
Ramai yang beranggapan jika muka berjerawat tidak digalakkan untuk memakai mekap kerana bimbang wajah menjadi lebih teruk disebabkan kandungan bahan kimia kosmetik.
Namun sebenarnya bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat boleh mengenakan mekap untuk menaikkan keyakinan diri.
Perkongsian Pakar Kulit, Dr Syazween di laman twitter memberitahu tip untuk mengatasi masalah ini.
Pertama pilih mekap dengan betul, cari yang tulis oil-free
Cuci muka dua kali sehari dengan pencuci yang lembut. Guna air suam-suam kuku
Elakkan pakai mekap seharian berpanjangan
Paling penting buang mekap sebelum tidur, gunakan makeup remover
Elakkan juga pakai mekap tebal, yang ringan-ringan sudah memadai
Jangan lupa cuci berus mekap setiap minggu, cuci lebih kerap kalau kotor
Lagi satu jangan share berus mekap dengan orang lain
Kalau ada jerawat, jangan cover dengan mekap. Terus saja berjumpa doktor
Kalau boleh biarkan saja wajah tanpa mekap jika masalah jerawat jadi teruk
Artikel Lain: Konsisten Setiap Hari Joging 4KM, Rahsia Lelaki Ini Kurus Dalam Masa 6 Bulan
Khasiat Air Rebusan Barli, Boleh Atasi Masalah Kencing Kotor & Tak Lawas

Saiz bijiran ini memang kecil tetapi ia sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan, terutama untuk mereka yang ada masalah kencing kotor atau tidak lawas.
Inilah keistimewaan barli yang mana perlu direbus untuk diminum airnya sama ada ketika sejuk atas panas.
Selain itu air rebusan barli ini juga dapat menyejukkan badan terutama bagi mereka yang mengalami demam panas.
Sebenarnya bijirin barli juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Untuk yang mahukan cara lebih jimat, selamat & mudah boleh cuba buat sendiri air Barli home made seperti yang dikongsikan oleh Puan Azrina Ien ini.
Homemade Air Rebusan Barli Untuk Atasi Kencing Kotor
Semalam ada yang share buat air barli. Hari ni saya try buat panas-panas, ni rasa segar je dapat air barli homemade.Air ni juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-Bahan:
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
Cara Membuat:
1. Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran.
2. Cuci bersih barli dan masukkan ke dalam periuk.
3. Tambah air dan daun pandan.
4. Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis, gula batu dan buah kundur.
Info Ekstra!
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Dapatkan Barli Segar secara online di sini https://invol.co/clarern
Artikel Lain: Ramai Tak Tahu Rupanya Rebusan Air Daun Durian Belanda, Boleh Bantu Rawat Pelbagai Penyakit Kronik
KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser

Sebagai seorang wanita pastinya kita sangat menjaga penampilan dan kecantikan diri.
Pantang mendengar pelbagai lambakan produk kecantikan menjual item terbaru di pasaran.
Namun kita sebenarnya perlu sentiasa berhati-hati kerana ada antaranya disahkan mengandungi racun.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu dan mengingatkan orang ramai supaya elak membeli beberapa produk kosmetik ini kerana mengandungi racun berjadual.
Ini kerana kesannya boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan antaranya kemerahan pada kulit, berjerawat, kulit jadi nipis dan juga meningkatkan risiko kanser kulit.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil. | Nama Produk | Racun Berjadual Yang Dikesan |
1. | Deeja Cosmetic Yulai Cream | Hydroquinone |
2. | Deeja Cosmetic Laila Cream | Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate |
3. | Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream Pearl Perfect Fairness | Merkuri |
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Produk yang mengandungi hydroquinone dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
- Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
- Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
SUMBER: DG OF HEALTH
Artikel Berkaitan:
Bahaya Pakai Kosmetik Luput Tarikh Boleh Sebabkan Cela Wajah, Ini Caranya Kenal Pasti Expired Date!
Lagi Produk Kosmetik Bahaya Dikesan, Boleh Sebabkan Kerosakan Muka & Buah Pinggang
Pulihkan Wajah Breakout Guna Produk Disyorkan, Hasilnya Kulit Jadi Lebih Cantik & Flawless
Masuk 30-an Ada Jeragat, Amal Kentang Kisar Nampak Dah Pudar

Perempuan kalau dah masuk 30-an, macam-macam akan keluar dari wajahnya. Kalau tak jeragat, mungkin jerawat atau boleh jadi blackhead.
Jadi waktu inilah anda kena ‘pura-pura rajin’, walau hakikatnya nak sapu masker pun malas.
Masuk 30-an Ada Jeragat, Amal Kentang Kisar Nampak Dah Pudar
Untuk selesaikan masalah jeragat, anda boleh guna tips yang dikongsikan oleh Puan Fadzilah Mahmud, hanya dua bahan alami dijadikan masker.
Bahan-bahan:
Kentang
Lemon
Cara buatnya:
1. Bersihkan kentang buang kulitnya dan potong masukkan dalam blender kisar.
2. Tapis airnya dan campurkan dengan air perahan lemon.
3. Dah siap oleskan di muka biarkan kering dan meresap baru bilas air suam.
Pesanan: Kentang diblend seeloknya tiada air atau air sedikit. Best tau, muka jadi sejuk macam salji turun bila buat masker ni. Kena konsisten buat seminggu untuk dapat hasil diingini.