Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik. Boleh Tutup Cela Sepanjang Hari! Pemakaian loose powder dianggap sebagai pelengkap dalam sentuhan terakhir mekap pada wajah.

Ia merupakan bedak tabur bertekstur halus untuk memastikan foundation serta concelaer dipakai kekal terpelihara sepanjang hari. Bukan itu saja, loose powder juga dapat menutup lubang pori agar tidak jelas kelihatan.

Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik

Artikel Lain: Cantik Tanpa Parut, Guna Bahan Semulajadi Hilangkan Kesan Tanpa Produk, Lambat Tapi Selamat!

Bagaimanapun, loose powder hanya mengandungi komponen serbuk dan tidak mempunyai pelembap atau SPF.

Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik. Boleh Tutup Cela Sepanjang Hari!

Sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak atau jerawat setiap kali selesai make up.

Oleh kerana lambakan loose powder dijual secara online atau offline, disenaraikan antara 6 produk terbaik.

1. SILKYGIRL Shine Free Loose Powder

Dirumus khas bagi kulit wanita Asia, SilkyGirl Shine Free Loose Powder ini bertekstur serbuk mikro lembut dan terasa sangat licin apabila bersentuhan dengan kulit. Serbuk ini sesuai buat semua jenis kulit terutama buat si kulit berminyak.

Walaupun harganya yang mampu milik, loose powder serba lengkap ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat bagi mengekalkan kelembapan kulit serta bebas peluh selama 4 jam.  Pastikan anda menyapu loose powder ini setiap kali selepas mengaplikasikan foundation kerana ia akan membantu menghasilkan kemasan matte yang sempurna.

IKLAN

Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik. Boleh Tutup Cela Sepanjang Hari!

2. INNISFREE No Sebum Mineral Powder

No Sebum Mineral Powder dari Innisfree ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan atau kesan peluh pada wajah bagi memastikan solekan kekal lebih lama.  Diperkaya ekstrak Green Tea, Birch, Rumex serta Crispus agar wajah tidak kelihatan melekit walaupun sedang melakukan aktiviti luar.

Selain itu:  Pakai Masker Coklat, Hilang Terus Jerawat Dan Kulit Jadi Anjal

Dengan kandungan Vitamin E yang tinggi, bedak loose ini dapat memastikan kesegaran serta kelembapan wajah pada wajah biarpun mengenakan solekan tebal.  Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang timbulnya kesan cela.

Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik. Boleh Tutup Cela Sepanjang Hari!

3. MARY KAY Translucent Loose Powder

Translucent Loose Powder khas dari jenama Mary Kay adalah serbuk mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Ianya tahan lama serta mudah untuk digunakan, memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan.

IKLAN

Diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit bebas minyak sepanjang hari.

Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik. Boleh Tutup Cela Sepanjang Hari!

Artikel Lain: Buat 10 Teknik Ini Jadikan Solekan Tahan Lebih Lama, Walaupun Pakai Face Mask

4. IN2IT UV Cover Smooth Loose Powder

IN2IT merupakan jenama terkenal dengan harga yang berpatutan. Tidak ketinggalan, jenama ini juga mengeluarkan beberapa jenis loose powder yang mempunyai kelebihan mengikut kesesuaian ramai.  Loose powder ini diperkaya dengan vitamin E yang membuatkan kulit wajah menjadi lebih sihat dan berseri.

Tanpa perlu risau loose powder ini sesuai untuk anda atau tidak, kerana tonanya sesuai untuk semua jenis warna kulit.  Bagi anda yang beragama islam, isu halal menjadi satu persoalan yang penting. Tanpa perlu risau produk ini telah mendapat kelulusan JAKIM.

IKLAN

Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik. Boleh Tutup Cela Sepanjang Hari!

5. Revlon New Complexion Loose Face Powder

Loose powder kebiasaannya mempunyai tekstur ringan dan sesuai bagi anda yang tidak gemarkan heavy makeup. Jadi bagi gadis yang simple, loose powder ini adalah pilihan terbaik. Lagipun ketahanan loose powder dari Revlon ini mampu bertahan hingga 16 jam.  Malah mempunyai shining effect yang menjadikan wajah lebih menyerlah.

Selain itu:  Eyka Farhana Kongsi Tip Bersolek Kemas, Cantik Hasilnya!

Walaupun begitu, tekstur powder ini tidak membuatkan liang pori pada wajah anda tersumbat.  Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, loose powder ini paling sesuai untuk digunakan.  Bebas minyak dan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi serta jerawat.

Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik. Boleh Tutup Cela Sepanjang Hari!

6. Wardah Lightening Matte Loose Powder

Bila pakai loose powder dari Wardah ini, wajah anda tidak kelihatan seperti memakai bedak sebab terdapat kesan matte finishing. Jadi kulit wajah anda kelihatan semulajadi tapi bagi kulit yang berminyak, tekstur kulit menjadi kekal lembab tanpa menyebabkan lebihan minyak pada wajah. Ini kerana produk ini mempunyai bahan yang dapat mengawal penghasilan minyak pada wajah.

Tidak seperti loose powder lain, jenama Wardah mencipta loose powder yang mempunyai UV protection. Kemudian, bahan Estrak Licorice, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, mengurangkan bintik hitam dan membantu membaiki hiperpigmentation pada kulit.  Bahana vitamin 3 dan B3 pula mampu mencerahkan, kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi kulit dari radikal bebas.

Enam Pilihan Loose Powder Paling Best & Mampu Milik. Boleh Tutup Cela Sepanjang Hari!

Artikel Lain: Pilihan 5 Pelembap Paling Best Untuk Kulit Berminyak, Wajah Jadi Lebih Moist

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI