Walaupun sudah hampir setahun berhijab, pelakon Hannah Delisha masih kekal dengan penampilannya yang sangat cantik dan sedap mata memandang.

Berbeza dengan dirinya yang dulu agak terkenal dengan imej sedikit seksi.

Biarpun mempunyai akaun media sosial, isteri kepada Imam Shah ini hanya berkongsi gambar atau posting yang berkaitan saja.

Dan setelah hampir setahun berkahwin, Hannah Delisha atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch juga sangat menjaga penampilannya sebagai isteri orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Namun begitu dia tetap mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen. Malah sejak bergelar isteri penampilan Hannah Delisha dilihat begitu anggun dan mempesona.

Hannah Delisha yang sering tampil cantik dan up-to-date mempunyai falsafah tersendiri dalam bidang fesyen ini.

“Fesyen pada pandangan saya mempunyai dua maksud yang berbeza.

“Pertama, datang dari dalam diri sendiri, yang kedua, terzahir dari alter ego yang akan sering bertukar mengikut peredaran fesyen terkini,” tutur Hannah Delisha.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Namun jauh dari sudut hati gadis kacukan Inggeris-Melayu ini, lebih selesa memilih kesederhanaan.

“Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple. Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai.

“Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up dan menggayakan fesyen haute couture,” tambah pelakon kelahiran Singapura ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

IKLAN

Namun, menurut Hannah memakai baju jenama terkenal tidak akan bermakna jika kecantikan luaran dan dalaman tidak dijaga dengan sempurna.

“Secara peribadi, saya utamakan rehat dan tidur yang cukup untuk kelihatan cantik. Tidak cukup jika kita menggayakan busana haute couture tetapi wajah nampak letih dan tidak bermaya sekali gus hilang seri tatkala menggayakan busana elegan seperti itu,” katanya lagi yang turut memasang impian akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Justeru apabia bercerita tentang idola dalam perniagaan dia menyebut nama Neelofa yang dianggap sangat berjaya.

“Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka.

IKLAN

“Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofadia. In Shaa Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Kredit Foto: Hannah Delisha

Artikel Berkaitan:

Dipuji Makin Berseri Lepas Kahwin, Ini Rupanya Rahsia Hannah Delisha Tetap Cantik Walau Tanpa Solekan

Nak Hasil Solekan Jadi Wow, Elak Lakukan 10 Kesalahan Ini Waktu Mekap

Fasha Sandha Tak Lokek Kongsi Tutorial Solekan Ringkas 5 Minit. Hasilnya Memang Wow!