Bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti senaman simple di rumah tetapi memberi kesan paling cepat digalakkan untuk membuat jump rope.
Senaman jump rope menjadi popular sepanjang tempoh PKP ini dan masa diambil tidak lama hanya perlukan satu jam atau lebih bergantung stamina seseorang.
Selain tidak memerlukan banyak peralatan ia juga tidak memelukan ruang yang banyak untuk dilakukan.
Hanya perlu sedikit ruang selesa dan juga seutas jump rope yang sesuai. Melakukan aktiviti jump rope dapat merangsang bukan sahaja kekuatan otot tetapi membina stamina dengan baik.
Dikongsikan beberapa kebaikan jump rope yang juga boleh dilakukan aktiviti ini bersama seisi keluarga.
Senaman ini mampu menaikkan kadar degupan jantung dengan pantas. Jadi lakukanlah dengan kadar sesuai dengan kemampuan jantung anda. Jika dilakukan dengan baik ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular.
Buat anda yang mampu melakukannya dengan baik, jump rope amat digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko berisiko seperti serangan jantung.
Buat anda yang ingin turunkan berat badan dan mahukan senaman yang mudah, jump rope boleh menjadi senaman pilihan paling unggul. Tahukah anda, selepas melakukan jump rope selama 15 minit, anda mampu membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori.
Senaman lompatan seperti jump rope menggerakkan banyak otot badan yang menjadi aktif. Ia menjadikan badan kita dalam kategori dikenali sebagai ‘thermogenic’ iaitu keadaan di mana badan kita menghasilkan haba yang banyak semasa bersenam.
Melakukan senaman lompat tali atau jump rope juga dikatakan dapat menguatkan kekuatan tulang. Terdapat kajian mendapati seseorang yang melakukan bersenam jump rope selama 10 minit setiap hari didapati mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh. Ia sekali gus boleh mengurangkan risiko kesihatan tulang seperti osteoporosis.
Untuk anda yang mempunyai masalah berat badan, senaman jump rope boleh membantu anda membakar lemak di bahagian perut dengan baik sekali. Senaman yang konsisten diikuti dengan amalan gaya hidup dan pemakanan diet seimbang mampu memberikan anda hasil yang mantap.
Tak ramai tahu bahawa melakukan senaman jump rope memerlukan fokus yang baik. Menurut Jump Rope Institute, rutin lompat tali secara konsisten akan mengembangkan aktiviti otak di bahagian kanan dan kiri hemisfera. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran seseorang dalam mengingat dan meningkatkan kepekaan minda.
Artikel Berkaitan:
Mudah & Jimat. 6 Kebaikan Senaman Skipping Ramai Tak Tahu, Boleh Cepat Turunkan Berat Badan!
Tanpa Produk & Senaman, Wanita Berjaya Lenyapkan 29 KG Dalam Masa 8 Bulan Ikut Ilmu Diet Betul!
Diambil Setiap Hari Secara Sederhana, Ini 8 Manfaat Habatussauda Untuk Kesihatan