Miliki Bibir Sempurna & Hidung Terletak. Pelakon Jodie Comer Diiktiraf Wajah Paling Cantik Di Dunia. Jika sebelum ini supermodel Bella Hadid dilabel wanita yang mempunyai wajah paling sempurna keseluruhannya.
Namun untuk tahun 2022, pelakon Jodie Comer yang berusia 26 tahun dinobat wanita tercantik di dunia mengalahkan Bella Hadid dan Zendaya.
Jodie dikatakan memiliki 94.52 peratus tepat menerusi Nisbah Emas Kecantikan PHi dengan bibir yang hanya tiga peratus daripada kesempurnaan manakala lebar hidung dianggap paling terletak.
Ads
Aktres kelahiran Liverpool, United Kingdom, berusia 29 tahun itu mendahului senarai berikutan pemetaan daripada pakar bedah kosmetik profesional, meninggalkan Zendaya di tempat kedua dan model, Bella Hadid di tempat ketiga.
Kejelitiaan wajah diukur menerusi formula khas yang dibangunkan oleh saintis iaitu Golden Ratio. Teknik itu bermula sejak zaman purba dan telah digunakan untuk mengukur kesempurnaan fizikal.
Ads
Pelakon Jodie Comer Diiktiraf Wajah Paling Cantik Di Dunia
Ia mengira bentuk muka yang sempurna, termasuk saiz dan kedudukan bibir, hidung, dagu dan garis rahang.
Ads
The Sun mendedahkan Comer memiliki ciri paling hampir sepadan dengan nisbah ideal.
Senarai sepuluh teratas telah disusun oleh pakar bedah klinik Harley Street, Dr Julian De Silva, yang menggunakan pemetaan muka digital.
Tak susah sebenarnya bagi seorang wanita itu untuk kekal awet muda. Apa yang penting kena rajin menjaga kecantikan wajah.
Menerusi laman sosial Facebook Public Health Malaysia memberi tip penjagaan wajah supaya awet muda secara semula jadi tanpa menggunakan produk kecantikan terlarang.
Antaranya tip diberikan adalah menggunakan sunscreen SPF30 dan ke atas.
2. Gunakan pelembap muka non comedogenic
3. Kena rajin cuci muka sebelum tidur
4. Cukup minum supaya badan tidak hydrate
5. Sewaktu mencuci muka usap dengan lembut dan jangan gosok.
6. Amalkan juga pengambilan makan sayuran dan jangan asingkan sayuran kerana memang rugi hilang khasiatnya nanti.
7. Juga amalkan pengambilan green tea, delima, buah berry sebagai aktioksidan.
8. Perlu cukup tidur untuk menjaga kecantikan (beauty sleep).
Ada juga yang menambah perlu lakukan senaman untuk kekal berkulit cantik dan body fit. Cukuplah lakukan 4 hingga 5 kali seminggu.
Apabila semua makan sedap terhidang di atas meja menyebabkan selera makin sukar untuk ditahan-tahan. Namun begitu, boleh atau tidak kita mencampurkan makanan laut dan darat.
Ada yang memberitahu, jika mencampurkan akan menyebabkan toksik yang boleh memudharatka kesihatan.
Jika betul, apa hidangan terbaik boleh kita ambil setiap hari dalam pyramid pemakanan. Perkongsian Dr Fatimah Salim menjelaskan perkara ini bagi mengelak kekeliruan.
Ramai yang keliru dengan amalan tidak mencampur masak dan makan makanan berprotein daripada laut (ikan, udang, ketam) dan darat (ayam, kambing, lembu.,) kerana dipercayai akan berlaku tindak balas kimia yang akan menyebabkan makanan menjadi toksik lalu memudaratkan kesihatan.
Ketahuilah, ianya TIDAK benar! Kimia tidak menyokong kenyataan ini.
Sebenarnya makanan berprotein laut dan darat jarang dicampur masak bersama disebabkan oleh struktur protein yang berlainan. Ikatan kimia struktur protein makanan laut lebih longgar maka lebih cepat empuk apabila dimasak.
Manakala ikatan kimia dalam struktur protein makanan darat pula lebih teguh terutamanya daging maka secara perbandingan proses memasak akan menjadi lebih lama.
Ingat, proses memasak bertujuan melonggarkan ikatan kimia dalam protein agar mudah dipisahkan kepada molekul-molekul kecil dalam sistem penghadaman, lalu memudahkan proses penyerapannya ke dalam badan.
Jadi jika difikir logik, larangan tidak mencampur makan makanan laut dan darat adalah lebih kepada kelainan tekstur protein yang mana memerlukan proses memasak dan daya kunyahan yang berlainan.
