7 Aplikasi Bantu Senaman Terbaik Pilihan RAPI, Barulah Rutin Jadi Lebih Menarik!

Share

Pada masa kini tiada istilah senaman secara solo walaupun secara harfiahnya anda seorang diri Ini kerana pelbagai jenis aplikasi bantuan senaman diperkenalkan oleh pelbagai jenis pembikin yang menawarkan ciri-ciri menarik.

Dengan satu aplikasi anda dapat merancang apa jenis senaman yang ingin dilakukan? Mahukan data secara terperinci? Usah risau, aplikasi canggih pilihan RAPI kali ini mampu membantu anda!

Hanya tekan butang aplikasi dan terus bersenam mengikut arahan dan tip yang diberi! Selain menjimatkan wang ia juga boleh diubah mengikut kesesuaian atau preferences anda.

Berikut RAPI kongsikan 8 aplikasi latihan peribadi terbaik untuk anda cuba.

KEELO

Di dalam apps ini sahaja terdapat lebih 400 High Intensity Interval Training (HIIT) dan senaman kekuatan ditawarkan kepada pengguna. Anda newbie? Jangan risau kerana apps ini mencipta pelan khas spesifik untuk anda mengikut pengalaman, sejarah dan juga level senaman anda. Setiap hari Keelo mecadangkan jenis senaman berbeza mengikut kesesuaian level anda.

JUST 6 WEEKS

Jika anda mempunyai sasaran senaman yang agak hardcore, apps Just 6 Weeks boleh membantu anda merealisasikannya.

Anda akan memulakan ujian senaman fizikal dan apps ini akan membina program cabaran berdasarkan keputusan tersebut. Just 6 Weeks hanya mengambil masa selama 10 minit sehari untuk anda mengikutinya dan anda boleh mencapai pelbagai sasaran.

TRIFECTA

Penggemar crossfit pasti akan menyukai apps personal training ini. Selain senaman ia memberi panduan kepada penggunanya tentang nutrisi.

Selain itu Trifecta juga mempunyai fungsi tracking yang mana lebih 1,000 jenis senaman Crossfit Game yang dibangunkan oleh atlet crossfit, Brooke Ence. Anda juga boleh memasukkan data pemakanan anda dan apps ini akan mengira jumlah kalori yang diambil.

7 MINUTES WORKOUT CHALLENGE

Anda tiada masa untuk bersenam? Dengan apps ini anda tak boleh lagi mencipta banyak alasan. Hanya tujuh minit diperlukan untuk melakukan senaman dengan mengikuti panduan daripada 7 Minutes Workout Challenge.

Ia datang bersama audio, video dan foto arahan untuk anda melakukan senaman selama tujuh minit. Ia juga membenarkan anda mengesan perubahan berat badan dan stamina anda sepanjang menggunakan apps ini.

RUNTASTIC

Anda mahu aplikasi larian yang terunggul? Mungkin inilah jawapannya. Dengan binaan GPS, Runtastic mampu mengesan semua aktiviti anda seperti jarak larian, kelajuan dan juga peningkatan purata kelajuan dalam masa sebenar. Runtastic juga mempunyai maklum balas berbentuk audio yang dicipta untuk meningkatkan larian anda.

AAPTIV

Sejumlah lebih 2,500 jenis senaman menerusi panduan audio tersedia untuk pengguna apps personal training, Aaptiv. Antara jkenis senaman yang tersedia ialah latihan kekuatan, HIIT, larian dan sukan mendayung. Lengkapkan program yang terbina eksklusif untuk anda. Jika taida Wi-Fi, anda boleh muat turun terlebih dahulu agar boleh digunakan secara off-line.

INTERVAL TIME APP

Ia sebuah apps yang sangat ringkas dan mudah. Ia sesuai dijadikan apps personal training asas bagi anda yang melakukan aktiviti larian, akngkat berat, regangan atau bertinju. Interval Time App membolehkan juga anda melakukan kustomasi senaman.

 

IKLAN