Yoga antara señaman yang tidak begitu popular tetapi sebenarnya mempunyai banyak manfaat berguna untuk kesihatan mental dan fizikal.
Perkataan yoga berasal daripada sanskrit kuno ”yuj” yang membawa maksud menyatukan, menyambungkan atau menggabungkan.
Ini kerana ia adalah aktiviti yang mampu menyatukan keseimbangan di antara kesihatan tubuh badan dalam aspek fizikal dan mental.
Buat anda yang belum pernah melakukannya, ia adalah sejenis senaman berasaskan 3 perkara iaitu pergerakan, pernafasan dan meditasi.
Ayuh kita lihat kebaikan senaman yoga yang baik diamalkan sepanjang PKP ini.
#1. Menyingkirkan Stres
Kita tidak boleh terlalu jumud dengan menyangka hanya mental sahaja yang mengalami stres. Jangan tak tahu, fizikal pun boleh stres juga.
Selain mengambil ubatan yang dipreskripsikan doktor, senaman ini turut boleh membantu menyingkirkan stres.
Ini kerana ia mampu menstabilkan degupan jantung, tekanan darah serta sistem pernafasan yang akan mencanak naik setiap kali kita berasa tertekan.
Dalam pada itu, senaman ini juga mampu mengurangkan pengeluaran kortisol dalam tubuh badan – sejenis hormon yang dirembeskan ketika stres.
#2. Mengurangkan Berat Badan
Ada satu jenis senaman ini bernama Hot Yoga yang sangat sesuai dilakukan oleh individu yang ingin kurus.
Ads
Kesemua jenis senaman ini juga mampu membantu membakar lemak berlebihan di dalam tubuh badan.
Kajian Harvard Medical School mendapati bahawa individu yang melakukan senaman ini sekurang-kurangnya 30 minit seminggu selama 4 tahun, berjaya mencapai BMI yang sesuai.
#3. Meningkatkan Kekuatan, Kestabilan dan Fleksibiliti
Setiap pergerakan, pernafasan dan meditasi secara perlahan yang berlaku semasa senaman ini mampu melancarkan salur darah serta menguatkan otot badan. Dengan ini, kekuatan, kestabilan dan fleksibiliti akan dapat ditingkatkan.
Sebagai contoh, kalian boleh cuba posisi Tree Pose – berdiri dengan sebelah kaki sementara sebelah kaki yang lain dibengkokkan pada atas lutut.
Cuba kekalkan posisi ini selama seminit dengan fokus kepada satu tempat di hadapan anda dan lihat kesannya selepas seminggu melakukannya.
#4. Tidur Lebih Berkualiti Dengan Yoga
Secara umumnya, senaman ini boleh membuat tubuh badan kita berasa lebih relaks dan bebas stres. Kesannya, sudah pasti kita dapat tidur dengan lebih cepat, lebih lama dan berasa aman setiap kali terjaga.
Ads
Ini kerana yoga mampu meningkatkan pengeluaran melatonin dalam tubuh badan – sejenis hormon yang mampu membuat tidur lebih berkualiti.
#5. Mengelakkan Pelbagai Jenis Penyakit
Kajian Harvard Medical School juga mendapati bahawa yoga membantu mengurangkan faktor risiko pelbagai jenis penyakit ekoran impaknya yang positif dalam menstabilkan tekanan darah.
Antara penyakit yang mungkin boleh dielakkan melalui senaman ini adalah:
Penyakit arteri koronari
Hipertensi
Arthritis
Diabetes
Depresi
Pun begitu, wajar untuk kalian tahu bahawa ia hanya boleh membantu dan perubatan profesional masih perlu diikuti untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik.
#6. Menguatkan Fungsi, Memori dan Intuisi
Dengan bermeditasi semasa melakukan senaman ini, fungsi, memori, intuisi dan pemikiran kita mampu menjadi lebih kuat!
Ads
Selepas sekian waktu mengamalkannya dalam masa 15 minit sehari, anda akan lebih mudah ingat dan fikir sesuatu perkara dengan lebih mudah.
Selain itu, pergerakan dan pernafasan yang dilakukan secara perlahan dapat membuat otak kalian lebih fokus dan teliti dalam kehidupan seharian.
#7. Kekal Relaks Dengan Yoga
Akhir sekali, ini adalah manfaat yang paling penting kerana ia sangat sinonim dengan apa itu yoga. Untuk pengetahuan anda, yoga boleh membantu tubuh badan kita sama ada fizikal atau mental agar lebih relaks.
Ini ekoran daripada rembesan hormon serotonin serta peningkatan kadar aktiviti otak iaitu brain’s gamma-aminobutyric (GABA) yang akan lebih tinggi hanya dengan 15 minit yoga!
Nak cantik cara jimat, boleh cuba masker asam jawa yang dicampur dengan tepung beras pada muka anda. Petua daripada Rubiey Redzuan ini dikatakan dapat menghilangkan beberapa masalah kulit.
Menurut wanita ini, dia pun baru tahu betapa mujaratnya petua kecantikan kali ini. Kongsinya lagi, sebelum ini dia ternampak ada seorang perempuan yang kulitnya berparut berkongsi petua ini sampai hilang dan licin.
Dalam hatinya terdetik, “…boleh cuba ni, sebab muka aku pun ada lah sikit parut jerawat. Mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.”
Terkejut dengan hasilnya, selepas pakai masker ini, parut jerawat pudar, jerawat kecut, muka cerah, jadi putih lah senang cakap. Bila sentuh pipi pula, ya Allah lembutnya, macam sentuh pipi baby.
Namun dalam posting perempuan itu, dia guna bedak sejuk. Tapi kat rumah ni mana ada bedak sejuk. Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik, saya hentam tepung pulut je.
Alah, bedak sejuk pun dari beras juga, cuma cara penghasilan itu lain dari bedak sejuk. Bagi sesiapa yang nak cuba hilangkan masalah parut di wajah, boleh cedok petua ini dah amalkan ya.
Masker Air Asam Jawa
Bahan-bahannya:
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air, buang biji dan kemudian masukkan tepung pulut. Kacau dan kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.
Lepas itu, boleh lah sapu ke muka. Hah, sebelum pakai baca bismillah dulu. Ketika sapu tu, selawatlah ke atas nabi Muhammad S.A.W tiga kali, pahala pun dapat, cantik pun dapat.
Bila dah kering, boleh cuci muka dan rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak buang blackhead di wajah tak mudah kalau anda langsung tak ada ilmu penjagaan kulit wajah, tapi kalau terus pergi Spa pun memerlukan bajet.
Jadi apakah rutin yang anda selalu buat untuk hilangkan masalah blackhead?
Buang Blackhead Guna Cleansing Oil
Jom kita lihat petua yang dikongsi oleh Raihana Bakhtiar ini, macam mana untuk menghilangkan blackhead dengan menggunakan cleansing oil.
Step 1
Sapukan Vaseline pada hidung atau ditempat yang korang rasa ada blackhead, lepas tu ambil (cling film) food wrap yang jernih letak di kawasan muka yang kita sapu Vaseline tadi.
Ambil tuala kecil panas yang dicelup dengan air panas, kemudian perahkan sedikit tekap di atas cling flim tersebut selama 15 hingga 30 minit untuk cairkan Vaseline.
Pastikan tangan korang kering, dah siap tekap dengan tuala panas kemudian ambil tisu/kapas lap dan buang Vaseline dari area muka.
Kemudian, letak cleansing oil dan urut pada wajah. Urut sehingga jari rasa berpasir. Ambil air sedikit letak dikawasan yang diurut tadi, minyak tersebut akan menjadi warna putih seperti buih. Lap seluruh wajah.
Step 3
Selepas dah lap, letak lagi cleansing oil dan urut semula wajah. Sama seperti tadi, urut sehingga minyak tersebut sampai jadi buih putih.
Ulang step ini beberapa kali sehingga puas hati. Bila buat berulang kali baru mudah blackhead tu nak keluar.
Lap semua bekas minyak tersebut guna kapas (lebih elok dari tisu). Cuci muka, scrub secara lembut dan bilas dengan air sejuk.
Dah siap bilas muka, sambung pula letak cleansing lotion (kalau pakai), lepas tu letak toner atau skincare rutin. Paling penting, pakai toner dulu ya. Kalau rajin seminggu buatlah dalam dua kali seminggu.