
Baik perempuan atau lelaki, tak ramai yang rajin pakai pelembap muka di wajahnya. Jadi ini membawa kepada masalah kulit kering dan kusam. Tabiat kurang rajin pakai skincare ini boleh membawa kepada masalah kulit wajah tua daripada umur sebenar.
Jadi apa kata kalau anda cuba pakai bedak sejuk yang dicampur dengan yogurt.
Nah, lihat dulu apa yang anda perlu buat.
Kalau Tak Nak Pakai Pelembap Muka, Pakai Saja Bedak Sejuk Dan Yogurt Ini
Bahan-Bahannya:
Bedak sejuk
Yogurt

Cara Penyediaan:
Anda kena ada bedak sejuk dan yogurt. Seterusnya, masukkan yogurt ke dalam bedak sejuk tersebut dan gaulkan sehingga sebati.
Kemudian, sapukan pada wajah secara konsisten.

Jom kita tengok kelebihan bedak sejuk ni.
Licin kulit muka.
Kulit lebih segar.
Kurangkan penghasilan minyak di muka
Tanggalkan sel-sel kulit mati.
Sejukkan kulit
Tegangkan kulit muka
Mengecut & hilangkan jerawat
Sejukkan kulit yang terdedah pada cahaya matahari
Hah, yang best petua ini sudah diguna pakai dan hasilnya kulit jadi lembap disebabkan campur yogurt. Malah bedak sejuk yang dibuat daripada tepung beras itu mampu untuk mencerahkan kulit wajah anda. Cuba buat, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
6 Rutin Kecantikan Sebelum Tidur, Nak Kulit Lawa Kena Rajin!

Anda yang rajin pakai set penjagaan wajah sebelum tidur itulah akan bangun dengan wajah glowing.
Namun ramai yang gagal cuci muka waktu nak tidur, apatah lagi nak sapu yang lain. Itu sepatutnya tak berlaku kalau nak kulit bersih tanpa cela.
Rutin Kecantikan Sebelum Tidur

Selain double cleansing, aktiviti rutin penjagaan kulit malam ini mesti digabungkan dengan beberapa langkah yang lain agar dapat mengekalkan kulit wajah yang sihat dan memeliharanya semasa tidur. Sebab malam adalah masa terbaik untuk regenerasi kulit.
Berikut adalah enam rutin penjagaan kulit malam (night skincare routine) yang mudah untuk diikuti untuk membiasakan anda merawat kulit muka sebelum tidur. Ingat, jangan malas!
1. Pembersihan muka berganda
Pembersihan berganda (double cleansing) boleh menjadi pilihan untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat. Langkah-langkahnya:
Bersihkan muka menggunakan kapas dengan milk cleanser, oil cleanser atau micellar water.
Kemudian, bersihkan dengan pencuci kedua yang mengandungi sabun pencuci muka yang sesuai dengan keperluan kulit.
Selain membersihkan kulit, double cleansing juga berguna untuk menghilangkan sel kulit mati yang masih melekat dan juga menerangi kulit kusam.

2. Toner
Selepas membersihkan kulit muka dan memastikan ia kering, anda boleh mula menyapu toner secara perlahan-lahan pada permukaan kulit muka.
Toner bagus untuk merawat masalah liang pori, membersihkan kulit dan sebagai penghidratan. Cara-caranya:
Sapu toner ke permukaan muka menggunakan kapas atau terus dengan tapak tangan.
Elakkan menggosok terlalu kuat dan juga elakkan kawasan sekitar mata.
3. Serum
Penggunaan serum secara kerap dapat membantu membaiki masalah kulit muka seperti parut jerawat, kedutan dan bintik hitam. Ia juga perlu disesuaikan dengan keadaan kulit muka supaya bahan-bahannya berfungsi secara optimum.
Sebelum menggunakan serum, pastikan muka anda telah menggunakan toner sebagai asas penjagaan kulit supaya ia dapat diserap dengan baik.
Titiskan serum ke bahagian muka seperti di pipi, dahi dan dagu.
Ratakan sambil mengurut ringan menggunakan tiga jari iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari kelingking.
Tunggu sehingga ia benar-benar kering!
4. Krim mata (eye cream)
Krim mata wajib digunakan untuk anda yang mempunyai masalah sekitar kawasan mata seperti mata panda, eye bag dan kedutan.
Sapukan krim mata perlahan-lahan pada bahagian bawah mata menggunakan jari manis atau jari kelingking anda.
Disyorkan jari kelingking kerana ia mempunyai otot kecil yang tekanannya lebih ringan sehingga selamat untuk rawatan kawasan mata yang tipis.
Selain krim mata, rawatan dark circle juga boleh menggunakan eye mask yang lebih mudah.

