Begitu terpesona melihat cara wanita ini jaga kulit mukanya, hanya setia pakai bahan alami yang digabungkan untuk waktu siang dan malam. Hasilnya nampak kulit fresh!
Menurut Puan Ika Mat Bakhir, ini antara kelebihan bila pakai bahan alami yang dijadikan pengganti skincare:
Jerawat hilang
Jeragat hilang
Lembapkan kulit
Blackhead hilang
Kulit jadi cerah
1. Kunyit hidup
2. Tomato buah
3. Biji barli
4. Sodium bikarbonate
Cara Hilangkan Jeragat Dan Jerawat
Langkahnya mudah saja, tengah masak pun boleh buat.
1. Goreng biji barli dan sodium bikarbonate tanpa minyak dengan api yang perlahan. Ini nak elakkan barli tersebut daipada hangit.
2. Masuk dalam blender kering dan blend sampai jadi serbuk. Saya suka tak lumat sangat, anda nak lumat pun boleh dan kemudian simpan dalam bekas kedap udara. Tahan berbulan tak basi.
Ads
3. Ini cara nak guna, ambil sedikit dan campur dengan air. Pada anda yang punya masalah whitehead blackhead boleh lah campur sedikit lagi sodium masa nak bancuh tu.
6. Kunyit buang kulit dulu ya dan kemudian hiris sedikit sebelum tonyoh muka.
Pada yang ada masalah jerawat/jeragat sila sental tempat bermasalah tu lama sedikit. Kunyit ini antiseptik dan anti kuman.
Ads
7. Ini lah bahagian paling suka. Sental dan apa jual lah kaedah anda buat asal tomato lunyai di muka.
Tomato ni agen pemutih, jadi parut-parut boleh hilang. Pada yang ada masalah kulit kering kusam, boleh tonyoh sampai tertidur!
Lagi satu tomato tegangkan kulit dan kurangkan kedut di muka.
Ads
8. Ini bahagian akhir, serbuk barli yang dah bancuh dengan sodium tu buat lah skrub.
Anda boleh sental sepuas hati dan terus tepek buat mask satu muka.
Barli ini gunanya sebagai lembabkan kulit selain membantu putihkan kulit. Biar kering, baru basuh dan lap. Boleh ulang semua step ni setiap hari.
Haaa… nampak tak kulit berseri-seri ala pinkish?
Apa yang penting, kulit rasa tegang dan lembut lepas buat. Masalah whitehead dan jerawat pun boleh hilang ya. Tapi pastikan rajin buat lah.
Sungguh, inilah jadi skincare saya selama ini. Petua inilah yang jadi pencuci muka, toner, skrub, krim siang dan malam saya.
Cara ini boleh bebaskan kulit anda dari kimia dan rehatkan muka.
PETUA TAMBAHAN:
Boleh guna bahan-bahan ini asing-asing, maknanya guna je bahan ikut masalah kulit ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aroma harum air bunga mawar ini dipercayai mampu mengatasi stress. Malah bunga mawar atau rose ini juga memberi efek yang menenangkan sehingga menjadi terapi semula jadi untuk meringankan sakit kepala.
Kuasa yang ada dalam bunga mawar diperakui sehingga sering menjadi pilihan pengamal kecantikan dahulu air mawar sebagai sumber utama dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman wanita.
Air mawar berfungsi untuk menyeimbangkan sabun dan pH pada kulit. Air mawar boleh dibeli dan mudah sahaja untuk dibuat sendiri.
Basuh kelopak mawar dengan bersih dan rebus kelopak bunga mawar bersama air menggunakan api kecil. Kemudian suling airnya dan gunakan air sulingan mawar itu.
Manfaat Air Bunga Mawar
1. Melembapkan Kulit
Cuaca panas sering membuatkan kulit mudah dehisrasi dan memberi kesan yang tidak cantik kepada kulit terutama wajah. Bunga ros berupaya melembapkan kulit secara semulajadi dengan kandungan polifenol yang terdapat di dalamnya.
