Sempena Syawal nanti pasti kita sudan merancang untuk pergi beraya ke rumah sanak saudara setelah dua tahun tidak berpeluang berbuat demikian.

Ketika beraya ini kita tidak akan terasa kaki sakit atau sebagainya tetapi bila malam pasti bahagian kaki akan terasa lenguh.

Usah risau untuk menghilangkan sakit kaki ini. Tak perlu urut sebalikya boleh gunakan petua ini dengan hanya menggunakan air rendaman bahan dapur saja.

Artikel Lain: Obesiti Hingga Lutut Sakit & Gastrik Melampau. Wanita Tekad Buat Bariatrik Kurangkan Berat Badan!!

Ikuti perkongsian Ruviantie Roslan yang memberitahu petua ini perlu dibuat tiga kali barulah rasa lenguh itu hilang.

PETUA MUJARAB HILANGKAN SAKIT KAKI

Masa memula Mak bagitau petua ni, KakVee tak berapa nak buat sangat. Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran rm45-rm60 untuk sejam. Tu pun lepas urut tak hilang gak sakit kaki.

Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit tu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat jer kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.

Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila bila masa.

Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul betul berkesan. KakVee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh lenguh terus hilang. Jadi ringan jer kaki nak melangkah. Tu yang KakVee nak share petua ni sebab betul betul menjadi.

Bahan bahan yang diperlukan:

IKLAN

Garam

Halba

Serai

Halia

Lengkuas

Daun limau purut

Daun Pandan

IKLAN

(Tambahan kalau ada, daun mengkudu, cekur daun sireh) – ekceli boleh letak daun apa saja yang ada khasiat.

Cara penyediaan:

– Hiris atau ketuk bahan bahan diatas.

– Kemudian rebus sehingga mendidih.

IKLAN

Cara penggunaan:

– Ambil air rebusan (termasuk bahan bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air tu sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.

*masa rendaman tu akan terasa seolah olah kaki kita disedut sedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa.

#PS ini hanyalah penyediaan traditional, sekiranya sakit kaki tu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan Doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.

#SILAKANSHARE supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama sama. Nak cara jimat bolehlah cuba. Nak mudah g spa urut kat sana

#PetuaKakvee.

Kredit: Ruviantie Roslan