Ramai mengkagumi kecantikan pelakon Kiah Pekasam, Rozita Che Wan atau Che Ta yang begitu bijak menjaga penampilannya.

Namun bukan hanya Che Ta, adik beradiknya yang lain juga turut kelihatan cantik, anggun dan menawan walaupun masing-masing usia sudah mencecah 40-an.

Terbaru di laman Instagramnya Che Ta ada muat naik video memaparkan majlis ulang tahun perkahwinan ke 13 adiknya, Datin Wira Rohaiza Che Wan dan suami.

Ternyata perkongsian ini turut mendapat perhatian warga maya dan rata-rata memuji kecantikan adik Che Ta, Datin Wira Rohaiza yang tampil persis model.

Jangan tak percaya adik Che Ta ini yang tampil menawan dan langsing ini mempunyai enam orang anak.

Dalam satu temu bual bersama majalah Nona, Datin Wira Rohaiza atau mesra dipanggil Jaja turut berkongsi tip kecantikannnya.

IKLAN

Menurut Jaja dia kurang mengambil makanan manis dan sering mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Jaja juga turut menjadikan ibunya sebagai idola dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman.

“Saya mahu kelihatan cantik dan bertenaga seperti mak. Saya patuh semua pantang larang yang mak ajar ketika berpantang.

“Jadi pemakanan sangat penting ketika berpantang. Saya cuma amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam.

“Di samping itu saya juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu sebab menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun,” ujarnya yang memberitahu walaupun dikurniakan anak ramai tetapi anak-anak tidak banyak kerenah dan juga ditolong oleh pembantu rumahnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rohaiza Che Wan (@jcw_81)

Gemar melihat penampilannya yang sentiasa anggun, Jaja mengakui dia suka untuk kelihatan cantik.

Selain itu:  Amal Diet Suku-Suku Separuh & Rajin Puasa Sunat, Akhirnya Nampak Lebih Muda!

Dia juga tidak terlalu berfesyen tetapi suka kelihatan sentiasa kemas setiap masa. Menurutnya rajin dan usaha untuk kelihatan cantik juga merupakan perkara penting yang harus dijaga.

Melihat status yang dikongsi ini, ramai yang turut teruja melihat kecantikan Jaja dan mengharapkan rumah tangga dibina kekal till jannah.

IKLAN
nkayhuss Alhamdulillah ….semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.
lnurlisa Hepi anniversary… 
anaaanina Moga sampai ke syurga Ameen..
bikeryd Happy Anniversar,y & happiness 4ever
ddamiia Happy anniversary @jcw_81 Datin..till jannah Amiin

 

Kredit Foto: Instagram Che Ta & Jaja

Artikel Berkaitan: Sentiasa Dipuji Cantik Setiap Kali Bangun Tidur. Ini Rupanya Rahsia Kecantikan Che Ta, Lewat Usia 48 Tahun!

Cantik & Kekal Langsing, Che Ta Dedah Rahsianya Amalkan Minum Jus Buahan Buat Sendiri

Lepas 15 Hari Bersalin, Wanita Kena Buang Apendiks & Ovari. Gara-Gara Makan Ikan Haruan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI