Salah satu dikatakan senaman paling berkesan untuk mendapat tubuh yang sihat adalah dengan melakukan tabata.
Sebelum melakukan latihan tabata dan mendapat manfaat sama kesannya seperti berjoging selama 40 minit, ada beberapa perkara penting untuk anda ketahui.
Apa Itu Latihan Tabata?
Ia merupakan kaedah senaman (High Intensity Interval Training) yang diolah berdasarkan kajian pada tahun 1996 oleh Dr. Izumi Tabata dan rakan-rakan dari National Institute of Fitness and Sports, Tokyo.
Kaedah/Protokol Latihan Tabata Seperti:
1. Warm-up (memanaskan badan)
2. Senaman yang ultra-intensif pada 170% daripada VO2 (20 saat)
3. Diikuti dengan rehat yang minimal (10 saat)
4. Ulangi langkah 2 hingga 3 untuk 8 set (Jumlah masa = 4 minit)
5. Warm-down (sejukkan badan)
Huraian Mengenai Kaedah/Latihan Tabata
Latihan Tabata adalah sejenis HIIT yang menerapkan nisbah 2:1. Latihan yang berlangsung hanya selama 4 minit ini (240 saat) terbahagi kepada 8 bahagian atau set. Setiap set pula terbahagi kepada 2 fasa, iaitu fasa pecut selama 20 saat (sprint phase) dan fasa rehat selama 10 saat (rest phase). Kitaran ini berterusan sebanyak 8 kali (Jumlah masa = 4 minit).
Ads
Untuk 20 saat yang pertama, anda haruslah melakukan sesuatu senaman itu pada intensiti yang paling tinggi (do it all out!).
Sekiranya anda ingin menerapkan Latihan Tabata dalam larian, maka dalam tempoh 20 saat itu juga anda perlu berlari pecut sekuat hati seperti Usain Bolt, sebelum diikuti dengan rehat selama 10 saat (boleh berjalan lenggang ‘itik pulang petang‘ sebentar).
Apabila jam randik di tangan sudah cukup tempoh 10 saat, anda harus terus berlari pecut lagi untuk 20 saat berikutnya, dan proses ini berulang sebanyak 8 kali. Boleh anda bayangkan?
Keberkesanan Tabata
Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Tabata, atlet yang menggunakan kaedah ini selama 4 kali seminggu berserta 1 kali kardio konsisten (jogging) didapati mengalami peningkatan kapasiti aerobik* dan anaerobik sama seperti mereka yang pulun berjogging selama 5 kali seminggu.
Sedangkan latihan kardio seperti jogging yang biasa mungkin makan masa sekurang-kurangnya 40 minit, tetapi kaedah Tabata hanya memakan masa hanya 4 minit sahaja!
Ads
Sangat pendek bukan? Sesuai untuk mereka yang berkerjaya dan terlalu sibuk untuk bersenam. Malah iklan di TV3 pun jauh lebih panjang tempohnya daripada itu. Mana nak dapat senaman yang hanya selama 4 minit, kemudian habis sesi senaman untuk hari tersebut. Mungkin anda tidak percaya, tetapi itulah kelebihan Latihan Tabata.
Dipercayai, kesan daripada melakukan latihan Tabata tidak terhad kepada peningkatan stamina sahaja, tetapi pembakaran kalori (menerusi peningkatan kadar metabolisma) juga adalah hampir sama dengan mereka yang pulun berjogging setiap hari. Selepas ni, jangan terkejutlah jika terdengar boleh turun 5kg dalam masa seminggu. Rahsianya? Tabata 4 minit sehari sahaja!
Bersediakah Melakukan Tabata? (AMARAN!)
Mungkin bunyinya seperti mudah, 4 minit itu berapalah sangat, bukan? Maka adalah yang berkira-kira ingin mencuba kaedah Tabata selepas ini.
Untuk melakukan Tabata, jantung anda haruslah benar-benar kuat, dan betul-betul fit. Sekiranya kalau berjogging selama 20 minit tanpa henti pun dah semput, maka anda mungkin boleh mula melupakan kaedah Tabata ini, sehingga stamina/jantung anda benar-benar mantap menghampiri keupayaan seorang atlet.
Ads
Anda juga perlu memastikan yang diri anda benar-benar sihat, dan dapatkan pengesahan daripada doktor atau jurulatih peribadi (jika ada) sebelum melakukan Tabata.
Masih ramai yang memandang remeh tentang sakit belakang, anggap cuma perlukan rehat namun sebenarnya ini berkait rapat dengan slipped disc.
Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Bagi yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui lebih jelas menerusi perkongsian ilmu daripada Dr Syid ini.
Aduh sakitnya belakang! Terus ada yang jadi doktor segera kata ‘ha itu mesti masalah slipped disc’. Sebenarnya banyak punca sakit belakang yang sebenarnya bukan berpunca daripada slipped disc.
Jadi untuk ketahui adakah benar itu slipped disc ataupun tidak perlu dapatkan nasihat doktor yang bertauliah. Bukannya doktor segera kedai kopi.
70% daripada kita semua pernah sakit belakang. 50% pernah sakit sedikit sahaja mungkin disebabkan oleh salah duduk dan boleh sembuh dalam masa seminggu. Manakala 90% sakit belakang mengambil masa untuk sembuh sekitar 1-3 bulan manakala 10% perlukan rawatan invasif iaitu pembedahan (ini kategori serius).
Apa itu disc?
Secara generalnya tulang belakang setiap manusia itu mempunyai 33 vertebra (tulang).
Di antara tulang itu pula mesti ada satu benda yang memainkan peranan seperti kusyen yang akan menyerap setiap hentakan pada tulang supaya setiap tulang itu tidak bertemu apabila berlaku hentakan.
Rupa bentuknya adalah bulat dan mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian “inti” yang dinamakan sebagai Nucleus Pulposus manakala bahagian luarnya adalah gentian-gentian elastik yang terdiri daripada kolagen yang dinamakan sebagai Annulus Fibrosus.
Apa yang berlaku hingga menyebabkan terjadinya masalah Slipped Disc?
Tulang belakang fungsinya untuk menstabilkan tubuh kita. Peranannya juga adalah untuk memegang unsur utama iaitu saraf tunjang.
Apa yang berlaku membawa kepada slipped disc yang mana disebabkan oleh hentakan ataupun salah pergerakan adalah keran disc berbentuk bulat. Apabila terkena hentakan, ia akan menyebabkan terhasilnya benjolan yang akan menghimpit saraf akar yang letaknya berhampiran saraf tunjang.
Apabila saraf akar tertekan akan menyebabkan terjadinya lenguh-lenguh, tak selesa dan sakitnya akan menjalar hingga ke kaki. Simptom lain yang sering terjadi ialah terasa seperti adanya letrik, panas dan kebas.
Slipped disc ini mempunyai banyak peringkat dan kesakitannya bergantung kepada tahap seriusnya benjolan yang menghimpit saraf akar tadi.
Peringkat Slip Disc
Peringkat pertama – Hanya terdapat benjolan tetapi fiber atau Annulus Fibrosus masih tidak pecah. Pada tahap ini ia masih boleh cepat sembuh dan tiada masalah. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Protrusion.
Peringkat kedua – Apabila disc sudah mengalami luka ataupun ianya sudah pecah akibat benjolan dari Nucleus Pulposus. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Extrusion.
Peringkat ketiga – Sudah pecah dan bahagian “inti” atau Nucleus Pulposus tadi sudah keluar dan masuk ke dalam rongga lain. Ia merupakan peringkat slipped disc yang serius dan saraf terhimpit dengan teruk. Kebiasaannya pada tahap ini, individu akan memerlukan pembedahan. Keadaan ini dipanggil Disc Sequestration.
Punca membawa kepada Slipped Disc
1) Angkat barang berat
– Angkat berat mesti dengan postur yang betul. Iaitu duduk, peluk, berdiri dan baru pusingkan badan.
– Slipped Disc mudah berlaku kepada lelaki yang berusia 35-50 tahun. Apabila usia melebihi 50 tahun, slipped disc jarang berlaku tetapi masalah spinal stenosis pula yang menyerang.
