Sebagai wanita normal, kita biasa akan tahu bila jangka waktu kedatangan haid setiap bulan. 

Namun pasti bimbang jika haid tidak datang dalam tempoh sepatutnya dan situasi ini pasti akan membuat kita keliru apakah sebenarnya terjadi, lebih-lebih lagi selepas menerima suntikan vaksin.

Walau bagaimanapun haid datang lambat selepas vaksin, jangan risau! Perkara itu normal jika tempoh datang haid itu kurang lapan hari mengikut kajian yang dijalankan ini.

Setiap orang menerima impak berbeza setelah mendapat vaksin Covid-19, ada yang demam, malah ada yang sakit-sakit badan dan manakala ada segelintir wanita yang lewat datang bulan.

Haid Datang Lambat Selepas Vaksin

Wanita yang divaksinasi terhadap Covid-19 menyaksikan sedikit kelewatan dalam haid iaitu hampir sehari berbanding mereka yang tidak mendapat pelalian, demikian menurut satu kajian dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

IKLAN

Kajian yang dilakukan terhadap hampir 4,000 individu dan disiarkan dalam jurnal Obstetrics & Gynecology itu bagaimanapun menyatakan, tempoh datang bulan pada wanita tidak terjejas.

Pengarang utama kajian itu, Alison Edelman memberitahu agensi berita AFP bahawa kesan yang berlaku adalah kecil dan bersifat sementara, namun mengesahkan pengalaman sedemikian oleh sebilangan wanita sebelum ini.

Kajian itu juga membantu menangani maklumat salah mengenai topik tersebut oleh golongan antivaksin yang berleluasa di media sosial.

IKLAN

Berubah Jika Berada Dalam Kedaaan Tertekan

Peningkatan dalam jarak kitaran haid itu adalah tidak signifikan. Ia berikutan sebarang perubahan kurang daripada lapan hari adalah diklasifikasikan sebagai normal oleh Persekutuan Ginekologi dan Obstetrik Antarabangsa.

Kitaran haid biasanya adalah sekitar 28 hari, bagaimanapun tempoh sebenar adalah berbeza dalam kalangan wanita dan juga sepanjang hayat seseorang wanita. Kitaran haid juga berubah sekiranya seseorang wanita berada dalam keadaan tertekan.

Dalam kajian mereka, pasukan penyelidik berkenaan menganalisis data responden yang tidak didedahkan identiti mereka menggunakan aplikasi kesuburan dalam kalanganwanita berusia antara 18 hingga 45 tahun.

IKLAN

Sekitar 2,400 responden sudah menerima vaksinasi, manakala 1,500 yang lain tidak mendapat pelalian. – AFP

Sumber: Kosmo Online

Artikel Berkaitan:

Berat Cecah 85KG, Lufya Nekad ‘Potong Usus’. Akhirnya Berjaya Kawal Kolesterol & Asma Dihadapi!

Rupanya Ubat Simpan Lama Boleh Jadi Racun. Ini Saranan Doktor Elak Mudharat Pada Kesihatan!

Penting Ambil Tahu Jenis Ubat Krim Disapu Pada Kulit Badan. Doktor Ini Jelaskan Ubat Bersesuaian!