Bukan itu sahaja bunga ros juga mengandungi zat omega 3 dan omega 6 yang berkuasa untuk memperbaiki kerosakan kulit daripada dalam. Bunga ros juga kaya dengan vitamin C yang berfungsi untuk meningkatkan kolagen secara semulajadi dalam tubuh.
Vitamin C ini bukan sahaja membantu menjaga kesihatan kulit sehingga memiliki kulit yang halus dan lembut malah boleh juga menyihatkan organ lain seperti mata. Malah vitamin C ini juga berfungsi sebagai antioksida untuk menghalang radikal bebas pada kulit.
Jika kerap disapu pada kulit wajah boleh menyebabkan kulit tetap anjal dan mengelak daripada kulit cepat berkedut.
2. Atasi Mata Lebam
Mata panda ini terjadi kerana mata yang letih akibat terlalu lama melihat skrin computer, berkerja lewat malam dan berjaga kerana belajar. Mata panda juga boleh terjadi kepada wanita yang meningkat usia kerana daerah kulit dibawah mata semakin menipis.
Bukan suatu penyakit tetapi mereka yang memiliki lingkaran gelap bawah mata ini sering rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat. Malah jika lingkaran gelap bawah mata ini todak hilang akan menyebabkan muncul tanda penuaan seperti kedut dan garis halus di bawah mata.
Jangan risau, air mawar boleh membantu mengatsi masalah mata panda ini dengan mudah. Ambil kapas dan celup dalam air mawar dan tampal di bahagian mata.
Lakukan dengan lebih kerap untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ini dengan segera. Air mawar selain dapat mengatasi mata panda juga memiliki manfaat ajaib lainnya untuk kecantikan.
3. Menghilangkan Jerawat
Jerawat muncul kerana kelenjar di bawah kulit tersumbat akibat kulit mati, minyak dan bacteria. Air bunga mawar memiliki kelebihan yang tidak terduga untuk menghilangkan jerawat.
Air bunga mawar memiliki sifat anti radang yang berguna untuk mencegah iritasi kulit kerana sinar matahari yang berbahaya. Kandungan air dalam bunga mawar dipercayai boleh mempercepatkan penutupan pori-pori sehingga mampu mengurangkan kemerahan pada kulit wajah.
Selain itu, kandungan yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membersihkan wajah dan menghilangkan kotoran dan bekas minyak yang menjadi punca pertumbuhan jerawat. malah kelopak mawar mengandungi sifat antibakteria yang berfungsi mengeringkan jerawat.
Melalui cara yang mudah iaitu mencuci wajah menggunakan air suam yang dicampur dengan air bunga mawar dan bersihkan ke seluruh wajah. Wajah pasti akan kelihatan bersih, segar dan cerah.
4. Mengurangkan Stres
Aroma harum bunga mawar dapat meningkatkan mood lantas memberikan ketenangan dan menghilangkan stress.
Ketika tubuh penat dan mengalami tekanan, tambahkan air mawar di dalam tub mandi dan rendam di dalamnya selama 15 minit. Pasti anda akan rasa nyaman dan timbul ketenangan akibat stress yang melampau.
5. Mencerahkan Bibir
Bibir yang gelap mungkin kerana memakai lipstick yang sudah tamat tempoh atau menghisap rokok. Memiliki bibir yang gelap ini akan membuat wanita hilang percaya diri dan sering menutupnya dengan memakai lipstick.
Air bunga mawar boleh membantu dengan berkesan untuk mengembalikan warna bibir yang asal atau mungkin lebih cantik daripada yang sebelumnya.
Caranya sangat mudah iaitu dengan menitiskan air bunga mawar di atas kapas dan sapu kapas tersebut di atas kulit bibir. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Bagi memerahkan lagi bibir boleh menggunakan khidmat madu.
Hanya dengan menyapu madu di atas bibir dan biarkan seketika selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan kain yang bersih.
6. Sebagai Penyegar
Setelah pulang ke rumah ambil kapas yang telah dicelupkan di dalam air mawar lalu di sapu pada kulit wajah dalam gerakan membulat.
Sapuan dan gerakan ini akan membantu menyingkirkan kotoran yang melakat pada kulit dan juga sisa solekan.
