Berjalan atau mendaki bukit memang banyak faedahnya. Bukan sahaja dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat, malah ia terbukti mampu mengekalkan kesimbangan dan postur badan.
Sesungguhnya, rutin ini memerlukan tenaga yang banyak di samping penggunaan otot badan yang stabil berbanding berjalan atau berlari di atas permukaan rata.
Namun, kebanyakan daripada kita menganggap rutin mendaki bukit ini agak sukar untuk diikuti kerana mudah berasa letih dan semput, lalu ia kurang diamalkan.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Sebenarnya anda silap. Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
Ads
ADAPTASI GUNA TREADMILL
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
BAKAR LEBIH BANYAK KALORI
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
Ads
KELAJUAN TREADMILL
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
RUTIN HARIAN
1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
Ads
2- Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3- Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Setiap individu pasti pernah melalui saat di mana wajah mengalami masalah jerawat yang teruk.
Jika masalah ini berlaku akan menyebabkan seseorang akan hilang keyakinan diri terutama apabila berdepan di khalayak.
Rupa-rupanya, pemilik Tudung Ruffle, Hanis Arif atau dikenali dengan Anis juga turut mengalami situasi yang sama. Tetapi wajahnya sudah sembuh dari masalah jerawat yang pernah dialami suatu ketika dulu.
Ada beberapa tip yang diamalkan oleh Anis untuk menjaga kulit wajahnya sehingga dia mampu memiliki kulit yang mulus dan menawan.
Nak tahu apa rahsianya? Jom ikuti perkongsian Anis di laman Instagramnya.
Disini Anis share sikit tips macam mana nak jaga kulit yang tengah jerawat teruk. Tapi anis taknak upload gambar tengah jerawat tu kat sini takut jd mangsa viral lagi.
1. Jangan usik jerawat tu. Setiap kali rasa gatal. Jentik tangan tu. Whitehead memang hilang time tu, tapi parut akan kekal selamanya. Laser pun takleh hilangkan fully parut lekuk in future.
2. Rajin cuci muka. At least 2 kali sehari. Lagi lagi lepas buat aktiviti berpeluh atau pakai heavy mekap. Cuci sampai bersih, tamo cincai cincai je. Spent sikit duit untuk beli brush atau span untuk cuci muka.
3. Pantang makan benda yang korang rasa boleh buat jerawat naik. Macam Anis, Anis takl boleh makan sambal belacan and kuah rojak petis. Makan je konpem akan naik.
4. Rajin pergi facial as request by beautician. Anis usually akan pergi every 2 weeks. Let your beautician take care of your pimple. Selalunya beautician picit jerawat dia takkan tinggalkan parut dekat muka.
5. If jerawat tengah teruk, anis makan ubat doxymicin. But this one, cuma boleh approve by pharmacist. Tak semua orang boleh dapat, unless jerawat bebetul teruk.
6. Tips paling jimat Anis buat untuk hilang parut, dengan guna serbuk kayu manis campur dgn serbuk kunyit. Gaul dengan air. Sapu pada parut dan amal setiap malam. Dalam one week dah nampak improvement.
7. Guna cleanser and supplement yang sesuai dengan kita. Depends pd individu. Product akan berbeza beza ikut orang.
8. Pakai mekap yang bersesuaian dgn kulit dan berkualiti tinggi. Always make sure brush dan span sentiasa bersih.
Hopefully membantu. It tooks few months maybe years untuk fully recover. Jadi kena bersabar dan jangan hilang semangat.
“Assalamualaikum, doKtor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam handphone. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
JAWAPAN:
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.
Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak.
Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakanadalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu.
Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan ini boleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan menyuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebengkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan.
Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit.
Pada pusingan kelayakan tersebut gimnas kelahiran Subang Jaya, Selangor itu menyarungkan leotard rona jingga. Beliau mengumpul markah keseluruhan sebanyak 48.565 mata dengan berhenti pada kedudukan ke 68.
Biarpun kalah, tetapi Farah Ann tetap menang di mata kita rakyat Malaysia.
Ayuh kita lihat fakta menarik anak kedua daripada 3 beradik berasal dari Subang Jaya ini.
1. Berdarah campuran Melayu sebelah bapa dan Kanada di sebelah ibunya.
2. Beliau merupakan atlet gimnastik artistik Malaysia pertama layak ke Sukan Olimpik 2020 selepas 20 tahun.
3. Bicara Farah Ann sejak usia lapan tahun beliau sudah memasang impian bertanding pada Sukan Olimpik kerana sebelum ini ralat tidak berjaya ke Sukan Olimpik Rio di Brazil.
4. Berdasarkan rekod, Farah Ann merupakan gimnas ketiga Malaysia yang layak ke Olimpik selepas Au Li Yen pada tahun 2000 di Sydney, Australia dan Ng Shu Wai di Athens, Itali (2014).
5. Penglibatan dalam sukan gimnas berpunca daripada sikapnya yang hiperaktif dan tantrum tidak mengira masa seawal usia tiga tahun serta terlalu lincah memanjat monkey bar di taman permainan.
6. Bertitik tolak daripada situ, ibu bapanya menghantar Farah ke kelas gimnastik kerana niat asal apabila pulang ke rumah beliau akan tidur dek keletihan dan tantrum pun dapat dikurangkan.
7. Pernah meraih dua pingat emas pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan satu pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun 2017.
8. Ini termasuklah mencatat rekod cemerlang apabila merangkul tiga emas dalam acara individu keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai pada Sukan SEA 2019.
9. Farah Ann pernah cedera ligamen terkoyak pada bahu dan lutut serta ligamen pergelangan kaki kiri putus.
10. Bersekolah di Seklah Menengah Sukan Bukit Jalil sebelum menyambung pengajian dan berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera Global, Universiti Monash.
11. Individu pertama miliki model barbie edisi has yang dicipta oleh Amerika Mattel. Patung Barbie edisi khas itu juga dibuat menyerupai ikonik Farah Ann dengan berambut hitam dan berbaju merah jambu, emas, dan putih, pakaian yang sama yang dipakai pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.