Bagi mereka yang sedang menerima rawata kanser, memang dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti berat membabitkan fizikal seperti senaman.
Namun dalam masa sama, senaman ringan yang dilakukan akan dapat melancarkan perderan darah ke jatung dan memberi kesihatan kapad organ dalaman.
Walau bagaimanapun bagi jurulatih kecergasaan Bangi Fitness, Nor Haizum Mohamed, walaupun senaman untuk pesakit kanser dibenarkan, sebelum melakukan sebarang pergerakan pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu. Ini bagi memastikan pergerakan dibuat tidak meninggalkan kesan negatif kepada pesakit.
Jadi bagi mereka yang manu bersenam, ikuti beberapa langkah perlu dibuat sebelum senaman dan juga apa perlu dilakukan ketika bersenam.
Sebelum bersenam pesakit dinasihatkan melakukan pemanasan badan terlebih dulu kemudian lakukan pergerakan ringan serta tidak memaksa. Sebaik-baiknya berehat selepas 10 minit kemudian sambung semula. Sekiranya terasa pening atau hampir pitam, berhenti melakukannya.
Ada beberapa panduan yang boleh diikuti bagi pesakit kanser sebelum mula bersenam antaranya:
1. Lakukan Pemanasan Badan
Sebelum melakukan apa-apa jenis senaman, pastikan anda memanaskan badan dengan berjalan selama lima hingga 10 minit atau mandi untuk memanaskan otot. Program fleksibiliti lengkap meregangkan semua kumpulan otot utama perlu menjadi sebahagian daripada pemanasan badan.
2. Lakukan Perlahan-lahan & Tenang
Jangan memaksa tubuh sebaliknya lakukan perlahan-lahan tanpa tekanan. Pastikan anda dalam keadaan gembira dan tenang kerana ia akan mempengaruhi emosi pada masa akan datang.
3. Maklumkan Kepada Jurulatih
Jika anda mengikuti kelas senaman maklumkan kepada jurulatih anda adalah pesakit kanser. Minta pengubahsuaian untuk sebarang pergerakan yang tidak boleh dilakukan. Buat perkara yang sama jika anda bersenam dengan jurulatih peribadi yang disahkan. Pastikan dia tahu anda sedang menerima rawatan supaya senaman dapat diubahsuai mengikut keperluan.
Ads
Elakkan Bersenam Jika:
1. Anda mempunyai masalah kekurangan darah dan fungsi imun yang rendah.
2. Mengalami keletihan yang teruk.
3. Sedang menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi.
4. Elakkan senaman tinggi intensiti sekiranya anda tidak sihat.
Ini Pula Turutan Senaman Perlu Ikut
Ads
1. Berdiri tegak buka kaki mengikut keselesaan kemudian angkat kedua-dua tangan lurus ke hadapan.
2. Turunkan badan sedikit demi sedikit dengan kedua tangan masih di hadapan. Bernafas seperti biasa.
Kemudian naik dan turun lakukan sebanyak 10 kali.
3. Dalam posisi meniarap letakkan kedua-dua tangan di sisi.
4. Angkat kepala luruskan tangan.
Perlahan-lahan turunkan badan dan lakukan dalam lapan ke 10 set.
Ads
5. Dalam keadaan berbaring letakkan kedua-dua tangan di sisi.
6. Angkat kaki kanan dan diselangselikan kaki kiri. Lakukan secara berulang-ulang.
7. Dalam keadaan berbaring bengkokkan kedua kaki. Tangan berada di sisi.
8. Angkat kepala mengikut kemampuan. Kemudian turunkan lakukan dalam 10 set
Seperti yang kita maklum, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telahpun bermula sejak pertengahan Mac lalu.
Sebelum ini fasa vaksin pertama telah diberikan kepada frontliner di seluruh negara. Dan perkembangan terkini pemberian vaksin menyaksikan slot vaksin AstraZeneca COVID-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka pada 12 tengah hari tadi.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah berkongsi kemas kini mengenai proses pendaftaran melalui akaun Twitternya berkata, mereka yang telah berdaftar akan menerima butiran lanjut mengenai temu janji pada aplikasi MySejahtera atau SMS mereka tidak lama lagi.
“Mereka yang tidak berjaya mendapatkan slot masih berpeluang meletakkan nama mereka dalam senarai menunggu di laman web sama di http://vaksincovid.gov.my,” katanya di Twitter.
Pada Sabtu, Khairy berkata, vaksin AstraZeneca dibuka kepada 268,000 individu secara ‘siapa cepat, dia dapat’ di laman web itu bagi penduduk KL dan Selangor dan temu janji pertama bagi slot vaksinasi itu akan dijalankan pada 5 Mei di PPV yang ditetapkan.
PPV itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Khairy juga dilaporkan berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan melancarkan inisiatif sama di negeri lain sementara menunggu penghantaran selanjutnya vaksin AstraZeneca.
Beliau berkata kerajaan juga dijadual menerima sejuta lagi dos vaksin AstraZeneca pada bulan ini melalui Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX).
“Kami akan memperluaskan pilihan ini di negeri-negeri lain, kecuali Sarawak yang telah menunjukkan penurunan dan akan memastikan mereka yang tidak mempunyai akses internet serta yang lain juga boleh mendaftar,” katanya.
