Pernah Simpan Rambut Cantik Panjang Mengurai, Ramlah Ram Terpaksa Potong Sebab Susah Nak Jaga. Setiap kali mendengar suara merdu penyanyi ini pasti terbayang saat dia mempersembahkankan lagunya Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu dalam satu anugerah muzik berprestij.

Ramlah Ram, 57 tahun yang berasal dari Johor ketika membawakan lagu itu dengan penampilan yang sangat menarik dengan rambut pendek paras bahu.

Artikel Lain: Bersungguh Lepas Geram Pada ‘Punching Bag’. Shila Amzah Enjoy Pilih Muaythai Urus Tekanan!

Siapa sangka sebelum rambutnya dipotong pendek, Ramlah juga pernah mempunyai rambut panjang mengurai yang cantik.

Pernah Simpan Rambut Cantik Panjang Mengurai

Walaupun kini berhijab sepeuhnya, namun bagi Ramlah Ram dia juga mempunyai kenangan tersendiri ketika berambut panjang.

Menurutnya dia memang sangat sayangkan rambutnya itu tetapi perlu memotongnya bagi memudahkan persiapan membuat sebarang persembahan.

Berkata kepada Mstar, oleh kerana sayang rambut yang sudah dipotong, Rambah telah menyimpannya dalam kotak.

Tambahnya sewaktu awal kemunculan sebagai penyanyi kira-kira tiga dekad yang lalu, mereka tidak mempunyai jurumekap dan perlu bersiap sendiri sebelum menghadiri acara atau program hiburan.

“Dulu mana kita ada mekap artis, jadi semua kena belajar mekap dan bersiap sendiri.

“Rambut saya pula panjang paras pinggang, disebabkan terlalu lama mengambil masa untuk bersiap, saya mengambil keputusan untuk memotong rambut pendek,” katanya yang kemudian membawa balik kotak kasut yang menyimpan rambutnya itu pulang ke kampung.

IKLAN

Namun lain pula rambut yang disimpan dalam kotak itu apabila ada cerita lucu di sebaliknya.

Artikel Lain: Dah 43 Tahun Tapi Macam 30an. Minum 2 Liter Air Kosong Sehari, Rahsia Awet Muda Sarimah Ibrahim!

Selain itu:  Pilih Bersenam & Jaga Makan Sebagai Gaya Hidup, Wanita Berjaya Kurus Tanpa Guna Produk

“Saya mintak kakak untuk menjaga keratan rambut tersebut, namun lain pula ceritanya apabila tidak lama kemudian kakak memberitahu kotak simpanan rambut itu telah dilarikan tikus,” jelasnya yang juga terkenang di mana Allahyarham Datuk Sudirman Arshad juga pernah meminta untuk dia agar tidak memotong rambut.

Ramlah Ram Terpaksa Potong Sebab Susah Nak Jaga

Ketika itu dia yang menyertai sebuah program di RTM didampingi Sudirman yang memberikan kata-kata semangat termasuk memuji kecantikan rambut panjangnya itu.

Sudirman memberitahu dirinya ada kesitimewaan kerana mempunyai rambut yang panjang.

IKLAN

Tip Menjaga Rambut Panjang

1. Jangan Basuh Rambut Setiap Hari

Rambut yang dibasuh setiap hari akan hilang minyak dan akan menjadi kering. Dalam seminggu tu basuh 2-3 kali sahaja, elakkan berlebihan. Tapi kalau kepala gatal, ia biasanya disebabkan oleh peluh di kulit kepala.

2. Jangan Lap Rambut Dengan Kasar

Ramai yang diantara kita suka lap rambut. Elakkan, elakkan tonyoh rambut guna tuala selepas mandi. Habis rambut kusut. kemudian disikat. Cara ini salah, kalau boleh lepas shampoo tu, atau rambut masih basah, pastikan lap secara berhati-hati. Tarik dari hujung kepala sampai kebawah. Elakkan ditonyoh dengan kuat.

3. Guna Minyak Atau Krim

IKLAN

Selalulah guna krim rambut. Atau serum rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Rambut akan lebih sihat, bersinar dan lebih wangi dari biasa.
Dan yang paling penting, rambut tidak lagi kering!

4. Potong Rambut

Jangan sayangkan rambut panjang sampai tidak mahu digunting. Kadang kadang bahagian rambut yang cabang tu kena potong. Kalau anda perasan, rambut lepas potong akan jadi lebih lebat.

Selain itu:  Risau Kulit Kendur dan Kusam, Kena Lah Berkawan Baik Dengan Kolagen

5. Selalu Sikat Rambut

Rambut yang panjang perlu sentiasa disikat untuk mengelakkan rambut kusut masai. Jika tidak, rambut akan mudah tersangkut dan akan menyakitkan kulit kepala. Jadi, rajinkanlah diri sikat rambut tu.

6. Jangan Kerap Ikat Rambut

Rambut perlu diberi masa untuk bernafas. Elakkan sanggul rambut dalam tempoh yang lama. Kadang kadang lepaskan rambut anda bebas bernafas.

7. Elak cuci rambut dengan air panas
Perbuatan mencuci rambut dengan air panas hanya akan menyebabkan tekstur rambut menjadi lebih kasar, kering dan menggerbang. Sebaiknya, guna air bersuhu sederhana atau sejuk untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

8. Dandan Rambut Sebelum Tidur
Rambut menggerbang adalah situasi biasa selepas bangun tidur, bukan? Mungkin serum atau tonik sahaja tidak mencukupi untuk persediaan rambut sebelum masuk tidur. Jadi, anda boleh lakukan dandan dan tocang rambut secara longgar (tocang lipan) agar ia sentiasa rapi.

Pernah Simpan Rambut Cantik Panjang Mengurai, Ramlah Ram Terpaksa Potong Sebab Susah Nak Jaga
Sekadar hiasan.

Artikel Lain: Bersungguh Lepas Geram Pada ‘Punching Bag’. Shila Amzah Enjoy Pilih Muaythai Urus Tekanan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI