Yoga, Senaman Ringkas Tapi Banyak Manfaat. Ini 7 Sebabnya Patut Kita Buat Setiap Hari!

Share

Yoga antara señaman yang tidak begitu popular tetapi sebenarnya mempunyai banyak manfaat berguna untuk kesihatan mental dan fizikal.

Perkataan yoga berasal daripada sanskrit kuno ”yuj” yang membawa maksud menyatukan, menyambungkan atau menggabungkan.

Ini kerana ia adalah aktiviti yang mampu menyatukan keseimbangan di antara kesihatan tubuh badan dalam aspek fizikal dan mental.

Buat anda yang belum pernah melakukannya, ia adalah sejenis senaman berasaskan 3 perkara iaitu pergerakan, pernafasan dan meditasi.

Ayuh kita lihat kebaikan senaman yoga yang baik diamalkan sepanjang PKP ini.

#1. Menyingkirkan Stres

Kita tidak boleh terlalu jumud dengan menyangka hanya mental sahaja yang mengalami stres. Jangan tak tahu, fizikal pun boleh stres juga.

Selain mengambil ubatan yang dipreskripsikan doktor, senaman ini turut boleh membantu menyingkirkan stres.

Ini kerana ia mampu menstabilkan degupan jantung, tekanan darah serta sistem pernafasan yang akan mencanak naik setiap kali kita berasa tertekan.

Dalam pada itu, senaman ini juga mampu mengurangkan pengeluaran kortisol dalam tubuh badan – sejenis hormon yang dirembeskan ketika stres.

#2. Mengurangkan Berat Badan

Ada satu jenis senaman ini bernama Hot Yoga yang sangat sesuai dilakukan oleh individu yang ingin kurus.

Kesemua jenis senaman ini juga mampu membantu membakar lemak berlebihan di dalam tubuh badan.

Kajian Harvard Medical School mendapati bahawa individu yang melakukan senaman ini sekurang-kurangnya 30 minit seminggu selama 4 tahun, berjaya mencapai BMI yang sesuai.

#3. Meningkatkan Kekuatan, Kestabilan dan Fleksibiliti

Setiap pergerakan, pernafasan dan meditasi secara perlahan yang berlaku semasa senaman ini mampu melancarkan salur darah serta menguatkan otot badan. Dengan ini, kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti akan dapat ditingkatkan.

Sebagai contoh, kalian boleh cuba posisi Tree Pose – berdiri dengan sebelah kaki sementara sebelah kaki yang lain dibengkokkan pada atas lutut.

Cuba kekalkan posisi ini selama seminit dengan fokus kepada satu tempat di hadapan anda dan lihat kesannya selepas seminggu melakukannya.

#4. Tidur Lebih Berkualiti Dengan Yoga

Secara umumnya, senaman ini boleh membuat tubuh badan kita berasa lebih relaks dan bebas stres. Kesannya, sudah pasti kita dapat tidur dengan lebih cepat, lebih lama dan berasa aman setiap kali terjaga.

Ini kerana yoga mampu meningkatkan pengeluaran melatonin dalam tubuh badan – sejenis hormon yang mampu membuat tidur lebih berkualiti.

 

#5. Mengelakkan Pelbagai Jenis Penyakit

Kajian Harvard Medical School juga mendapati bahawa yoga membantu mengurangkan faktor risiko pelbagai jenis penyakit ekoran impaknya yang positif dalam menstabilkan tekanan darah.

Antara penyakit yang mungkin boleh dielakkan melalui senaman ini adalah:

  • Penyakit arteri koronari
  • Hipertensi
  • Arthritis
  • Diabetes
  • Depresi

Pun begitu, wajar untuk kalian tahu bahawa ia hanya boleh membantu dan perubatan profesional masih perlu diikuti untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

#6. Menguatkan Fungsi, Memori dan Intuisi

Dengan bermeditasi semasa melakukan senaman ini, fungsi, memori, intuisi dan pemikiran kita mampu menjadi lebih kuat!

Selepas sekian waktu mengamalkannya dalam masa 15 minit sehari, anda akan lebih mudah ingat dan fikir sesuatu perkara dengan lebih mudah.

Selain itu, pergerakan dan pernafasan yang dilakukan secara perlahan dapat membuat otak kalian lebih fokus dan teliti dalam kehidupan seharian.

#7. Kekal Relaks Dengan Yoga

Akhir sekali, ini adalah manfaat yang paling penting kerana ia sangat sinonim dengan apa itu yoga. Untuk pengetahuan anda, yoga boleh membantu tubuh badan kita sama ada fizikal atau mental agar lebih relaks.

Ini ekoran daripada rembesan hormon serotonin serta peningkatan kadar aktiviti otak iaitu brain’s gamma-aminobutyric (GABA) yang akan lebih tinggi hanya dengan 15 minit yoga!

Sumber: HelloDoktor

Artikel Berkaitan:

Senaman Bersungguh, Tapi Hasilnya Tetap Sama. Ini Perlu Anda Lakukan Untuk Kesan Berganda!

Mudah & Jimat. 6 Kebaikan Senaman Skipping Ramai Tak Tahu, Boleh Cepat Turunkan Berat Badan!

3 Tip Mudah Senaman Untuk Beginner, Tak Perlu Push Diri Lakukan Setiap Hari

Published by
Siti Zurina Mat Saman