Air bunga mawar ini bukan sahaja membantu kulit lebih sihat dan cantik malah sudah pastu tanpa kesan sampingan yang membahayakan kulit wajah.
7. Mencerahkan Kulit
Air mawar memberikan perlindungan pada kulit serta melembapkan kulit secara semulajadi.
Kandungan vitamin E dan vitamin A yang terdapat dalam air bunga mawar boleh membantu mencerahkan kulit secara semulajadi. Amalkan cara menyapu air bunga mawar pada wajah dengan menggunakan kapas.
Tepuk di seluruh wajah secara merata. Pasti kulit wajah akan lebih segar dan cerah secara semula jadi.
Berkat kesungguhan, wanita ini tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan berat idaman.
Hanya 5 bulan sahaja masa diambil untuk kembali mendapat tubuh badan langsing setelah melakukan diet dengan ilmu yang betul.
Bermula sejak tahun lepas mengamalkan diet setelah mengalami masalah kesihatan seperti gastrik, sakit tumit, mudah penat bila mahu berjalan serta menyukarkan urusan ibadah.
Inilah faktor utama menyebabkan dia tekad untuk mengamalkan cara diet yang betul selain bagi mempertingkatkan keyakinan diri.
5 Bulan Ambil Masa Diet
Bagi Aisyah Sahib perjalanan dietnya tidak mudah disangka. Namun dia sedikitpun tidak ada rasa putus asa malah berazam untuk mendapat berat dikehendaki.
“Saya mengambil masa 5 bulan untuk mendapat berat dihajati. Dulu berat saya sekitar 79kg, tetapi kini sudah hampir separuh lenyap. Berat terkini adalah 54kg dan saya selesa dengan situasi sekarang.
“Cara yang diamalkan hanyalah dengan belajar ilmu diet yang betul melalui Coach terlatih, Coach Izi Vistafit.
“Syukur alhamdulillah saya dapat belajar lmu yang luar biasa ini buat diri saya. Bayangkan hampir belasan tahun hidap obesiti dan inilah saat menggembirakan,” katanya yang mengalami banyak masalah kesihatan apabila badan mengalami kenaikan mendadak.
Tambahnya tanpa ilmu diet yang betul tidak mungkin akan mendapat result diingini.
“Ilmu ini mengajar kita makan apa saja yang disukai tetapi mengikut portion yang betul. Sebenarnya tidak susah nak kurus cara sihat tetapi syaratnya kena ada ilmu.
“Alhamdulillah bila sudah kurus ini, segala masalah kesihatan sudah hilang. Malah saya boleh bergerak ke sana ke mari lebih laju lagi,” ujarnya yang mengakui pada mula diet tidak yakin boleh kurus.
“Mula-mula saya tak yakin, saya beri alasan saya suri rumah, kerja menjahit tak boleh diet. Susah tak boleh senaman.
“Saya juga beri alasan tak banyak duit nak masak menu diet. Sangkaan saya salah, diet ni rupanya makan lauk yang keluarga saya makan dengan kuantiti yang betul,” katanya memberitahu siapa pun kita, di mana jua kita boleh berdiet. Apa yang penting ilmu.
Buat masa ini, setiap rumah pastinya mempunyai bekalan kit ujian kendiri Covid-19 sebagai persediaan bagi membuat pemeriksaan sendiri jika mempunyai sebarang gejala.
Lambakan jenama yang dijual di pasaran dan pengguna berhak memilih untuk membeli yang murah atau mahal mengikut kemampuan masing-masing.
Namun perlu diingatkan agar tidak membeli 2 jenama kit uujian kendiri Covid-19 yang telah dibatalkan kelulusan bersyarat kerana gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
MDA memaklumkan, pembatalan itu berkuatkuasa serta-merta dan menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 berkenaan.
“Pihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.
“Pembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.
“Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” katanya dalam Facebook rasminya hari ini.
Jadi diingatkan sekali lagi kepada pengguna untuk mendapatkan ujian kit kendiri ini yang hanya diluluskan oleh MDA supaya dapat keputusan tepat setiap kali melakukan pemeriksaan.