Tekstur keras daging yang belum masak sepenuhnya jika tidak dikunyah sebaiknya akan mengganggu proses penghadaman terutamanya jika diambil dengan kuantiti banyak.
Makanan yang tidak dihadam ini sama ada terperap dalam bahagian perut atau ditolak ke usus besar menjadi habuan bakteria. Perapan yang lama dalam perut boleh menyebabkan sendawa berlebihan, ulser, pedih ulu hati, sakit tekak dan batuk disebabkan kandungan asid hidroklorik perut meruap ke saluran oesophagus.
Aktiviti bakteria melalui proses fermentasi pula akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti hidrogen dan metana yang banyak. Gas-gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’.
Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing).
Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan. Ada yang krem otot abdomen, ada yang sejuk badan dan berpeluh, ada yang muntah, ada yang pitam.
Maka, untuk masakan campur sebegini, mungkin cara dan proses memasak perlu diolah sedikit agar kedua jenis protein ini lebih serasi. Contoh masak bagi empuk daging dahulu, kemudian baru campurkan dengan ikan atau udang.
Atau boleh juga daging yang liat diperap terlebih dahulu untuk melemahkan ikatan kimia antara molekul-molekul proteinnya. Selain itu, sesetengah individu kurang menggemari tekstur dan rasa kedua kumpulan makanan sumber protein ini apabila dicampur masak. Dan pilihan adalah bergantung kepada citarasa masing-masing.
Ada juga yang mengaitkan dengan amalan Nabi saw. Namun tiada ayat Al-Quran atau hadith Sahih yang melarang mencampur makan makanan laut dan darat. Boleh baca penerangan Mufti Wilayah di pautan ini https://muftiwp.gov.my/…/2287-irsyad-al-hadith-siri-ke…
Sebenarnya amalan tidak mencampur makanan laut dan darat adalah tergolong dalam Kahsut iaitu hukum hakam pemakanan kaum Yahudi (Jewish dietary laws). Boleh baca penerangan lebih terperinci di pautan ini untuk lebih jelas https://www.myjewishlearning.com/…/ask-the-expert…/amp/
Tidak Cetus Bahan Kimis Berbahaya
KESIMPULANnya mencampur makan makanan laut dan darat tidak akan mencetuskan tindak balas kimia berbahaya atau toksik dalam badan. Makanlah apa yang anda suka, yang penting halal dan baik.
Pastikan memasak dan mengunyah dengan betul terutamanya apabila mengambil bersama ikan dan daging yang lebih liat seperti daging lembu. Ini untuk membantu memudahkan proses penghadaman.
Nota: Bagi anda yang tidak gemar untuk mencampur makan, terpulang kepada selera, kemampuan dan kehendak masing-masing. Namun usah dikaitkan dengan tindak balas kimia penghasilan toksin atau amalan Nabi saw.
Salah satu jenis kulit wajah yang sering mendatangkan masalah seperti jerawat adalah jenis kulit berminyak.
Antara faktor kulit berminyak adalah daripada jenis pemakanan yang kita ambil setiap hari tanpa disedari.
Sebenarnya terdapat pelbagai makanan yang dapat memicu penghasilan minyak berlebihan yang sekali gus menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak.
Ayuh, kita lihat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kulit anda berminyak.
Garam adalah salah satu makanan yang memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.
Pengambilan garam berlebihan dapat menyebabkan dehidrasi selain pengekalan air di dalam badan. Ia juga boleh meningkatkan kadar minyak ketika kulit cuba melawan dehidrasi akibat garam.
Sebaik-baiknya, hindari makanan yang tinggi kandungan garam dan sekiranya memasak kurangkan penggunaan garam dalam masakan seperti sup atau menggoreng.
Daging merah mengandungi lemak tepu yang tinggi. Lemak tepu ini dapat meningkatkan keradangan pada kulit dan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan.
Sebagai alternatif gantikan diet anda dengan daging putih seperti ikan dan ayam.
Jika garam mampu membuatkan kulit menjadi berminyak, bagaimana pula dengan gula? Rupa-rupanya gula turut memberi kesan yang sama seperti garam.
Kajian juga menunjukkan makanan dengan kadar gula yang tinggi akan meningkatkan penghasilan IGF-1, iaitu hormon peptida yang merangsang penghasilan minyak berlebihan pada kulit.
Kajian mendapati susu rendah lemak cenderung memicu pertumbuhan jerawat akibat kulit berminyak kerana ia mengandungi IGD-1. Alternatif untuk produk susu yang tidak menyebabkan kulit berminyak adalah susu segar.
Makanan bergoreng tinggi kandungan lemak tepu yang berpotensi menyebabkan keradangan kulit dan akhirnya kulit menjadi berminyak.
Gunakan minyak zaitun untuk memasak yang dapat menghindarkan lebihan minyak pada kulit anda.