Mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja! Itukah senaman plank. Anda tidak perlu sebarang peralatan bantuan senaman pun. Hanya perlu sedikit ruang dan mungkin yoga mat untuk keselesaan.
Menurut seorang profesor yang juga pakar tulang belakang bernama Stuart Gill, beliau berpendapat bahawa jika seseorang melakukan plank dalam tempoh masa yang lama ia tak akan mendatangkan manfaat.
Jelasnya lagi cara paling efisien untuk mendapatkan hasil maksima semasa melakukan plank ialah dengan melakukannya selama 10 KIRAAN dan diulang sebanyak 3 SET.
Ads
PENDAPAT TRAINER YANG PAKAR
Namun berbeza dengan pendapat dari seorang trainer peribadi, Benji Tiger yang bertugas di pusat senaman popular luar negara Orange Theory mengatakan plank yang terbaik ialah dilakukan selama 30 hingga 60 kiraan.
Ia juga perlu dilakukanm dengan menahan selama 20 saat setiap kali nmelakukan plank. Seorang lahir trainer peribadi berpengaruh di New York, Rob Arreaga memiliki pendapat sama dengan Profesor McGill.
Ads
Rob menekankan bahawa plank dalam durasi singkat akan memberik impak lebih efektif. Ia juga bertindak sebagai senaman berkesan untuk jangka masa pendek. Paling penting bagaimana anda menjaga postur dan posisi tubuh semasa melakukan plank.
Ads
Pengarang buku “The 2 Meal Day”, Max Lowery pula berpendapat cara terbaik melakukan plank adalah dengan memperhatikan posisi punggung. Jelasnya selagi kedudukan dan posisi punggung tidak melengkung, ia boleh memberikan tekanan pada bahagin sendi. Jadi senaman plank yang dilakukan efektif sepenuhnya ke atas otot-otot badan.
Buat anda yang ingin melakukan senaman plank setiap hari, tak perlulah melakukan dalam tempoh yang terlalu dalam untuk setiap set. Setiap plank dilakukan biarlah sesuai dengan tenaga badan dan tidak terlalu membebankan fizikal anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rajin buat senaman runcingkan dagu, hasilnya anda dapat hilangkan masalah double chin yang mungkin nampak buruk bila duduk depan cermin. Nak-nak waktu gelak sakan, ketara nampak lemak di situ!
Jangan risau sebab ada rahsia yang terbaik menghilangkan masalah dagu berlipat iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut. Jom cuba!
Senaman Otot Muka
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Gaya Mencedok
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Pipi kembung
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Membujur
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Anda akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Teknik Cium Ke Atas
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Genggaman Halangan
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Senyum Terpaksa
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Petua Tambahan
Buat masker putih telur.
Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya oleskan wajah dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.
Tidak dinafikan, ramai kini memilih untuk aktiviti berbasikal dalam mengekalkan kecergasan tubuh.
Dilakukan secara berkumpulan atau individu, aktiviti lasak ini memberi manfaat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan.
Jika dilakukan secara konsisten berat badan boleh turun dengan cepat dan perut lebih mudah kempis.
Malah mengayuh basikal adalah salah satu cara yang berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kekuatan fizikal tanpa perlu menyekat diet harian.
Seperti semua jenis senaman sebelum berkayuh perlu melakukan aktiviti pemanasan badan sekitar 15 minit. Pemanasan badan ini penting untuk elak sebarang kecederaan dan merangsang otot untuk bersedia untuk mengayuh.
Begitu juga selepas mengayuh perlu melakukan aktiviti penyejukan badan seperti melakukan kayuhan ringan sekitar 15 minit bagi membantu merehatkan otot dan badan.
Terdapat tiga jenis basikal yang biasa digunakan dalam aktiviti basikal ini iaitu;
1. Basikal jalanan (road bike)
Basikal jenis ini hanya boleh digunakan di jalan raya. Ia sangat ringan dan mempunyai tayar yang kecil yang direka khusus untuk menyusur di jalan raya. Boleh dikatakan basikal jenis ini berteknologi tinggi kerana sering berubah mengikut peredaran zaman terhadap aerodinamik dan materialnya.
Mungkin itu punca basikal ini mahal harganya. Namun kepuasan menunggang basikal jenis ini apabila berkayuh jarak jauh sekitar 80km hingga 160km.
2. Basikal gunung (mountain bike – MTB)
Basikal jenis ini sesuai untuk kayuhan di atas jalan biasa. Ia adalah basikal pelbagai guna kerana boleh menyusur di laluan lereng bukit, gunung, sungai, jalan hutan dan taman perumahan. Basikal gunung ini terbahagi kepada dua;
i. Hard tail – mempunyai penangguhan (suspension) hanya di bahagian depan (fork) dan tidak di bahagian belakang. Biasanya digunakan untuk memanjat bukit dan offroad yang tidak mencabar.
ii. Soft tail – mempunyai penangguhan (suspension) di bahagian depan (fork) dan belakang. MTB jenis ini biasa digunakan ketika menuruni bukit yang mencabar.
3. Basikal untuk melancong (touring bike)
Basikal jenis ini biasanya digunakan oleh pelancong untuk melawat sesuatu tempat pelancongan. Basikal jenis ini mempunyai ruang untuk meletak beg dan mengayuh dengan santai.
Apabila sudah mula mengayuh cuba pelajari teknik yang betul. Ini kerana teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kecederaan dan kayuhan lebih berkesan. Teknik yang salah boleh menyebabkan otot menjadi lenguh dan prestasi menurun.
Gunakan gear yang paling berat dan berkayuh secara agak perlahan sekitar 50 hingga 60 rpm. Keadaan ini akan membuatkan anda menggunakan semua otot untuk mengekalkan corak pusingan kayuhan di samping menggunakan tenaga yang bersesuaian untuk mengekalkannya.
Kemudian cuba kayuhan dengan gear yang ringan dan pusingkan pedal selaju yang mampu (100, 120, 150 rpm) tanpa merasa terlambung-lambung. Ini akan memperbaiki pusingan kayuhan supaya lebih sempurna.
Memilih Basikal Yang Sesuai
Memilih basikal bukan umpama membeli bola di kedai sukan. Pembelian basikal perlu bersesuain dengan penunggan dengan mengambil kira saiz tubuh. Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:
Saiz XS (13inci hingga 14inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci.
Saiz S (14inci hingga 16inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci.
Saiz M (16inci hingga 18inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci.
Saiz L (18inci hingga 20inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci.
Saiz XL (20inci hingga 22inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.
Namun ini hanya panduan sahaja kerana bentuk tubuh manusia tidak sama. Apa yang penting sebelum membeli perlu mencuba dengan mengayuh basikal tersebut terlebih dahulu. Berbincang dahulu dengan mereka yang pakar kerana basikal yang tidak sesuai dengan tubuh memudahkan lagi kecederaan.
5 JENIS AKTIVITI MOUNTAIN BIKE
1. Merentas desa (cross country – XC)
2. Enduro/All mountain (AM)
3. Freeride (FR)
4. Downhill (DH)
5. Dirt jump (DJ)/ Urban and Street (DJ)
Ada antara kita ni memang malas bersenam, terutamanya di waktu pagi atau cuti. Ada yang kata sibuk. Ada yang kata memerlukan peralatan senaman yang lengkap.
Sebenarnya anda masih boleh melakukan senaman ringkas ini tanpa menggunakan alatan seperti di gym.
Jangan mencipta alasan, kerana yang penting kesihatan tubuh badan dengan melakukan beberapa senaman ringkas ini.
1. Berjalan
Kalau ada tangga di rumah, boleh lakukan aktiviti turun naik tangga ataupun yang paling ringkas, anda cuma perlu berjalan setempat. Lakukan sebanyak beberapa pusingan. Ini membantu untuk otot kaki.
2. Lompat Katak
Siapa yang tidak tahu cara lompat katak. Senaman ini sangat popular dipraktikkan ketika di sekolah jika didenda melakukan sesuatu kesalahan. Senaman ini membantu anda memanaskan badan juga untuk senaman kardio.
3. Push Up
Selalunya, kaum lelaki paling suka buat senaman ini berbanding perempuan. Lakukan pada lutut daripada meluruskan kaki anda. Anda juga boleh mencuba dengan berdiri pada dinding. Ini membantu membina kekuatan lengan.
4. Naikkan Kaki
Ini pun salah satu senaman sangat ringkas tetapi memnbantu kita membina otot kaki. Kalau tak boleh nak luruskan kaki, mungkin boleh cuba bengkokkan sedikit. Insya Allah berhasil.
5. Berjoging Setempat
Joging merupakan senaman yang bagus untuk hati. Anda boleh berjoging sambil menonton tv atau mendengar muzik di rumah.
6. Squat
Siapa pernah buat squat ni? Memang mencabar pada siapa yang tidak biasa. Latihan ini baik untuk membina kekuatan kaki membentuk punggung yang cantik.
7. Menari
Senaman yang paling senang bagi semua adalah dengan menari! Menari meupakan satu senaman yang sangat indah kerana ia bagus untuk hati anda. Malah, ia boleh menaikkan semangat anda. Tak Percayalah boleh cuba.