Siapa tidak mengenali penyanyi Asmidar atau nama penuhnya Norhasmidar Ahmad yang pernah muncul sebagai peserta dalam program realiti Mentor.
Kini, Asmidar masih lagi aktif dalam dunia seni dan dalam masa sama dia juga turut sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).
Walaupun sibuk dengan tugasan harian dan menyedari usia sudah semakin bertambah, Asmidar yang kini berusia 35 tahun mengakui dia kini lebih prihatin dalam soal penjagaan diri.
Senang Naik Berat Badan
Malah dalam temubual bersama Sinar Plus, Asmidar turut mengakui dirinya jenis senang untuk naik berat badan dan perlu mengawal jumlah pengambilan makanan.
“Saya ini jenis yang mudah naik berat badan. Disebabkan itu saya perlu mengawal jumlah pengambilan makanan.
“Jika ambil sahaja semua makanan, maknanya saya akan menjadi bola (ketawa). Paling penting kita mengenali diri sendiri dan mengetahui makanan apa yang boleh diambil atau tidak.
Ads
“Saya cuba kurangkan mengambil sebarang makanan yang boleh meningkatkan berat badan seperti nasi dan makanan manis. Tidak salah jika ingin mengambilnya, tetapi perlu berpada-pada seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, suku, suku, separuh.
“Selain itu, saya perbanyakkan pengambilan sayur hijau dan buah-buahan. Saya juga gantikan buah dan kekacang sebagai hidangan kudapan,” ujarnya yang gemar buat beberapa aktiviti senaman bagi memastikan berat dan bentuk badan ideal.
Suka Aktiviti Lasak & Buat Rawatan Kecantikan
“Saya suka berjoging, loncatan tali skip dan senaman kawalan berat badan. Saya hanya lakukannya di rumah. Caranya dengan mengikuti arahan video senaman di YouTube.
Ads
“Boleh dikatakan saya tidak ke gimnasum untuk melakukan senaman kerana segalanya slesa dibuat di rumah saja. Secara ringkasnya, itu yang saya lakukan,” tambahnya mengakui dia juga sangat suka pergi ke pusat rawatan kecantikan sama ada untuk wajah atau urutan badan.
“Sejujurnya saya sangat suka pergi ke pusat rawatan kecantikan. Tidak mengira sama ada untuk wajah atau urutan badan, saya tetap akan berusaha untuk meluangkan masa. Dalam tempoh sebulan atau dua minggu saya pasti akan pergi berurut dan membuat rawatan wajah.
“Memandangkan usia yang semakin bertambah, badan mula menjadi mudah letih dan kulit wajah juga lebih sensitif.
Ads
“Disebabkan kerap melihat telefon, skrin komputer dan kurang tidur, ia menyebabkan lingkaran hitam bawah mata mudah terjadi. Disebabkan itu, saya akan memastikan waktu untuk mendapatkan rawatan kecantikan.
“Saya antara penggemar produk kecantikan tradisional dan akan membuat bedak sejuk sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi seperti beras. Saya juga akan merebus halia untuk dijadikan air minuman bagi membuang angin secara semula jadi.
“Oleh kerana menghidap gastrik, jika lewat makan dan disebabkan itu saya akan minum air rebusan halia sahaja sebagai alternatif buang angin.
“Sesekali saya akan minum jus kunyit bagi menjaga kecantikan dalaman juga,” katanya yang tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatannya. Menurut Asmidar lagi masanya kini masa banyak difokuskan sebagai tenaga pengaja di Aswara dari hari Isnin hingga Jumaat.
Selalu kan dengar orang jual produk tu cakap camni? Boleh pakai ke kenyataan2 camtu? Jom saya cerita
Produk Ubat2, suplemen , dan ubat tradisional yang dijual di pasaran Malaysia mesti diuji oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk2 ini, melalui skim pendaftaran dan perlesenan. Barulah pengguna dapat menggunakan produk2 yang berkualiti dan yang penting, SELAMAT.
Ia akan menjadi isu apabila company ni daftar produk dia sebagai suplemen vitamin/herba SAHAJA. TETAPI selepas sahaja mendapat kelulusan NPRA untuk vitamin/herba, BOOM dia repackage kotak suplemen tu dan tukar terus CLAIM jadi ubat penyembuh rabun, kencing manis, dan strok. 3in1 macam instant coffee, bro. Amazing!
Sebab tu ada kes seller tu jual ‘ubat’ super yang kononnya boleh menyembuh banyak penyakit dan pada masa yang sama, dia dah didaftar/lulus KKM.
Satu lagi, kalau dengar/baca iklan ubat kata boleh menyembuh penyakit etc, sah-sah tu TIPU guys. Sebab ada 20 JENIS PENYAKIT yang tak boleh diiklankan. Swipe kiri juga untuk tengok penyakit-penyakit tersebut. Kalau dia ada iklan salah satu daripada 20 penyakit tu, itu tak benar.
Setiap produk berdaftar ada nombor pendaftaran MAL. Inilah IC kepada produk tersebut. Kita boleh check produk tu di website NPRA dengan menggunakan nombor MAL ini. Maklumat kandungan aktif produk,pengeluar etc boleh kita stalk di situ.
Produk berdaftar juga ada Pelekat Hologram Meditag sendiri.Swipe left kalau nak tahu cara membaca nombor MAL n tengok rupa Meditag tu.
So, kalau penjual promote ubat was2 tu , tanyala dia ada no MAL tak.Tengok ada Meditag tak. Check dulu kat website NPRA.Kalau takde no MAL, bye bye la. N kalau dia claim melampau , takyahla beli. Check senarai 20 penyakit yang saya terangkan tadi.
Untuk yang ada mak ayah tu, selalu ke rumah diorang. Pergi ke dapur dan check sikit ubat/suplemen apa diorang ambil. Saya dan adik2 selalu buat. Memang ada kadang2 produk was2 ni.
Ok semua.Semoga tak diperdaya scammer lagi. Beli jelah ubat kat farmasi. InsyaAllah selamat.
Skipping Rope Dah Ada Tapi Pandai Lompat Tak Tu? Nah, Baca! Pedas atau tidak, anda kena terima hakikat soalan ini. Kalau asyik simpan saja skipping rope, memang tak berbaloi beli.
Nak-nak anda yang sudah berazam nak buang lemak, apa kata anda cuba betulkan cara untuk dapatkan kepuasan. Sebab kalau silap gaya, anda cepat penat. Hilang minat nak melompat berterusan, serius!
Cara Guna Skipping Rope
Ini perkongsian daripada @nAiskin_ tentang menggunakan skipping rope dengan betul, jom kita betulkan untuk turunkan berat.
Menerusi ciapannya, “Tak apa awal-awal memang asyik berbelit tali dekat kaki sampai rasa give up dah tapi kalau kita praktis tiap hari, paling ‘busuk’ pun sebulan lah berbelit kaki. Masuk bulan kedua dah ‘pro’.”
Kita nak kongsi tips sikit untuk beginner.
1. Cuba melompat sampai 1-5 minit utk setiap sesi. Dah penat stop kejap lepas tu sambung balik (sampai yang terdaya nak lompat untuk hari itu)
Reti lompat tak tuuuu?
Bolehlah sikit-sikit. Takpe awal-awal mmg asik berbelit tali dkt kaki sampai rasa give up dah tp kalau kita praktis tiap hari paling ‘busuk’ pun sebulan lah berbelit kaki. Masuk bln kedua dah ‘pro’ 😋
— Let’s Cantik Together!❤️ (@nAiskin_) June 17, 2020
2. Untuk elak bosan, cuba lompat dengan macam-macam gaya (boleh refer video atas) contoh: 1 minit basic jump,1 minit front back jump, 1 minit one leg jump.
3. Pakai stokin dan kasut supaya kaki selesa nak pijak dan untuk elak kecederaan pergelangan kaki.
4. Pandang depan supaya lebih focus dan yakin.
5. Landing guna kaki depan (menjinjit) bukan guna seluruh tapak kaki atau tumit.
6. Elakkan melompat terlalu tinggi (nanti penat lebih dan takut tersalah landing guna tumit sakit)
Okay cukup ni saja dulu tips, nanti kalau free kita sambung lagi.
Siapa yang dah ada skipping rope, jangan malas lompat ya.
Jangan sayang sangat lemak tu, kata nak slim! Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dianugerahkan pakej lengkap iaitu cantik dan bijak, pengacara serba boleh Hawa Rizwana Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman wanita muda yang sering menjadi inspirasi.
Kelibatnya di kaca televisyen dengan petah berbicara menjadikan gadis berusia 28 tahun ini menjadi ikutan kaum Hawa.
Nampak aktif berbasikal, memang patutlah orangnya berkulit bersih dan kecil molek tubuh badannya.
Rahsia Cantik Hawa Rizwana
Berkongsi tentang rahsia cantik, Hawa Rizwana juga ada mengamalkan petua lama yang dia dapat daripada ibunya iaitu dengan mengamalkan minum air halia suam.
“Kalau boleh, amalkan setiap hari untuk kecantikan tubuh badan,” itu reaksi Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, sewaktu ditanya mengenai adakah dia masih mengamalkan petua lama sebagai rutin kecantikan dirinya.
Si cantik ini memberitahu baginya, menjaga kecantikan bukan setakat menitikberatkan bahagian luaran namun ia perlu selari dengan dalaman.
Selain itu, anak kedua daripada tiga adik-beradik ini juga berkongsi dia bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari.
“Kenapa bangun pada pukul 4.00 pagi? Ini kerana untuk mencari semangat pada keheningan fajar memang suatu hal yang sukar dilakukan. Saya ketepikan itu semua demi pendengar radio dan penonton di kaca televisyen.” Kongsinya.
Lebih menarik tentang pengacara Wanita Hari Ini, Hello Doktor dan Meletop ini baharu sahaja menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Komunikasi Massa dan menerima skrol pada Istiadat Konvokesyen UiTM-95.
Berjaya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif 3.78, ternyata Hawa Rizwana salah seorang wanita yang layak digelar Beauty With Brain. Malahan dia berazam untuk menyambung ke peringkat PhD pula.
Memiliki raut wajah persis selebriti tersohor, Neelofa, Hawa juga berpegang kepada prinsip buat sehabis baik dan tidak gemar menunda kerja.
Haaa.. jadi kalau anda mahu tergolong wanita cantik dan bijak pandai, masih belum terlambat untuk ikut cara Hawa Rizwana. Pastikan ada niat mahu berganjak ke depan dan bukan menjadi orang yang gagal di bawah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!