Biarpun baru saja melahirkan anak keduanya Februari lalu, namun penampilan Scha Alyahya sudah kembali langsing seperti anak dara.

Malah Scha juga dilihat sudah kembali sibuk bekerja dalam bidang seni dengan terbabit dalam pelbagai pelancaran produk.

Dalam satu temubual bersama Sinar Plus, Scha tidak lokek berkongsi rahsianya kembali langsing setelah melahirkan anak keduanya.

Tidak sepereti orang lain yang sudah melahirkan anak untuk mengekalkan bentuk badan langsing selepas melahirkan, tetapi bagi Scha tiada masalah untuk kekal langsing.

Menurutnya tiada rahsia tertentu diamalkan tetapi apa yang sering dilakukan adalah ‘merapikan’ rumah kerana dia tidak gemarkan keadaan berselerak dan bersepah.

Kadangkala jadual kerja agak padat, jadi Scha akan cuba untuk meluangkan masa membersih dan mengemas rumah.

Pada masa sama, Scha juga seorang yang lasak dan tidak boleh duduk diam. Dia akan cuba mencari apa saja aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.

IKLAN

Walaupun mempunyai pembantu, tetapi Scha mengakui selesa melakukannya sendiri.

“Memang ada pembantu, tetapi saya selesa melakukannya sendiri. Mungkin ramai yang menganggap saya ‘lady boss’ yang tidak melakukan kerja-kerja rumah.

“Agak melucukan apabila setiap kali menziarahi ke kediaman ibu mertua, dia tidak membenarkan saya membuat kerja rumah kerana berasa segan untuk meminta saya berbuat demikian.

“Kadangkala ada juga yang berfikir saya seorang yang tidak melakukan kerja-kerja rumah kerana ada pembantu. Awas, sebenarnya tidak ya,” katanya lagi sambil berseloroh.

Scha turut memberitahu dia tidak melakukan sebarang aktiviti fizikl kerana  tidak dibenarkan oleh doktor.

IKLAN
Selain itu:  Hapuskan Masalah Jerawat Guna Gel Timun, Liang Pori Pun Makin Kecil

“Saya tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal kerana doktor tidak membenarkan berbuat demikian.

“Ini disebabkan saya melakukan pembedahan sewaktu melahirkan anak kedua, doktor menasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lasak.

“Boleh dikatakan, kediaman dua tingkat rumah ini dijadikan sebagai ‘gimnasium’ selain sibuk menguruskan dua cahaya mata.

“Saya juga akan memakai jam pintar bagi mengetahui jumlah kalori yang telah dibakar berdasarkan aktiviti yang dilakukan.

“Boleh dikatakan setiap kali saya melakukan sebarang aktiviti, saya akan memakai jam pintar tersebut,” katanya lagi yang akan memastikan pengambilan air putih mencukupi.

IKLAN

Dia juga akan menbawa air putih ke mana saja pergi dan cuba mengurangkan pengambilan air manis. Ini adalah salah satu cara Scha Alyahya untuk memastikan berat badan sentiasa ideal.

Untuk makluman, tahun ini juga pasangan Scha Alyahya dan suami Awal Ashari menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan dan keduanya telah dikurniakan dua cahaya mata, Lara Alana 7 tahun dan Lyla Amina, 4 bulan.

Kredit Foto: Instagram Scha Alyahya

Artikel Berkaitan:

Lepas Habis Pantang Perut Nampak ‘Flat’. Scha Alyahya Dedah Rahsianya Amal Menyusu Badan!

Rahsia 12 Selebriti Kekal Cantik & Langsing Setelah Lahirkan Anak

Lisa Surihani Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Di Usia 35 Tahun. Baby & Mummy Dalam Keadaan Baik!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI