Selain hiking, antara señaman lain yang boleh cepat menampakkan hasil adalah squats.
Senaman squats ini dikatakan banyak kelebihannya terutama untuk mencantikkan punggung. Tetapi selain itu sebenarnya ada kelebihan squats ini yang ramai tak tahu.
Jika dilakukan secara konsisten setiap hari tidak mustahil anda akan mendapat bentuk badan yang cantik kerana senaman squat ini ada beberapa jenis antaranya back squats, front squats, box squats, bulgaria split squats, jefferson squats dan zercher squats
Regangan daripada melakukan squat dapat mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan lebih lancar dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Peredaran yang baik bermakna lebih banyak nutrien dan oksigen sampai ke organ-organ penting. Dan ya, anda boleh ucap selamat tinggal kepada selulit, jika anda melakukan senaman ini dengan kerap.
Squat membantu menyingkirkan bahan buangan daripada badan dengan lebih baik. Tindak balas otot melalui senaman ini memperbaiki aliran cecair di dalam badan, pada masa yang sama memudahkan proses pembuangan melalui usus.
Walaupun pergerakan lebih tertumpu pada bahagian kaki, squat juga menggalakkan pertumbuhan otot di seluruh tubuh badan. Senaman ini begitu intense sehingga mewujudkan rembesan hormon-hormon yang begitu penting untuk pertumbuhan otot tisu.
Kebaikan squat juga merangkumi pada postur. Squat adalah cara yang bagus bukan sahaja untuk memperbaiki postur, tetapi juga untuk membina keseimbangan yang lebih baik. Ia turut membantu menguatkan otot belakang, sekaligus mengelakkan sakit belakang disebabkan oleh duduk di kerusi terlalu lama.
Selain membina otot dan melancarkan peredaran darah, senaman squat turut membakar kalori. Senang kata, squat adalah satu senaman komprehensif bagi mengekalkan kesihatan, dan pada masa yang sama menurunkan berat badan. Seluruh tubuh akan menjadi cergas!
Sudah tentu! Squat dapat mengukuhkan otot punggung dalam masa yang singkat, tanpa perlu meletakkan apa-apa beban di belakang. Jadi, kalau nak dapatkan punggung cantik yang boleh buat anda rasa bangga dan puas hati, buatlah squat
hari-hari.Artikel Berkaitan:
Mudah & Jimat. 6 Kebaikan Senaman Skipping Ramai Tak Tahu, Boleh Cepat Turunkan Berat Badan!
5 Senaman Ringkas Bantu Pejalkan Otot, Baru Bertenaga Kerja Dari Rumah Sepanjang PKP
6 Bulan Je Dah Hilang 8 KG. Selain Lakukan Senaman Tabata, Wanita Kongsi Menu DSSS Diambil!