5. Serum bibir (lip serum)
Perhatian tinggi juga perlu diberikan pada rawatan bibir, kerana ia akan mencetuskan bibir kering, merekah bahkan sampai mengelupas dan berdarah.
Bibir kering bukan sahaja menjadikan penampilan kelihatan pucat, tetapi ia juga menjadikan lip gloss atau krim bibir yang dipakai kelihatan merekah dan tidak selesa di bibir.
Gunakan serum bibir atau pelembap bibir dengan kerap.
Sebelum tidur, guna lip care yang boleh memberi nutrisi pada bibir semalaman supaya apabila bangun tidur, bibir anda akan lebih lembap dan merah jambu.
6. Pelembab (moisturizer)
Langkah terakhir ialah menggunakan pelembap pada keseluruhan kulit muka. Pelembap muka dengan bahan yang sesuai dengan keadaan dan jenis kulit, dapat menghidrat, menyihatkan dan menjadikan kulit lebih lembap dan anjal.
Sapu rata pada kulit muka dan leher dengan lembut. Gunakan jumlah pelembap yang betul, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit supaya ia dapat diserap secara optimum oleh kulit.
Jadi cukup itu sahaja dulu buat anda jadikan rutin setiap malam. Orang yang rajin belai kulit akan dapat hasilnya, boleh keluar tanpa mekap sebab rasa yakin!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lagi Produk Kosmetik Racun Berjadual Dikesan KKM, Elak Beli ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’

Lambakan produk kecantikan yang dijual di pasaran secara terbuka menyebabkan ramai rambang mata melihat promosi dilakukan penjual tanpa melihat adakah produk ini selamat atau tidak dibeli.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, orang awam digesa elak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik tersebut telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.

“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya.
Justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik tersebut digesa untuk menghentikan penjualan serta pengedarannya serta-merta, malah ia turut melanggari Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang disabit bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, serta denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Manakala syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan seterusnya.

“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” tambahnya lagi.
Orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Artikel Berkaitan:
KKM Kesan Produk Kosmetik Mengandungi Racun, Sebabkan Kulit Muka Nipis & Risiko Kanser
Lagi Produk Kosmetik Bahaya Dikesan, Boleh Sebabkan Kerosakan Muka & Buah Pinggang
Wanita Senaraikan 13 Barang Rumah Wajib Beli Di Kedai RM2. Murah Tapi Berkesan Bersihkan Kawasan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih Bebas Covid-19, Patutlah Rita Rudaini Setia Dengan Petua Air Rebusan Cengkih

Tular semula nama artis wanita, Rita Rudaini selepas dia berkongsi tentang petua air rebusan yang diamalkan selama dia digelar ‘ratu anti vaksin’.
Ini berkait rapat dengan kes Covid-19 dikatakan melonjak tinggi di negara China dan situasi ini telah menimbulkan kebimbangan kepada seluruh dunia.
Susulan itu, rakyat Malaysia memohon kerajaan untuk menyekat kedatangan pelancong dari China dengan segera.
Disarankan Ambil Dos Penggalak
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula menyaran untuk mendapatkan dos penggalak (booster) buat kali kedua.
Tidak berpuas hati dengan cadangan itu, pelakon Rita Rudaini menempelak KKM untuk tidak hanya bergantung kepada vaksin semata.

“Yang ke berapa ini ya? Maaf sistur tak tahu. Dah mula balik kempen ‘air penawar’ Covid. Habislah sistur diseru malam dua tahun lepas, ratu anti vaksin.
“Zaman sistur berjuang dah tamat, sekarang sistur nak jadi penonton tengok mereka yang dah bertarung untuk tidak divaksin lagi. Selamat tahun baru,” tulisnya.

Rita Rudaini Pilih Amalkan Suplemen
Masing-masing punya pilihan, bagi Rita sendiri, lebih baik lah mengamalkan suplemen atau makanan yang boleh tingkatkan sistem imun untuk kekal sihat.
“Didik orang ramai untuk amalkan suplemen atau pemakanan yang tingkatkan sistem imun. Susah sangat ke? Tak habis dengan cucuk. Itu saja ka korang boleh fikir?”
“Cucuk satu tak jalan juga kemudian nombor dua, kata tak cukup juga. Dah booster pun tak cukup lagi? Ini semua kerja gila!”

Pelakon wanita berumur 46 tahun ini menasihati orang ramai untuk mengamalkan air rebusan cengkih.
Rebus Air Cengkih
Menerusi laman Instagram dia memberikan sedikit pandanganya, “Rebus saja cengkih dan segala mak nenek macam saya ni. Dulu korang gelakkan saya, gelar miss cengkih. Saya baik hati lagi nak bagi petua. Miss cengkih ni alhamdulillah tak pernah lagi demam atau selesema ke covid ke, dalam masa 3 tahun ini. Zero vaksin, cuma guna vaksin ciptaan Allah je. Allah Maha Pelindung, Allah punya kuasa.”
Begitulah ceritanya, Rita Rudaini Mokhtar bersyukur setakat ini dia masih bebas daripada jangkitan Covid-19 tanpa suntikan vaksin.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!


