Bergelar ibu adalah saat paling bermakna bagi seorang wanita. Namun begitu, perkara paling sukar adalah mengembalikan bentuk badan kepada saiz asal.

Bagi pelakon Tasha Shila mengakui dia sangat menitik beratkan soal penjagaan kecantikan dan kesihatan sebaik selepas melahirkan anak pertamanya.

Menurut isteri kupada Muhammad Atiq Idris ini dia sangat menjaga penampilan sebelum dan selepas berkahwin.

Justeru dia sangat mementingkan penjagaan pantang selama 100 hari dalam mendapatkan hasil lebih berkesan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

“Saya juga fokus kepada penjagaan kesihatan dengan berpantang selama 100 hari bagi mendapatkan rehat dan nutrien dari makanan pantang yang berkhasiat.

“Berpantang sangat penting dari segi fizikal dan mental. Proses mengandung dan melahirkan sangat mencabar serta memberi kesan kepada badan ibu.

“Dengan proses berpantang yang cukup, badan ibu akan pulih untuk jangka masa panjang. Mungkin kesannya tidak nampak sekarang tapi kelebihannya long-term.

IKLAN

“Akhir sekali pentingnya emosi ibu yang baru bersalin,” katanya yang turut membuat persiapan dengan menyertai kelas online sebelum bergelar ibu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Berkongsi cerita pengalaman ketika hamil, Tasha Shila berkata dia banyak melakukan senaman pilates dan berjalan kaki.

“Berdepan momen cemas, bila doktor nasihat untuk kira berapa tendangan bayi dalam perut setiap jam, ada kala bayi tak tendang saya mula rasa bimbang tapi syukur kerana ia masih dalam keadaan normal.

“Antara teknik-teknik yang digunakan ialah makan manisan atau minum air sejuk, bercakap dengan bayi dan doa yang baik-baik saja.

IKLAN

“Tip sihat dan cantik saya ialah mendapat rehat dan tidur yang cukup. Tak kira usia, rehat yang cukup sangat penting bagi bekalan tenaga sepanjang hari.

Selain itu:  Pastikan Pelitup Muka Bukan Perubatan Dapat Perakuan Sirim, Lebih Selamat Digunakan

“Dari segi dalaman, petua saya ialah tak minum minuman berais, banyak minum air mineral dan amal diet seimbang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

“Manakala dari segi luaran, saya kerap menggunakan lotion moisturizer dan produk penjagaan kulit. Paling penting, sentiasa mulakan dari hati iaitu sentiasa tenang, gembira dan bersyukur atas segala nikmat Allah,” katanya yang mengakui  memang rindu nak berlakon.   

Tasha Shilla bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 dalam satu majlis sederhana di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

IKLAN

Dengan sekali lafaz pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Sumber: Majalah Nona

Artikel Berkaitan:

Lepas Habis Pantang Perut Nampak ‘Flat’. Scha Alyahya Dedah Rahsianya Amal Menyusu Badan!

Gugur Anak Ketiga, Ini Yang Syatilla Melvin Kena Buat Supaya Badan Cepat Sembuh & Bertenaga

Pantang 100 Hari, Rahsia Siti Nurhaliza Kembali Langsing & Hilang 20 KG Lepas Lahirkan Anak Kedua

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI