Cuci wajah guna tomato, rahsia cantik Mas Idayu walau usia dah cecah 50 tahun. Minggu lepas berlangsung penuh meriah majlis perkahwinan Ratu Dangdut, Mas Idayu dengan pasangannya Muhammad Suffian Che Isa, yang turut dihadiri rakan selebriti kedua-dua pasangan berkenaan.
Setelah 16 tahun hidup sendiri, Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy bersedia untuk menerima insan lain dalam hidupnya.
Terpancar kegembiraan dan kejelitaan di wajah Mas Idayu yang memilih persalinan rona merah jambu untuk akad nikah dan rona putih untuk majlis resepsi bertema fairytale.
Walaupun usia sudah mencecah 50 tahun, tetapi Mas Idayu tetap kelihatan menawan dan tampil berseri-seri dengan persalinan pengantin.
Bergelar selebriti lebih dua dekad, penyanyi yang popular dengan lagu Senggol-Senggolan ini rupanya sangat menjaga kecantikan wajah sejak dari muda lagi.
Dalam satu perkongsian dengan Nona di TV3 dulu, Mas Idayu berkongsi petua lama menjaga kecantikan wajah.
Ads
Menurutnya sebaik saja habis sesuatu pertunjukan pentas, dia akan segera mencuci wajah daripada solekan yang dipakai sebelum itu.
Jika dia terlepas pandang perkara ini yang akan menyebabkan kulitnya menjadi bermasalah.Dan Mas Idayu juga lebih gemar kulit wajahnya sentiasa free dari mekap jika tidak ada sebarang kerja-kerja seni.
Untuk menjaga kecantikan wajah pula, dia sangat gemar makan tomato mentah yang akan diratah begitu saja tidak kira tomato muda atau yang tidak berapa masak.
Selain itu dia juga turut manfaatkan tomato yang sudah masak dengan ramas dan menghancurkannya, kemudian disapu ke seluruh wajah. Amalan tradisional ini dilakukan setiap pagi dan telah dibuat sejak dia berusia belasan tahun lagi.
Mas Idayu lebih gemar menggunakan cara tradisional ini untuk merawat wajah tanpa menggunakan produk rawatan lain seperti suntikan botox atau vitamin C.
Ads
Walau Usia Dah Cecah 50 Tahun
Dalam perkongsian berkenaan, Mas Idayu turut berkongsi senaman dilakukan sebelum masuk tidur.
Senaman ini adalah dengan cara baring dahulu kemudian angkat kaki ke bawah punggung sedalam mungkin. kemudian tarik kaki kita ke bawah punggung sampai badan terangkat. Buat beberapa kali untuk hasil lebih efektif.
Sebelum majlis perkahwinannya juga, mas Idayu turut mengadakan majlis adat bersiram dan berinai di sebuah hotel sebagai persiapan sebelum menjelangnya hari bahagia Jumaat lalu.
Buat anda yang berkulit sensitif, boleh cuba hasilkan yogurt mask di rumah, senang nak sapu malam-malam sebelum tidur.
Hasilkan Yogurt Mask
Jangan risau, anda boleh jadikan mask daripada yogurt ini untuk selesaikan masalah kulit muka. Jadi jom tengok perkongsian Hanis Aina, macam mana dia buat yogurt homemade mask ini.
Bahan-bahan yang perlu sediakan adalah yogurt natural tanpa perisa dan madu asli.
Cara-caranya:
1. Sediakan bahan utama iaitu yogurt asli tanpa perisa.
2. Kemudian korang masukkan dua sudu yogurt ke dalam mangkuk.
3. Masukkan madu asli ke dalam campuran yogurt tadi.
4. Kemudian gaulkan sehingga campuran yogurt dan madu tadi sebati.
5. Setelah siap, boleh gunakan berus applicator mask untuk ambil mask diletakkan pada muka.
Tekstur mask yang terhasil akan tak terlalu likat dan tak terlalu cair.
Bau pula seperti bau tepung dan tidak akan menyakitkan hidung. Boleh sapukan mask pada muka dan biarkan semalaman.
Lepas semalaman boleh basuh muka dan dapat lihat kulit akan lebih lembut dan kemerahan pada muka jadi berkurangan.
Hasilnya akan dapat kulit yang lebih cantik. Buktinya boleh tengok dalam gambar kulit selepas pakai mask ini. Jadi anda wajib cuba hacks ini untuk dapatkan kulit yang cantik. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi amalan kita disaran menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada setiap pagi dan malam.
Namun selepas menggosok gigi waktu pagi biasanya kita akan bersarapan. Jadi bagaimana dengan makanan yang terlekat di celah-celah gigi selepas makan pagi.
Adakah sebenarnya kita lebih baik menggosok gigi sebelum atau selepas sarapan?
Sebenarnya dalam hal ini, doktor gigi akan menyarankan agar kita menggosok gigi selepas bersarapan.
Ini kerana itu adalah waktu terbaik untuk membersihkan sisa-sisa makanan dan minuman yang melekat pada gigi. Jika memberus gigi setelah sarapan, gigi akan berada dalam keadaan lebih bersih.
Tetapi jika kita mengambil makanan atau minuman berasid ketika sarapan seperti kopi, jus oren atau buah-buahan lain, seseorang itu disarankan untuk menggosok gigi sebelum sarapan.
Sebabnya, menggosok gigi selepas mengambil sesuatu yang berasid dapat merosakkan gigi. Untuk itu, American Dental Association menyarankan seseorang menggosok gigi sejam selepas makan.
Jika tidak boleh menunggu selama sejam, kumur mulut dengan air bagi menanggalkan sisa makanan dan kesan minuman seperti kopi pada gigi sebelum memberus gigi.
Bolehkah kita memberus gigi sebelum dan selepas bersarapan?
Bukan satu kesalahan menggosok gigi sebelum dan selepas bersarapan, namun seseorang itu perlu tahu terlalu kerap memberus gigi boleh mengikis gusi.
Menggosok gigi sepatutnya tidak perlu terlalu kuat memberus kerana tujuannya adalah untuk menghilangkan bakteria dan sisa makanan yang melekat pada celah-celah gigi.
Selain menggosok gigi, seseorang juga boleh menggunakan pencuci mulut, flossing selain mengamalkan memberus lidah.