2) Obes
– Individu obes mudah mengalami masalah slipped disc. Ini kerana, berat badan berlebihan akan memberi beban yang tidak sepatutnya.
– Walaupun slipped disc dirawat, individu ini juga berisiko 12 kali ganda untuk mendapat slipped disc ini semula. Jadi, penting untuk turunkan berat badan.
3) Pekerjaan
– Kerja-kerja berat seperti buruh kasar atau pekerjaan yang sentiasa mengangkat benda berat boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc.
– Pekerjaan yang terlalu duduk lama seperti driver juga mudah terkena slipped disc. Individu ini memerlukan lumbar support. Bila duduk lama tulang akan terbeban.
4) Sejarah keluarga
– Jika dalam keluarga mempunyai sejarah slip disc, ahli keluarga lain juga berisiko mengalami slipped disc.
5) Tumit tinggi
– Wanita harus berhati-hati. Pada bahagian kaki mempunyai 28 tulang dan 44 sendi.
– Pemakaian kasut tumit tinggi yang lama akan menganggu paksi tulang menyebabkan tulang melengkung. Malah, ia meningkatkan risiko sakit belakang.
– Penggunaan kasut tumit tinggi seperti stiletto adalah tidak digalakkan. Jika ingin memakai kasut tumit tinggi, haruslah memilih kasut yang mempunyai tapak belakang yang lebih besar agar dapat mengimbangi berat badan seseorang.
Bagaimana untuk mengenal pasti adakah anda mempunyai masalah slipped disc?
1. Satu ujian mudah boleh dilakukan, iaitu dengan luruskan kaki dan angkat kaki anda hingga 90 darjah.
2. Jika anda tidak mempunyai sebarang kesakitan, anda bebas slipped disc.
3. Jika angkat kaki dan terasa sakit pada bahagian belakang, anda perlu ke klinik dan membuat pemeriksaan lanjut.
4. Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain, contohnya seperti jangkitan kuman yang membawa kepada penyakit tuberculosis (TB), kanser, osteoporosis atau faktor penuaan. Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh penyakit batu karang.
5. Oleh itu, pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital perlu dilakukan. Jika benar ia adalah disebabkan oleh slipped disc, rawatan susulan seperti X-ray dan MRI akan dilakukan.
Rawatan Slipped Disc
1) Gaya Hidup
– Individu yang mempunyai slipped disc perlu tahu bagaimana cara terbaik untuk baring, duduk atau berdiri dengan betul. Jika perlu berdiri lama, elakkan lenguh dengan mengangkat sebelah kaki dan gilir-gilirkan di antara kanan dan kiri.
– Cara duduk – Elakkan duduk di atas sofa secara sembarangan. Sofa atau kerusi hendaklah mempunyai lumbar support.
– Cara tidur – Perlu teliti pada pemilihan tilam yang betul. Tilam tidak boleh terlalu lembut (spring) dan tidak boleh terlalu keras. Sebaiknya perlu ada lumbar support.
– Berjalan kaki – Elakkan jalan secara mendaki. Jika banyak berjalan dan terasa sakit pada bahagian belakang, perlu berhenti dan berehat seketika. Ia bertujuan untuk merehatkan otot.
– Elakkan letak dompet pada bahagian belakang seluar. – Elakkan kasut tumit tinggi. – Angkat benda berat dengan cara yang betul.
2) Senaman
– Senaman paling disyorkan untuk individu yang ada masalah slipped disc adalah berenang iaitu ‘frog style’. Ini adalah sangat bagus untuk menguatkan tulang belakang. Yoga juga sesuai untuk slipped disc.
– Selebihnya, dinasihatkan untuk berjumpa pakar fisioterapi bertauliah untuk dapatkan nasihat mengenai senaman yang sesuai.
3) Ubat
– Jika terasa sakit jangan sekali-kali untuk tunjuk hero/kuat. Segera dapatkan rawatan dan ubat.
– Ubat yang biasa diberi adalah seperti NSAID iaitu sejenis ubat tahan sakit. Namun, pengambilan ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan selama 6 bulan kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti ulser perut, gastrik dan masalah buah pinggang.
