Masih mencari cara hilangkan tiny bump di sekitar dahi dan pipi? Kebanyakan orang yang kulit berminyak akan melalui masalah ini, terutama anak remaja.
Cuba tengok cermin kejap! Ada masalah itu tak?
Cara Hilangkan Tiny Bump
Apa yang menjadi punca adalah sebab sunscreen atau pelembap. Pakai waktu siang dan langsung tak cuci. Ini akan jadi masalah.
Jadi jom tengok macam mana nak selesaikan masalah tiny bump dengan berkesan menerusi perkongsian saudari Enalorh ini.
Cara-caranya:
1. Guna sunscreen dan pelembap yang ringan.
2. Double cleansing dengan miceller water dan cleansing oil.
3. Exfoliate ini boleh ambil jenis daily exfoliating toner. Sila ambil bahan Aha iaitu glycolic acid / lactic acid untuk singkirkan sel-sel mati di bahagian atas.
1% glycolic acid – setiap hari
2% lactic acid – setiap hari
Boleh kurangkan penggunaan bila tiny bump dah berkurangan
4. Clay mask bagus untuk bahagian atas kulit.
5. Hydrating toner atau serum. Boleh cuba hydrate dengan toner atau serum sebab kemungkinan pelembap anda tak hydrate sangat. Penting tau pakai toner atau serum, ini bantu lembapkan kulit berganda dan buat kulit sihat glowing.
Lagi satu, kalau pakai produk yang dah serasi, jangan mudah nak tukar. kdang tiny bump juga berkait dengan hormon tak stabil. Jadi kena sabar dan setia dengan produk yang anda rasa selamat untuk kulit wajah. Paling penting, sila konsisten pakai skincare waktu pagi dan malam! Jangan malas walau duduk rumah sahaja.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan cara paling mudah untuk tanggal mekap untuk solat adalah dengan menggunakan tisu basah.
Sekali sapuan saja mekap sudah dibersihkan dan memudahkan untuk urusan cucian wajah.
Namun sebenarnya sikap ini boleh membawa padah kerana menggunakan tisu untuk mencuci wajah boleh cetuskan pelbagai kesan sampingan.
Amalan ini sangat tidak digalakkan kerana tisu basah tidak diformulasikan untuk menghilangan solekan dan mengekalkan kulit wajah yang sihat.
Menurut Dr Astrid Wulan Kusumoastuti, tisu basah biasa berlainan dengan ‘makeup remover’ yang biasanya mengandungi campuran minyak untuk menghilangkan solek dan kalis air.
Tekstur tisu basah juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit jika digunakan terlalu kerap.
Dan inilah antara kesan buruk boleh berlaku pada kulit wajah jika kita menggunakan tisu basah untuk menanggalkan mekap.
1. Kulit Kering
Tisu basah mempunyai beberapa bahan kimia di dalamnya seperti alkohol dan bahan pengawet yang menjadikannya tahan lebih lama.
Dilaporkan oleh Life Health, bahan kimia yang terdapat di tisu basah juga dianggap berkesan untuk menghilangkan bakteria, kulat dan kuman lain.
Inilah yang menjadikan tisu basah kering dan kasar. Oleh itu, setiap kali menggunakan tisu basah untuk membersihkan wajah, cuci muka segera dengan sabun dan air.
2. Menjadikan Produk Penjagaan Kulit Muka Tidak Berkesan
Tisu basah mengandungi banyak bahan kimia yang dapat menghilangkan kesan produk penjagaan kulit.
Oleh itu, seseorang harus mengelakkan penggunaan tisu basah pada wajah semasa menggunakan produk penjagaan kulit.
3. Muncul Garis Halus
Satu lagi bahaya tisu basah untuk wajah adalah risiko mewujudkan garis halus pada wajah. Ini disebabkan oleh tekanan berlebihan yang muncul ketika menggunakannya.
Sekiranya digunakan secara berkala dan berulang kali, garis-garis halus di wajah akan muncul, terutama di kawasan mata. Selain daripada garis halus, keanjalan wajah juga berkurang, menjadikan kulit tampak kendur.
4. Kerengsaan Kulit
Sebilangan bahan kimia pada tisu basah juga boleh menyebabkan kerengsaan, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Biasanya, kerengsaan akan dirasai dengan kemerahan yang muncul dan rasa kulit terbakar pada beberapa kawasan di wajah.
Sekiranya kerengsaan kulit berlaku, segera berhenti menggunakan tisu basah dan berjumpa doktor untuk menangani dengan betul.
5. Memudaratkan Kulit Di Sekitar Mata
Mata adalah bahagian yang sensitif. Menyapu wajah dengan tisu basah sebenarnya boleh menjengkelkan mata dan menjadikan kulit di bawah mata jadi lebih kendur. Kesannya, mata kelihatan lebih suram, hitam dan mengantuk.
6. Buruk Untuk Kesihatan Kulit Keseluruhan
Kerana tidak dapat menghilangkan kotoran secara optimum, tisu basah hanya menyebabkan masalah jerawat dan bintik hitam muncul.
Kotoran yang tertinggal dan tidak dibuang dengan baik akan meresap ke kulit dan menyebabkan jerawat dan bintik hitam.
Perkara terbaik adalah terus menggunakan air dan sabun untuk membersihkan wajah, terutamanya jika baru selesai melakukan aktiviti di luar.
Sekiranya anda mahu menggunakan tisu basah untuk wajah, pilihlah yang dirumus khas dan mempunyai bahan penghilang solekan.
Namun selepas itu, terus membersihkan wajah dengan sabun dan air. Pilihlah sabun mengikut jenis kulit.
Pernah habis ribuan ringgit tapi hasilnya teruk. Rupanya Zara Zya serasi guna skrub beras pulut nak cantik. Populariti pelakon ini begitu melonjak naik tatkala melakonkan watak sebagai Aisyah dalam drama rantaian Risik Pada Hati yang ditayangkan sekitar bulan lalu.
Ternyata kecantikan pelakon berusia 36 tahun ini tidak dipertikai. Malah tanpa mengenakan solekan tebal juga Zara Zya tampil cantik dengan gaya tersendiri.
Sebagai seorang selebriti Zara Zya mengakui perlu bijak menjaga kecantikan wajah serta penampilan agar sedap mata memandang setiap kali berada di khalayak.
Dalam satu temubual bersama Nona, Zara Zya tidak lokek berkongsi regim kecantikannya yang hanya menggunakan petua tradisional secara bahan alami saja.
Pernah Habis Ribuan Ringgit
Tidak perlu menjalani rawatan wajah yang mahal, sebaliknya dia memilih cara lebih ringkas, murah dan selamat.
Menurutnya juga petua cantik ini dikongsi oleh ibunyanya sendiri yang mengajar cara menjaga wajah menggunakan buah-buahan dan beras saja.
“Saya hanya amalkan petua yang diajar oleh Mama. Salah satu petua Mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
“Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask. Petua ini bagus untuk jeragat sebab Mama memang ada masalah jeragat yang banyak.
Tapi Hasilnya Teruk
“Macam-macam rawatan Mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat Mama berkurangan. Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut.
“Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi. Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujarnya yang pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan.
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini.
Skrub Beras Pulut Nak Cantik
“Justeru saya beralih gunakan petua diajar oleh Mama dan alhamdulillah sesuai dengan kulit saya. Inilah yang saya amalkan dari dulu hingga kini,” katanya yang terpancar aura kecantikan dari wajahnya yang halus dan mulus.