Senaman Runcingkan Dagu, Tak Payah Risau Lagi Pasal Double Chin!

Share

Rajin buat senaman runcingkan dagu, hasilnya anda dapat hilangkan masalah double chin yang mungkin nampak buruk bila duduk depan cermin. Nak-nak waktu gelak sakan, ketara nampak lemak di situ!

Jangan risau sebab ada rahsia yang terbaik menghilangkan masalah dagu berlipat iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut. Jom cuba!

Senaman Otot Muka

Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.

Lakukan 8 hingga 10 kali

Gaya Mencedok

Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.

Bayangkan seperti mencedok air.

Pipi kembung

Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.

Membujur

Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Anda akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.

Merasakan otot di leher seperti ditarik.

Teknik Cium Ke Atas

Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.

Pandang ke atas dan muncungkan mulut.

Genggaman Halangan

Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.

Letakkan genggaman tangan bawah dagu.

Senyum Terpaksa

Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.

Ketap gigi.

Petua Tambahan

Buat masker putih telur.

Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya oleskan wajah dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.

SUMBER: www.brightside.me

IKLAN