– Selain itu, koyok juga boleh digunakan bertujuan untuk dapatkan muscle relaxion.
4) Kuruskan badan
– Obesiti menyebabkan bebanan berlebihan pada tulang belakang. Oleh itu, individu ini dinasihatkan untuk menurunkan berat badan.
5) Urut
– Kiropraktik boleh dilakukan.
– Selain itu, acupuncture juga disyorkan untuk mengatasi masalah slipped disc.
6) Pembedahan
– Microdiscetomy – Kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
– Laminectomy – Potongan bahagian tulang belakang untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf atau memberi ruang kepada saraf tunjang.
– Foraminotomy – Pembedahan untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf yang ditekan oleh intervertebral foramina.
– Spinal fusion- Pembedahan yang dilakukan untuk menghubungkan satu atau lebih vertebra di bahagian tulang belakang.
– Pembedahan biasanya disarankan bagi individu yang mula mengalami kesan neurologi yang serius (Neurological Deficit). Sebagai contoh, seperti kesan sakit yang amat sangat hingga menyebabkan kaki mula lumpuh atau kebas yang serius. Juga pada situasi apabila buang air kecil dan air besar sudah tidak terasa. Pada tahap ini, pembedahan amatlah diperlukan. Perlu rujuk pakar ortopedik.
7) Nutrisi
– Bahan yang memegang atau menguatkan disc itu sebenarnya adalah kolagen. Dan kolagen ini pula akan menurun sebanyak 1.5 peratus setahun bermula usia individu itu mencecah 25 tahun. Pengambilan kolagen adalah digalakkan untuk menampung dan mengelakkan kemerosotan disc.
– Selain itu, pengambilan nutrisi anti-oksidan semulajadi seperti AstaREAL adalah disyorkan. Ini kerana ia mempunyai unsur yang hebat untuk melindungi disc daripada radikal bebas yang meyebabkan kepada kemerosotan diri.
– Ini boleh diambil sebagai suplemen untuk mencegah dan merawat masalah slipped disc pada tahap awal untuk sembuh.
BONUS untuk anda. KOMPLIKASI PEMBEDAHAN.
– Setiap pembedahan yang dilakukan sememangnya mempunyai risiko dan komplikasi.
– Journal yang membuat meta-analysis menyatakan antara komplikasi pembedahan slipped disc adalah:
a) 1-2 peratus pembedahan mempunyai risiko pendarahan dan menyebabkan jangkitan kuman.
b) 1-3 peratus mungkin boleh menyebabkan saraf calar, rosak atau terpotong.
c) 4-10 peratus yang telah dibedah juga mempunyai risiko untuk tak pulih sepenuhnya.
d) Namun kadar berjaya dalam pembedahan adalah tinggi.
Jadi, ambil langkah pencegahan awal sebelum ianya parah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Raja Ema pernah berkongsi tentang rasa, tiada istilah sunyi dalam hidupnya biarpun hidup sendirian lebih 20 tahun.
Kekal menawan pada usia separuh abad, Raja Ema bahagia hidup bersama dua orang anaknya peneman hidup iaitu Putera Ammar, 28, dan Putera Al Kashah, 26.
Raja Ema yang pernah dipopularkan pada tahun 80-an iaitu Jejaka Idaman dan Angan Angan mengakui sudah malas untuk berfikir soal jodoh atau mencari teman hidup.
Katanya lagi yang kini aktif berlakon, urusan jodoh ini tidak diketahui bagaimana akhirannya. Kalau berniaga atau terbabit dalam dunia seni akan tahu pencapaiannya.
“Saya bukan nak menakutkan sesiapa tetapi bila bab perkahwinan ini kita berurusan dengan manusia.
Kalau kita berharap perkahwinan yang dibina itu sehingga ke syurga sekali pun, belum tentu kita dapat mencapainya.”
“Tiada istilah sunyi dalam hidup saya. Kalau ada pasangan pun, belum tentu saya boleh buat macam-macam benda.”
Mengakui ada yang bertanya mengenai kehidupan solonya, Raja Ema tidak ralat hidup sendirinya baginya itu cukup membahagiakannya.
“Cuma saya sudah tetapkan yang mati nanti pun seorang, jadi saya okey saja begini. Tipulah kalau saya katakan saya tidak takut apabila bersendirian, lebih-lebih lagi baru dijangkiti Covid-19 pada awal tahun ini sehingga tidak dapat teruskan perniagaan.
Katanya lagi, tidak meletakkan sebarang harapan tapi biarlah urusan jodoh ini datang pada waktu yang tepat.
Begitulah kuatnya seorang wanita, sampai satu tahap akan selesa memilih untuk hidup sendirian tanpa lelaki.
Ketika ditanya tip untuk kekal sihat dan cantik, Raja Ema dalam satu perkongsian di memberitahu, wanita perlu sentiasa aktifkan diri.
“Bila kita aktifkan diri, kita akan rasa lebih ceria, lebih cergas dan fikiran juga jadi tidak jadi terlalu kusut.
“Selain itu, saya memang sangat menjaga pemakanan. Dalam masa sama sekali atau dua kali seminggu atau dua minggu sekali Kekma memang akan pergi bersenam dan sebagainya untuk menjaga kesihatan,” katanya yang memang dari dulu sangat minat berniaga terudama dalam bidang kecantikan.
Perkongsian dii laman sosial Facebook memberitahu kaedah sebenar pembedahan bariatrik ini. Menurutnya dia lakukan bukan sebab untuk lawa, tetapi lebih kepada untuk mengatasi masalaah kesihatan.
Namun apabila badan mudah kurus, secara automatik penampilan jadi cantik dan menarik. Apa pun dia turut mengingatkan niat untuk jadi lebih sihat.
Berat 92.5kg
Tinggi 149cm
Umur 32tahun (sebelum bariatrik)
Apa tu bariatrik?
Pembedahan bariatrik ialah sejenis pembedahan yang dilakukan untuk membantu mengawal masalah berat badan berlebihan, atau obesiti.
Pembedahan bariatik biasanya dilakukan secara laparoskopik atau kaedah tebukan. 3-5 lubang kecil bersaiz 1-2cm akan dibuat di bahagian abdomen. Proses pembedahan akan dilakukan melalui lubang-lubang kecil tersebut. dan dilakukan dalam tempoh yang singkat.. (COPY PASTE)
Ain tak ada penyakit kencing manis, atau penyakit yang perlu kan rawatan dan ubat-ubatan.. tapi ain ada sakit gastrik yang melampau dan ain kategori obesiti dengan BMI 41.7..obesiti tahap 3 dah ni.
Risiko untuk dapat penyakit sangat tinggi sebenarnya..umur muda lagi, 32 tahun masa ni.anak kecik-kecik, 4 orang (ada anak kembar lelaki), ain pula berniaga online dan bakal ada kedai untuk di uruskan nanti dan bersama-sama suami menguruskan kewangan dan family serta orabg sekeliling..memang memerlukan tenaga dan kesihatan yang sihat.
Masa berat 92.5kg..ain mengalami sakit lutut yang teruk jugak..nak naik tangga tak mampu.kena naik selangkah selangkah je..dan kena kerap berhenti. jalan lama sikit,mula la.makin bertambah sakit.
Pada 30/11/2020 ,masa ni gastrik melampau, sampai muntah-muntah,cirit birit, mengigil, pening,rasa nak pitam..memang teruk sangat dah ni.pergi hospital dan doktor scan perut..ada banyak batu hempedu dalam hempedu (rupanya ni salah 1 sebab gastrik)..
Doktor suggestkan buang hempedu..dan ain rela je,sebab ain dah tak dapat nak tahan kesakitan nya.memang seksa..siapa yang pernah kena,mungkin korang tahu rasanya..jalan merangkak..pukul 3 pagi kalau sakit..memang meraung-raung. Tak tidur malam..selagi tak hilang..dulu sakitnya sebulan sekali.Tiba-tiba jadi seminggu 4x pulak
Salah 1 sebab gastrik ini,ain selalu lambat makan, makan tak menentu..terlalu sibuk dengan kerja dengan anak-anak,ain banyak fikir jugak,stress pon punca gastrik.kadang-kadang jadi takut sangat kalau gastrik..ain akan makan apa saja..tak nak sakit datang..tapi kadang-kadang kita pon tak dan nak uruskan diri sendiri.
