Zumba Fitness Dance Rapi Werk It. Lupakan Exercise, Jom Zumba!

Share

Kemeriahan cukup dirasai hampir 30 peserta yang menyertai Rapi Werk It, Zumba Fitness Dance anjuran portal kecantikan dan kesihatan RAPI pada Sabtu lalu bertempat di Uni3Fit  Studio, TTDI Shah Alam.

Setelah sekian lama tidak mengeluarkan peluh akibat pelbagai halangan, masing-masing enjoy melakukan tarian zumba dengan diketuai oleh tiga jurulatih yang cukup fit iaitu Zin Aliez, Zin Riena dan Zin Ema diiringi lagu-lagu rancak.

Selama satu jam Zumba Fitness Dance diadakan, walau ada yang baru mencuba aktiviti zumba ini namun ianya sangat menyeronokkan serta menceriakan.

Zin Aliez, Zin Riena dan Zin Ema dari Uni3Fit Studio amat bertenaga
Masing-masing seronok menyertai zumba dance pada Sabtu lalu
Walau sudah lama tidak aktif bersenam, kesemua peserta cukup sporting mengikut rentak dari zin

Bermula tepat jam 9 pagi, dengan permulaan lagu-lagu rancak sebagai pembukaan tarian Zumba, peserta begitu bersemangat mengikut rentak senaman dengan bantuan tiga zin cukup berpengalaman serta amat fit kerana mampu berzumba tanpa henti selama satu jam.

Rapi Werk It ini merupakan jelajah kali pertama anjuran portal kesihatan dan kecantikan RAPI dan ada lagi 5 siri jelajah yang bakal diadakan di beberapa lokasi pilihan. Dengan hanya bayaran RM20 untuk aktiviti menyeronokkan ini, peserta dapat membawa pulang hadiah bernilai RM180 tajaan  Yatt Beauty (perfect Glow), Misterious (Scented Sanitizer), Sakani Beauty (lipscrub), Faery Beauty (liptint) dan Dermeden (Anti Aging Expert) serta tajaan penginapan hotel dari Hotel Dr Art Shah Alam.

Maintain ceria dan masing-masing cukup enjoy dance zumba sabtu lalu bertempat di Uni3Fit TTDI Shah Alam
Editor pengurusan Rosiati Elias bersama barisan iaitu Zin Aliez, Zin Riena dan Zin Ema serta rakan-rakan zumba lain

Untuk next siri jelajah, jangan lupa untuk follow portal RAPI di rapi.com.my. Untuk semua aktiviti boleh follow IG Rapi.

IKLAN