Suka tengok kulit Elfira Loy, nampak cantik tanpa sebarang cela dan kalau anda nak tahu dia sangat menjaga bab kecantikan kulitnya.
Namun, disebalik kecantikan kulitnya itu, pelakon wanita ini juga pernah mengalami masalah kulit seperti kita.
Okay, ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah kulit yang dihadapinya.
Cari Produk Yang Sesuai Dengan Masalah Kulit
Menurut El, belum terlambat untuk anda mulakan set penjagaan wajah bagi meredakan masalah kulit yang anda lalui.
“Lagi kita menjaga kulit, lagi banyak perkara yang akan kita pelajari tentang kulit kita. Jadi kita akan tahu produk yang bagaimana yang sesuai untuk kulit dan atasi masalah kulit kita.
“Selalunya dekat luar, walaupun nampak macam El mengenakan solekan. Tetapi El cuma gunakan concealer tiada foundation sahaja. Sebab sekarang ini, El sedang menjaga kulit El dengan lebih baik, daripada mengenakan solekan,” ujarnya.
“Macam El, akan selalu bercakap perkara-perkara positif dengan kulit El. Contohnya macam, selamat pagi kulit ini untuk pudarkan cela, tolonglah berkesan,” seloroh Elfira.
Cara Elfira Loy Tangani Masalah Kulitnya!
“Masalah kulit yang El hadapi adalah kulit sensitif, kulit kering dan senang dehidrasi. Bila buat analisa kulit, baru tau yang El ada banyak bintik hitam pada kulit. Walaupun tengok depan-depan memang tak nampak ketara.
“Dengan masalah-masalah kulit ni, kondisi kulit El macam tak berfungsi, bila cuba mengenakan solekan, tak smooth dan macam tak melekat dengan baik pada permukaan kulit,” katanya.
Kena Rajin Exfloliation
El turut berkongsikan cara bagaimana dia menangani masalah kulit yang dimilikinya dengan melakukan Exfoliation iaitu menggunakan skrub untuk membuang sel kulit mati. Menurut El cara ini sangat lembut dan tidak merengsakan kulitnya.
“Selalunya jika El gunakan exfoliator ada bahagian muka terutamanya di bahagian bawah mata yang akan bertukar merah. El tak pasti samada ini berlaku kerana ini adalah bahagian kulit yang paling sensitif. Tapi, alhamdulillah Cethaphil exfoliator berkesan kepada kulit El.
Jadi masih belum terlambat untuk anda mula fokus tentang penjagaan kulit, ikuti tip yang dikongsikan oelh Elfira Loy ini untuk mengurangkan masalah cela di wajah.
Selamat bercantik-cantik dengan semangat yang baru!
Kebiasannya jika kita pergi ke pasar malam dan membeli nasi kerabu, pasti akan menambah lauk daging bakar bersama dan dengan bawang putih jeruk.
Namun ada kalanya bawang putih jeruk ini ada yang bertukar warna menjadi kebiruan. Persoalannya apakah bawang bertukar warna ini selamat dimakan atau sebaliknya.
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa tentang perubahan warna jeruk bawang putih yang menjadi biru.
Seperti penulisan saya sebelum ini, bawang merah atau bawang putih mengandungi bahan kimia semulajadi bersulfur.
Apabila ianya dikisar bahan kimia bersulfur ini boleh bertindakbalas dengan mengoksida bahan kimia logam seperti kuprum, zink, zat besi (aka ferum) atau manganese, lalu menghasilkan bahan kimia logam bersulfur aka bahan kimia kompleks.
Pembentukan bahan kimia kompleks ini adalah penyebab warna bawang berubah. Maksudnya di sini perubahan warna tidak semestinya biru sahaja, boleh jadi kelabu, kebiruan, kehijauan atau sedikit kemerahan bergantung kepada jenis logam berat yang wujud dan tahap pengoksidaan yang berlaku.
Untuk warna biru kehijauan ini adalah disebabkan oleh tindakbalas bahan kimia bersulfur dalam bawang dengan logam kuprum.
Dari mana datangnya logam-logam ini? Mereka boleh jadi terdapat dalam bawang itu sendiri atau luntur (leak) dari bekas penyimpanan, peralatan pengisar atau air paip. Dalam kes bawang jeruk, tentunya dalam bawang itu sendiri.
Adakah bawang yang telah bertukar warna ini selamat dimakan?
YA, ianya selamat untuk dimakan. Ini kerana logam berat tersebut tersangatlah sedikit dan jika berjaya diserap, kuprum boleh digunapakai oleh badan untuk membantu zat besi membentuk sel darah merah.
Kebiasannya bahan kimia sulfur pula akan dibebaskan sebagai kentut. Bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman pula, bahan kimia bersulfur ini boleh mengakibatkan kembung aka ‘angin’.
Nota kaki: Sebenarnya jenis tindakbalas sama juga berlaku apabila kita merebus telur dengan lama. Ya, pengoksidaan zat besi aka ferum menjadi ferum(II) sulfat adalah punca adanya lingkaran hijau pada telur kuning itu. Selamat saja makan kan?