Ain dah plan untuk operation buang hempedu..sebelum operation tu,doktor pakar suggest kan buat bariatrik jugak..masa ni ain memang tak tahu apa bariatrik tu..semalaman memikirkan.google sampai pagi..baca itu ini..tengok semua efek dan kesan sampingan..mana sempat nak baca dalam tempoh semalaman.esoknya dah nak kena bedah.
Berbincang dengan suami mana yang terbaik
Suami pesan, ain buat bariatrik ini,jangan niat nak cantik je..niat yang baik-baik.niat nak sihat demi anak-anak ,niat supaya lebih mudah menjalani kehidupan.macam-macam lagi dia pesan.suami izinkan.jangan pakai ketat-ketat bila dah kurus
Google jugak hukum bariatrik ni..benda nak kena bedah ni bukan boleh buat main.banyak yang ain fikir..kot la masa bedah tu mati ke
Sampai hari bedahnya..kita dah redho..doa banyak-banyak moga ALLAH permudahkan,semoga ALLAH sentiasa jaga hati ini.jaga jiwa ini.OPERATION LAH SAYA
Bedahnya kejap je..tapi ain plak jenis kalah dengan ubat.so bila kena ubat bius tu..efek dia lama nak sedar..12jam lalok + tido je…tak sedar diri..sama la masa czer si kembar..12jam tido gak..tak ingt apa dah
Esok nya baru kembali ke alam realiti.barulah dapat tengok rupa batu hempedu itu macam mana..dan rupa perut yang di potong..80% perut ain dah dipotong..bukan potong usus tau..potong perut..besar. Tak sangka sebesar itu perut ain..patutla tak kenyang-kenyang..perut tu,suami tanam..
Bermula la kehidupan baru..minggu pertama dan kedua ain cuma minum air kosong je..tak boleh makan ( dan memang tak ada selera makan pon + x lapar)..gastrik?memang tak ada dah ni..syukur sangat..minum air pon sikit je..secawan itu memang tak boleh habis untuk sehari..
Minum air manis jugak, macam air kelapa..walaupon tak ada rasa lapar..badan still tak ada tenaga..so ain gantikan dengan minum sup kosong, minum air susu, air protein..memang mencabar jugak sebenarnya..bukan mudah nak sihat ni..30 tahun makan tak ingt dunia. tak akan nak kurus tiba-tiba..bariatrik ni bukan potong perut terus kurus ye..salah tu..slow2 jugak progress nya..
Minggu pertama turun 10kg. Minggu kedua turun lagi 5kg..bila masuk minggu ketiga, dah boleh makan benda-benda lembut..macam mashed potato..turun lagi berat.. sampai la dah setahun ni..berat yang dah turun adalah 33kg..
Badan memang mngelebeh la, so slow2 la kita ini berbasikal.s ekarang berat maintain 58-60kg..walaupon still overweight,kira dah ok ni.
Seronok sangat bila dah kecik sikit badan ini,ain dah senang nak pilih baju..dulu baju size 5xl..sekarang size M..tapi ain akan pakai size L atau XL la..bila dah kurus..kita masih ain yang sama..insha allah..tak ada niat potong perut sebabnak cantik nak pakai ketat-ketat, nak seksi-seksi ini.sihat itu yang paling penting sebenarnya.
Ain buat bariatrik dekat hospital swasta..gov pon ada jugak..tapi kena que..dan mereka akan utamakan yang berisiko tinggi serta obesiti melampau. Sebelum itu korang akan disuruh diet dahulu..selidik dulu,banyakkan membaca..minta pendapat keluarga, pendapat doktor yang lebih pakar..pilih la yang terbaik
Ada baik buruknya jugak..bariatrik bukan jalan pintas untuk kurus.dan boleh je kembali gemok kalau tak dpt kawal pemakanan dan tak ubah gaya hidup.