Abah ajar guna masker beras rahsia Ziana Zain kekal cantik walau usia dah 55 tahun. Penampilan selebriti ini setiap kali muncul di khalayak memang begitu menarik perhatian.
Bukan saja sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah biarpun usianya kini mencecah 55 tahun.
Tidak dinafikan dari dulu sampai sekarang penyanyi yang terkenal lagu Madah Berhelah, Ziana Zain ini begitu menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.
Sia sangka dalam usia mencecah lebih 50 tahun, penampilan Ziana Zain masih kekal cantik, langsing, seperti tidak dimakan usia.
Ads
Dalam satu perkongsian melalui majalah Intred dulu, Ziana pernah berkongsi rahsia kecantikannya yang lebih senang memilih petua tradisional untuk menjaga penampilannya. Antaranya yang dikongsi
1. Amalkan jus segar seperti timun & epal hijau setiap pagi
Selalu amalkan setiap pagi minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, akan ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti.
Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukuplah sayur- sayuran atau lauk.
2. Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, lari keliling rumah
Paling penting, peredaran darah perlu lancar. Badan mesti aktif. Kalau tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Akan lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting.
Ads
3. Tak pernah sentuh ais
Salah satu petua lain pula ialah dia juga tidak pernah menyentuh ais melainkan terlalu teringin. Selalunya, memang jaranglah. Mungkin untuk menjaga suara.
4. Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah
Ziana Zain juga menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Terima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan. Bab ini memang amat berdisiplin. Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan.
Ads
5. Abah ajar buat masker muka & buat minyak kepala sendiri
Antara petua Abah yang sampai sekarang diingati ialah masker muka. Caranya, rendam beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Tempekkan pada muka.
Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, Abah campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.
Untuk pengetahuan, Ziana Zain yang juga kini berstatus ibu tunggal yang kini membesarkan empat orang anak-anaknya, hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suaminya.
Buat masa ini kerajaan sedang giat menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mengekang penularan virus Covid-19.
Namun antara persoalan yang ditanya, adakah seseorang itu boleh melakukan aktiviti bersenam seperti berlari selepas menerima suntikan atau berehat saja dulu di rumah.
Dalam persoalan ini, anda sebenarnya boleh berlari selepas dapat suntikan tetapi dengan syarat anda berasa sihat.
Ini kerana terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh menjejaskan larian. Antaranya kesan sampingan seperti sakit/bengkak/kemerahan di tempat suntikan, penat, sakit kepala, menggigil, sakit sendi, demam, loya, rasa tidak sihat, bengkak kelenjar limfa dan lain-lain kesan sampingan semasa.
Biasanya kesan sampingan akan hilang selepas sehari dua dan ini pastinya akan jejaskan kemampuan anda untuk berlari atau melakukan aktiviti senaman.
Menurut Dr Fadly Khairie, anda boleh teruskan training seperti biasa jika merasa sihat selepas suntikan vaksin.
Jika tidak merasa sihat, dinasihatkan berehat dulu untuk sehari dua. Berilah masa kepada sistem imun badan anda untuk membina daya tahan terhadap virus Covid-19.
Selain itu anda juga dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan apabila melakukan aktiviti harian.
Baru-baru ini, pelakon wanita, Lana Nordin mengakui berpuas hati dan gembira walau duit hangus RM166,000 bagi tujuan pembedahan kosmetik di bahagian hidung.
Menurut laporan Utusan, Lana berkata yang pembedahan kosmetik yang dilakukan bukanlah bertujuan suka-suka sebaliknya disebabkan oleh masalah kesihatan.
Punca Lana Nordin Buat Pembedahan Hidung
Akuinya, sudah banyak kali buat pembedahan. Mula-mula menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah.
“Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini. Apa yang boleh saya kongsikan, dulu, teknologi tidak sama macam sekarang. Tempoh hari, saya ke Seoul, Korea Selatan untuk buat pembedahan hidung tetapi dengan menggunakan tulang rusuk pula.
“Berhabis sebanyak RM166,000, saya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Tak rasa sakit langsung! Mungkin sebab teknologi pun sudah berevolusi. Saya harap itulah kali terakhir perlu jalani pembedahan,” luahnya.
Tak Pandang Serong Orang Yang Buat Pembedahan Kosmetik
Berikutan itu, Lana tidak akan memandang serong mana-mana orang yang melakukan pembedahan kosmetik kerana merasakan mereka mempunyai alasan yang tersendiri.
“Secara peribadi, saya fikir tak salah pun jika seseorang itu nak tampil cantik. Kalau tidak, tak adalah semua orang pakai produk atau merawat kulit wajah atau pakai kosmetik. Satu yang saya tahu, jika buat pembedahan wajah atas faktor kesihatan itu dibolehkan,” katanya lagi.
Lana tidak kisah dengan tohmahan dan kecaman netizen setelah secara terbuka berkongsi mengenai perkara itu kerana merasakan mulut orang itu tidak boleh ditutup dan pasti ada yang akan tetap mengata dan mengutuk dirinya.
Apa pun pilihan, Lana Nordin tetapi cantik jelita sampai sekarang!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Air Nabeez bukanlah resepi baru, tetapi masih ramai yang belum amalkan air sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Untuk memastikan badan kekal sihat sepanjang hari, anda boleh amalkan pengambilan minuman air nabeez ini.
Rasa air bergantung pada kurma yang kita guna. Kalau kurma tu manis, manis la airnya tu. Boleh guna apa-apa jenis kurma pun.
Menurut Puan Leha Yusuf, air nabeez boleh dibuat sama ada daripada kurma atau kismis. Minuman ini adalah pemakanan Nabi Muhammad SAW dan mampu membuatkan perut bertahan sehingga waktu berbuka.
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur nanti minum. Insyaallah, perut mampu bertahan. Buat ni untuk sekali minum je. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara-cara :
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadan. Amalkan masa perut kosong.