintas lalu tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing masing meneruskan kehidupan macam biasa. Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah. Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.

Selain itu:  Guna Pegaga Dan Nasi Kisar, Kulit Jadi Cantik Semula Jadi

“Saya jenis yang akan  kirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan,” katanya.

Pilih Songket Biru Lembut Di Majlis Sanding, Heliza Pengantin Paling Cantik Dirai Teman Baik

 

Ungkap Heliza lagi, salah satu doa yang dikirimkan kepada Abang Dee  termasuklah perihal jodoh.

“Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami .

“Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul,” katanya.

IKLAN

Ditanya mengenai Abang Dee yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar mengungkapkan gambaran itu dengan kata kata.

Pilih Songket Biru Lembut Di Majlis Sanding, Heliza Pengantin Paling Cantik Dirai Teman Baik

Doakan Hingga Ke Jannah

“Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat.

“Dia… Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah. Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah,” katanya.

Sementara itu, Abang Dee secara jujur menggambarkan jodohnya dengan isteri seperti sebuah perjalanan mencari permaisuri hati yang boleh hidup bersama selamanya.

“Moga ikatan ini terus berada dalam sakinah, mawaddah, rahmat dan sampai jannah. Jodoh saya akhirnya tertulis di usia 38 tahun. Sampai berjanggut panjang saya tunggu jodoh ini.

“Ia satu penantian panjang yang terjawab  dan berbaloi apabila berjodoh dengannya. Kesudahan dan nikmat ini cukup menggembirakan hati dan disyukuri.

“Allah bagi jodoh sepertinya… Masya-Allah, Alhamdulilah dan cukup lengkap serta sempurna segala segi. Pandang dia rasa sejuk hati,” katanya yang cukup tebal dengan loghat Utara.

Pilih Songket Biru Lembut Di Majlis Sanding, Heliza Pengantin Paling Cantik Dirai Teman Baik

Artikel Berkaitan:

Cantiknya ‘Dream Girl’ Heliza Helmi Di Majlis Kahwin. Penampilan Simple & Santun Dapat Pujian Ramai!

Tak Perlu Berlapar, Ini 8 Makanan Bantu Jadi Kurus Cara Lebih Sihat & Selamat

Tak Selesa Dengan Masalah Bau Badan. Gadis Kongsi Produk Sesuai Atasinya, Cari Je Di Drugstore!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI