Sakit senggugut mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah golongan wanita. Ini boleh menjejaskan rutin harian dan mood. Masalah kekejangan pada bahagian rahim bukan sekejap tapi ada yang sehingga lebih dari 24 jam!
Jadi sudah pasti pil tahan sakit menjadi pilihan anda untuk kurangkan rasa sakit dan ini juga cara yang paling cepat untuk menghilangkannya.
Kalau ikutkan petua lama, anda boleh amalkan makan yogurt dan minyak zaitun, untuk hilangkan rasa sakit senggugut. Namun begitu, cara itu hanya salah satu cara untuk melegakan rasa sakit. Belum tentu anda akan rasa lega.
Sakit Senggugut Tak Lama Kalau Buat Senaman Yoga Macam Ini
Tindakan awal yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan sakit proses menstruasi ialah dengan melakukan beberapa sesi pose yoga. Haa… percayalah rasa sakit senggugut hilang dengan lebih cepat dari biasa.
Tiga posisi ini sangat membantu melegakan pada bahagian pinggang, kaki dan perut. Malah, anda akan rasa lebih segar selepas melakukan regangan ringan ini. Lakukan secara rileks, ambil masa dua hingga tiga minit bagi setiap posisi. Jangan lupa untuk bernafas dengan tenang.
Tips bonus!
Anda juga boleh urut bahagian tapak kaki (seperti dalam gambar) selama tiga minit pada kedua-dua tapak kaki. Jangan lupa juga untuk berjalan perlahan-lahan. Ini membantu untuk melancarkan pergerakan darah haid untuk berpisah dari uterus.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak sepereti orang lain yang sudah melahirkan anak untuk mengekalkan bentuk badan langsing selepas melahirkan, tetapi bagi Scha tiada masalah untuk kekal langsing.
Menurutnya tiada rahsia tertentu diamalkan tetapi apa yang sering dilakukan adalah ‘merapikan’ rumah kerana dia tidak gemarkan keadaan berselerak dan bersepah.
Kadangkala jadual kerja agak padat, jadi Scha akan cuba untuk meluangkan masa membersih dan mengemas rumah.
Pada masa sama, Scha juga seorang yang lasak dan tidak boleh duduk diam. Dia akan cuba mencari apa saja aktiviti yang boleh dilakukan di rumah.
Walaupun mempunyai pembantu, tetapi Scha mengakui selesa melakukannya sendiri.
“Memang ada pembantu, tetapi saya selesa melakukannya sendiri. Mungkin ramai yang menganggap saya ‘lady boss’ yang tidak melakukan kerja-kerja rumah.
“Agak melucukan apabila setiap kali menziarahi ke kediaman ibu mertua, dia tidak membenarkan saya membuat kerja rumah kerana berasa segan untuk meminta saya berbuat demikian.
“Kadangkala ada juga yang berfikir saya seorang yang tidak melakukan kerja-kerja rumah kerana ada pembantu. Awas, sebenarnya tidak ya,” katanya lagi sambil berseloroh.
Scha turut memberitahu dia tidak melakukan sebarang aktiviti fizikl keranatidak dibenarkan oleh doktor.
“Saya tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal kerana doktor tidak membenarkan berbuat demikian.
“Ini disebabkan saya melakukan pembedahan sewaktu melahirkan anak kedua, doktor menasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lasak.
“Boleh dikatakan, kediaman dua tingkat rumah ini dijadikan sebagai ‘gimnasium’ selain sibuk menguruskan dua cahaya mata.
“Saya juga akan memakai jam pintar bagi mengetahui jumlah kalori yang telah dibakar berdasarkan aktiviti yang dilakukan.
“Boleh dikatakan setiap kali saya melakukan sebarang aktiviti, saya akan memakai jam pintar tersebut,” katanya lagi yang akan memastikan pengambilan air putih mencukupi.
Dia juga akan menbawa air putih ke mana saja pergi dan cuba mengurangkan pengambilan air manis. Ini adalah salah satu cara Scha Alyahya untuk memastikan berat badan sentiasa ideal.
Untuk makluman, tahun ini juga pasangan Scha Alyahya dan suami Awal Ashari menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan dan keduanya telah dikurniakan dua cahaya mata, Lara Alana 7 tahun dan Lyla Amina, 4 bulan.
Sebagai wanita normal, pasti kita akan melalui fasa kitaran haid setiap bulan. Namun pernahkah anda mendengar mitos mengenai kedatangan haid yang dianggap kotor dan mengundang kemarahan.
Ini dikatakan terjadi di satu kawasan pedalaman di Nepal, di mana wanita yang sedang mengalami haid tidak boleh tinggal di dalam rumah.
Menurut mitos masyarakat tempatan, wanita haid di anggap “kotor’ dan akan mengundang kemarahanTuhan. Jika mereka ingkar, malapetaka akan berlaka pada keluarga tersebut.
Mereka akan bermalam di pondok kecil yang di bina di luar rumah. Menyedihkan, mitos ini menyebabkan ada wanita yang mati kesejukan di luar rumah.
Adakah kitaran haid ini satu hukuman buat wanita sehingga begitu banyak pantang larang yang di kaitkan dengan keadaan normal fisiologi wanita ini?
Satu perkongsian mengenai “Apa Yang Wanita Perlu Tahu Ketika Period /Datang Haid” telah dikongsi oleh lebih 70 ribu netizen.
Adakah benar apa yang di dakwa oleh laman ini?
Ikuti kupasan ringkas dan santai dari PHM
1. MITOS- Jangan memcuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka ketika datang haid dan boleh menyebabkan sakit kepala/ kepala masuk angin.
FAKTA-Mencuci rambut ketika haid tidak menyebabkan kepala masuk angin. Liang rambut TIDAK terbuka semasa haid. KEBERSIHAN perlu di beri keutamaan semasa haid (PENTING!!)
2. MITOS – Jangan makan timun ketika sedang period kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim..
FAKTA- Makan timun semasa haid TIDAK akan menyebabkan sebarang kesan pada dinding rahim kerana saluran pencernaan (perut, usus, dubur) TIDAK bersambung dengan rahim anda.
3. MITOS- Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim.
FAKTA- Minum minuman sejuk bukan punca darah membeku. Seperti mana penerangan untuk mitos timun, air yang di minum akan melalui perut dan usus dan TIDAK mengalir ke rahim.
4. MITOS- air kelapa juga tidak boleh diminum disaat sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim anda sejuk.
FAKTA: Cuba bayangkan wanita yang tinggal di negara beriklim sejuk. Rahim nak sorok di mana? Minum air kelapa TIDAK menyebabkan rahim sejuk
5. Minuman bergas separti cola, pepsi dan apa saja yang bergas adalah tidak digalakan sama sekali diminum ketika haid. Selepas 5-10 tahun akan menyebabkan kanser rahim.
FAKTA – Minuman berkarbonat biasanya mengandungi kandungan gula yang TINGGI. Sama ada anda sedang haid atau tidak, kurangkan pengambilan makanan yang manis.
6. MITOS Ketika haid, tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dari benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka.
FAKTA : Sekiranya impak pukulan di bahagian perut benar benar kuat, sesiapa saja berkemungkinan mengalami kecederaan tidak mengira sedang haid atau tidak.
Menjadi tanggungjawab kami untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai infomasi yang tepat.
Walaupun impak mitos mitos ini TIDAK sehebat mitos di Nepal, tetapi sampai bila kita hendak hidup dalam alam khayalan mitos?
Haid adalah satu kitaran normal bagi fisiologi wanita.
Dalam agama Islam sendiri, wanita yang sedang haid di beri keringanan untuk berehat dari ibadat sebagai penghargaan buat wanita.
Mengapa kita perlu menyukarkan golongan wanita dengan saranan yang tidak berasas?
Tidak dinafikan ramai menyukai kucing dan menjadikan ia sebagai binatang peliharaan. Tetapi sepanjang memelihara haiwan, ini adakah anda pernah terkena cakaran yang boleh membawa infeksi merbahaya.
Perkongsian di laman sosial twitter, Pakar Optometrist, Puan Amira Nadia Raup berkongsi sejenis penyakit mata akibat cakaran kucing atau disebut sebagai Cat-scratch Neuroretinis atau Ocular Bartonellosis.
Menurutnya jika terkena penyakit ini pesakit akan mengadu kabur penglihatan yang berlarutan dan semakin teruk walaupun sudah memakai cermin mata / walaupun pada asalnya tidak rabun langsung.
“Penyebabnya ialah jangkitan dari bakteria “Bartonella Henselae” yang dipindahkan dari cakaran, gigitan mahupun dari air liur kucing yang dijangkiti.
“Keadaan yang kronik dan lambat dikesan akan mengakibatkan kehilangan penglihatan. Situasi ini di mana diska optik akan mengalami edema kronik dan boleh merebak ke kawasan makula di mana kawasan penglihatan terang akan terjejas,” jelasnya.
Tambahnya lagi, jika terkena masalah ini rawatan antibiotik akan diberikan segera untuk menghentikan jangkitan.
“Jika dapat dikesan lebih awal,penglihatan boleh diselamatkan. Tetapi jika terlambat jangkitan yang merebak akan meninggalkan parut kekal pada retina.
“Apa optometris akan lakukan jika seseorang pesakit mengalami tanda tanda cat scratch disease ini?
“Biasaya saringan awal akuiti visual menunjukkan penurunan penglihatan,ujian warna gagal dan pemeriksaan refleks mata adalah RAPD Positive menunjukkan ada gangguan berlaku di retina/saraf
“Dengan melakukan pemeriksaan Fundus Photo serta ujian saringan makula dapat mengesan perubahan yang berlaku di belakang mata. Serta dapat tahu berapa peratus kawasan penglihatan yang terjejas.
“Setelah itu, rujukan segera dilakukan ke Oftalmologis memandangkan rawatan antibiotik dan ujian fluorescein angiography hanya boleh dilakukan di hospital yang mempunyai oftalmologis,” tambah lagi.
Walau bagaimanapun prognosis / jangkaan pulih antibiotik bergantung pada tahap severe.
Ini kerana antibiotik hanya bertindak menghadkan tindakbalas bakteria sahaja / merencatkan disebabkan “self limiting”. Beliau juga turut memberi peringatan kepada ibu bapa dan wanita hamil.
“Manakala untuk ibu bapa, perhatikan jika anak anak terkena cakaran kucing,terutamanya jenis kucing terbiar dan terdedah dengan pelbagai penyakit.
“Kepada ibu mengandung pula,sila jauhi kucing/ najis kucing kerana anda terdedah dengan jangkitan parasit kucing toxoplasma gondii yang boleh menjangkiti pada mata bayi, dan memberi kesan parut yang merebak pada retina. Dan risiko hilang penglihatan,” katanya lagi memberitahu kesan bahaya yang akan dialami.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.